Zico's Pages

Sunday, 19 November 2017

The Curse of Nyx Ep 5: Jabba the hutt


The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 5: Jabba the Hutt

Esgaroth.
Malam.
‘Lelaki itu masih tidak sedarkan diri..’ Ujar anak perempuan nelayan itu kepada ayahnya.
‘Panas badannya dah kurang..’ Balas nelayan itu.
‘Dia terus meracau..’ Celah isteri nelayan.
‘Luka pada lengan kirinya itu semakin baik..’ Sambungnya lagi.
‘Saya terpaksa ikut serta untuk menjaga kawasan malam ni..’ Ujar nelayan itu kepada isterinya.
‘Ada kemungkinan naga ataupun binatang buas telah menyerang hasil ternakan kita..’ Sambungnya lagi.
‘Kamu kena jaga diri..’ Isteri nelayan itu lantas memeluk suaminya.
‘Jangan bimbang.. semua lelaki di Lake-Town akan saling membantu antara satu sama lain..’ Balas nelayan itu sambil mengusap rambut isterinya.
‘Ayah..’ Anak perempuan yang berusia lima tahun itu lantas berlari ke arah ayahnya.
‘Ayah pergi dulu..’ Nelayan itu melemparkan senyuman kepada anaknya itu.

Hutt Swamp
Petang.
‘Gandalf..!’ Jerit Frodo.
‘Kita harus kembali ke sana..!’ Arah Frodo kepada Mest.
‘Tugas saya ialah untuk memastikan keselamatan semua apprentice..; Ujar Mest.
‘Gandalf telah mengarahkan saya membawa kamu jauh dari Greenwood Forest.. Sambung Mest lagi.
‘Kita seharusnya bersama-sama dengan mereka untuk mengalahkan lelaki berjubah hitam itu.. Dan bukannya melarikan diri seperti ini..!’ Frodo merenung tajam ke arah Mest.
‘Kamu tidak faham.. Perintah Phoenix perlukan generasi muda seperti kita untuk teruskan legasi ini.. Sekiranya kita berada di sana.. Kita hanya menjadi beban kepada Gandalf dan lain-lain..’ Ujar Mest.
‘Maafkan saya..’ Mest menghilangkan diri dari situ. Frodo terduduk. Dia terbayangkan akan Gandalf.

‘Mungkin kita tidak cukup kuat..’ Ujar Charla kepada Frodo. Charla lantas mengecil dan kembali menjadi seekor kucing. Dia lantas duduk berdekatan dengan Frodo.
‘Ada benarnya..’ Frodo tertunduk memandang ke permukaan tanah dihadapannya. Kubo berdiri membelakangkan Frodo.
‘Saya berjanji untuk menjadi kuat..!’ Jerit Frodo.
‘Sshh..!’  Kubo memberikan isyarat kepada Frodo. Dia bagaikan terdengar sesuatu tidak jauh dari mereka.

Tiba-tiba muncul sesuatu dari belukar yang berdekatan dengan Frodo.
‘Siapa kamu..?’ Frodo lantas berdiri dan bersedia untuk mempertahankan diri.
‘Kamu semua telah menceroboh ke kawasan milik King Jabba..!’ Ujar lelaki bertopeng yang dikenali sebagai Boba.
‘King Jabba..?’ Frodo mengerutkan dahinya.
‘Kamu semua adalah penceroboh dan tugas saya ialah untuk membawa kamu semua untuk mengadap King Jabba..’ Boba lantas melepaskan satu tembakan ke arah Frodo dan Kubo. Charla lantas melompat dan melepaskan diri dari serangan tersebut. Jaring yang ditembakkan itu lantas memerangkap Frodo dan Kubo.
‘Charla.. Larikan diri..’ Jerit Frodo sebelum pengsankan diri. Jaring yang dihidupkan dengan arus elektrik dari senjata yang dipegang oleh Boba itu. Muncul dua orang askar katak kacukan slug yang dikenali sebagai Frogadier dari belakang Boba.
‘Bawa mereka untuk mengadap King Jabba..!’ Arah Boba.
‘Di mana kucing putih itu..?’ Boba tercari-cari akan kelibat kucing itu di situ.
“Kucing itu bukan satu ancaman kepada King Jabba..” Fikir Boba.

Mariejoa.
‘Greenwood Forest telah diserang musuh..’ Doranbolt mengemukakan laporannya.
‘Penunggang Nazgul..?’ Salah seorang lelaki dari kalangan 12 Senates of Law tidak mempercayai apa yang didengarnya.
‘Ya.. Kemunculan Nazgul ini ada kaitannya dengan desas desus bahawa Necromancer telah wujud semula..’ Jelas Ketua 12 Senates of Law itu kepada semua.
‘Jika dilihat dari gambar yang dihantar oleh Doranbolt kepada kita.. Nampaknya puak Elves telah berpindah dari Greenwood Forest itu ke satu lokasi di selatan hutan itu.
‘Doranbolt.. Sila siasat sesuatu di Misty Mountain.. Ianya berkenaan dengan maklumat yang diterima berkenaan Necromancer.. Hati-hati..!’ Arah Ketua 12 Senates of Law itu kepada Doranbolt.   
‘Baik..’ Doranbolt menerima tugasan baru. Pertandingan Insan Terpilih telah dihentikan kerana tragedi yang menimpa Greenwood Forest itu.

Misty Mountain.
‘Bersiap sedialah wahai pengikutku.. Kita akan meninggalkan Misty Mountain..’ Phantom Lord telah membuat keputusannya.
“Hampir sepertiga daripada Penunggang Nazgul telah ditewaskan.. Perintah Phoenix akan aku hapuskan..’ Laung Phantom Lord. Dia telah mengistiharkan perang ke atas Perintah Phoenix.
‘Tapi.. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi.. Ada sesuatu yang aku perlu dapatkan terlebih dahulu..’ Phantom Lord masih menyimpan hasrat untuk memiliki seekor Cerberus. Dia telah menerima satu gambaran dari salah seorang Penunggang Nazgulnya.
‘Kita harus segera ke sana.. Aku harus berdepan dengan kumpulan itu..’ Phantom Lord akhirnya bergerak keluar dari sarang persembunyiannya. Dia mempunyai misi yang mustahak.

Hutt Cartel.
‘Apa tujuan kalian datang ke Hutt Cartel..?’ Soal King Jabba kepada tawanan yang berada di dalam sangkar besi di hadapannya. Selain dari Frodo dan Kubo, terdapat tiga orang tawanan lain. Mereka ialah pasangan robot iaitu Droid R2-D2 dan C3PO dan juga seorang perempuan yang bernama Alice Marcus. Tangan perempuan itu masih digari sedangkan yang lainnya tidak bergari.
‘Kami melarikan diri daripada Penunggang Nazgul..’ Ujar Frodo. Dia cuba meyakinkan King jabba dengan ceritanya.
‘Penunggang Nazgul..?’ Orang kanan King Jabba iaitu Gamatama yang menjadi penasihat kepada King Jabba.
‘Bukankah Penunggang Nazgul itu pengikut setia Sauron..? Sauron sudah tiada maka Penunggang Nazgul itu juga sudah tidak wujud lagi..’ Sambung penasihat yang bernama Gamatama itu.
‘Kalian cuba menipu beta..?’ Suara King Jabba yang garau itu menyebabkan kedua robot itu bergerak sedikit ke belakang.
‘Tidak.. Apa guna untuk kami menipu..?’ Kubo akhirnya bersuara.
‘Tolong bebaskan kami.. Kapal yang kami naiki telah diserang musuh..’ Ujar Robot C3PO itu.
‘Diam..!’ Boba mengetuk sangkar besi itu dengan senjatanya.

‘Kalian sudah tentu pengintip.. bukan?’ King Jabba terus menduga kelima-lima tawanan yang berada di dalam sangkar besi di hadapannya itu.
‘Kami bukan pengintip.. Kami terkandas di sini..’ Ujar Robot C3PO itu.
‘Luke sedang menunggu kami..’ Ujar robot itu lagi. King Jabba mengalihkan pandangannya ke arah Frodo dan Kubo.
‘Kami berdua bukan pengintip.. Kamu boleh bertanyakan hal kami dari Perintah Phoenix..’ Jelas Frodo.
‘Perintah Phoenix..?’ Gamatama tergamam mendengarnya.
‘King Jabba.. Adakah perlu kita menghubungi Perintah Phoenix..?’ Soal Gamatama. Dia ingin mengetahui akan kebenaran yang disampaiakn oleh dua orang budak lelaki dihadapannya itu.
‘Tak perlu.. Semua orang akan menyuarakan hal yang sama untuk melepaskan diri..!’ Tegas King Jabba.
“Apa yang perlu aku lakukan..?” Fikir King Jabba.

‘Semua pesalah akan dikenakan hukuman.. Sekiranya kalian berada di pihak yang benar.. Sudah tentu ujian ini tidak begitu berat untuk kalian..’ King Jabba memberikan isyarat tangannya kepada Boba untuk menarik tombol untuk membuka terowong di bawah sangkar besi tersebut.
‘Tolong lepaskan kami..’ Robot C3PO itu terus merayu kepada King Jabba. Kesemua lima tawanan itu lantas terjatuh ke bawah. Suasana di dalam medan di bawah tanah itu sangat samar. Sesekali terdengar bunyi hentakan kaki yang datang dari satu sudut di dalam medan bawah tanah itu.
‘Cepat.. Bantu saya..’ Pinta Alice. Dia yang dari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara. Tubuhnya sedikit menggigil. Frodo dan Kubo mengalihkan pandangannya ke arah Alice.
‘Buka gari ini..’ Alice mengacungkan kedua tangannya.
‘Kami tidak bersenjata..’ Ujar Frodo dan Kubo. Ternyata Boba telah mengambil kecapi milik Kubo serta Niffler dan Bow-Truckle milik Frodo itu sebelum memasukkan mereka ke dalam sangkar besi itu.
‘Ini bukan gari biasa.. Ianya gari yang diperbuat dari Seastone..’ Jelas Robot C3PO apabila meneliti akan gari tersebut. Pintu di belakang Kubo terbuka dan satu susuk tubuh menerpa ke arahnya.
‘Hati-hati.. Belakang kamu..!’ Jerit Alice sambil jarinya menuding ke arah Kubo. Tubuh badan Kubo dirempuh oleh penyerang tersebut yang dikenali sebagai Dabba. Rough-Dough ialah spesis slug seperti King Jabba yang mempunyai kebolehan SMILEs iaitu duri landak. Dia dapat membentuk duri mengikut kesesuaiannya pada belakang tubuh badannya. Tubuh Dabba adalah dua kali lebih besar dari King Jabba.

Kubo terpelanting dan jatuh terlentang. Tubuhnya luka akibat ditikam duri. Frodo lantas mengelak serangan Dabba. Perasaan bimbang jelas terbayang di raut wajahnya terhadap Kubo yang masih terlantar di atas permukaan tanah itu.
‘Dabba.. Kalahkan semuanya..!’ Arah Jabba. Dia ketawa besar melihat seorang dari lima orang tawanan telah rebah dirempuh adik kesayangannya itu. Dabba kini mengalihkan perhatiannya kepada Robot R2D2 dan C3PO.      
‘R2D2.. Segera..!’ Jerit C3PO sebelum ia dilanggar Dabba. Robot R2D2 lantas mendekatkan diri kepada Alice. Dia cuba membantu memotong gari pada tangan Alice.
‘Cepat..!’ Alice memakukan pandangannya kepada Dabba. Dia khuatir Dabba meluru ke arah mereka berdua. Tidak jauh dari situ, C3PO cuba bangun selepas diserang raksasa bernama Dabba itu.
‘R2D2.. Senjata Luke..!’ Jerit C3PO dari jauh dengan menggunakan bahasa robot.
‘Hey kamu.. Tolong alihkan perhatian raksasa itu..’ Pinta Alice kepada Frodo. Frodo teragak-agak. Dia memerah otaknya.
“Bagaimana caranya untuk mengalahkan raksasa itu..?” Fikir Frodo. Dia terus memakukan pandangannya ke arah Dabba. Setiap pergerakan Dabba itu diperhatikannya.

Frodo masih terpaku disitu. Dia masih tidak tahu apa yang perlu dilakukannya di saat kecemasan ini. Tiba-tiba Kubo lantas bangun dari bebola matanya terpaku ke arah Dabba. Frodo dapat melihat kelainan pada Kubo itu. Bebola matanya kemerahan dan dia meraung kuat. Otot-otot pada anggota tangannya lantas berkembang dan Kubo lantas menginjak dengan sekuat dayanya untuk berdepan dengan Dabba.
“Apa dah jadi dengan Kubo..?” Fikir Frodo. R2D2 masih cuba dengan bermacam cara untuk memisahkan Alice dari gari yang diperbuat dari Seastone itu.

Kubo lantas menyerang Dabba dengan melancarkan tumbukan demi tumbukan namun Dabba hanya menerima serangan Kubo itu dengan bahagian belakang badannya. Kedua tangan Kubo luka dengan apa yang terjadi dan dia masih tidak memberhentikan serangannya itu. Aura terbentuk disekitar tubuh Kubo dan ianya semakin berkembang dengan pesatnya.

Di bahagian atas, King Jabba sedikit resah dengan apa yang dilihatnya. Dia bimbang akan keselamatan adiknya.
‘Boba.. Kau turun dan bantu Dabba..!’ Perintah King Jabba. King Jabba dan Gamatama terus menyaksikan pertarungan di dewan bawah tanah itu dari sangkar besi yang disalut dengan Seastone.

Aura pada tubuh badan Kubo semakin kuat dan pada belakang Kubo telah tumbuh satu ekor yang terbentuk daripada aura. Kubo masih nekad untuk mengalahkan Dabba. Dabba masih mempertahankan dirinya. Dia hanya menanti masauntuk menewaskan kesemua tawanan di dalam dewan itu. R2D2 masih tidak dapat memotong gari berkenaan. C3PO terus mengarahkan sahabatnya untuk menggunakan senjata milik Luke itu. Boba telah turun ke bawah untuk membantu Dabba. Frodo lantas berdepan dengan lelaki bertopeng itu.

Di bahagian atas, Charla telah menjelmakan dirinya. Dia telah berubah kepada formasi manusia. Kehadiran Charla jelas mengejutkan King Jabba. Dia mengarahkan kesemua parajurit Hutt untuk menewaskan Charla. Gamatama berganjak ke belakang. Dia takut menjadi mangsa serangan Charla itu. Charla dengan mudah berjaya mengalahkan beberapa orang parajurit dengan kekuatannya. Dia menumpukan perhatiannya kepada King Jabba.

‘Aah..!’ Dabba semakin tertekan. Serangan daripada Kubo itu telah memusnahkan jariangan pertahanannya. Duri-duri pada bahagian belakang badannya itu lantas hilang dan hanya tinggal corak tattoo pada kulit tersebut. Jeritan Dabba itu sedikit membimbangkan King Jabba. Dia lantas mengarahkan dua ekor raksasa slug untuk masuk ke dalam dewan itu. Pada masa yang sama Charla telah berada di hadapan King Jabba. King Jabba lantas menekan butang pada alat kawalan yang berada berdekatan dengan tempat duduknya itu. Satu lapisan cermin tebal lantas terbentuk dan King Jabba selamat berada di dalamnya. Kepingan besi yang disalut dengan Seastone itu membuatkan Charla sedikit lemah. Dia lantas menjauhi King Jabba itu.
“Pengguna  Devil Fruit..?” Fikir King Jabba. Dia lantas mengambil peluang itu untuk menekan butang pada kerusinya. Beberapa das tembakan lantas terhasil dari takhta King Jabba itu. Peluru yang disalut dengan Seastone itu berjaya dielak oleh Charla yang telah kembali kepada formasi kucing. Dia lantas terbang dan mengelak serangan King Jabba dengan mengepakkan sayapnya.

Frodo dan Boba telah diserang oleh dua ekor raksasa slug itu. Ternyata Boba turut menerima serangan tersebut.
“Tidak boleh jadi ini.. King Jabba cuba untuk membunuh aku sekali..?” Fikir Boba. Dia berganjak dan menyerang salah seekor raksasa slug itu dengan senjatanya. Kejutan elektrik tersebut berjaya menyebabkan raksasa itu rebah dan menggelupur di atas tanah. Seekor lagi raksasa slug cuba menggigit Frodo namun Frodo mengelak dan menyerang dengan yoyo yang dilemparkan ke arah raksasa slug tersebut. Yoyo itu ialah seekor binatang magik yang dikenali sebagai Swooping Evil yang mempunyai sayap kupu-kupu berwarna hijau dan biru.
“Dia seorang Magizoologist..?” Fikir Boba sambil berganjak ke belakang. Raksasa slug yang menerima kejutan elektrik itu kembali mengganas dan ingin menggigit Boba. Swooping Evil lantas menyerang muka raksasa slug yang berdepan dengan Frodo itu.
‘Kamu ingin memakan otaknya..?’ Frodo seakan tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Swooping Evil kebiasaannya akan memakan otak manusia.

Kubo semakin mengganas. Aura dibadannya itu semakin kuat. Ekor yang terbentuk daripada aura itu digunakan sepenuhnya oleh Kubo untuk menyerang Dabba. Dabba terpaksa menggunakan kekuatannya yang tersisa untuk mengaktifkan SMILEs.
‘Kekuatan apakah ini..?’ Dabba semakin tertekan. Dia berganjak ke belakang kerana tekanan dari lawannya itu.
‘Siapakah mereka itu..?’ Ujar Gamatama sendirian. Dia terpaku melihat ke arah Kubo.
“Budak lelaki itu.. Adakah dia salah seorang vessel untuk tailed beast..?” Fikir Gamatama. Tubuh badan Gamatama semakin gementar dengan apa yang dilihatnya.   

Raksasa slug yang menyerang Boba terpaksa melarikan diri dan mengalihkan perhatiannya kepada Alice. Frodo berhempas pulas menyerang raksasa slug dengan Swooping Evil. Akhirnya raksasa itu tumbang kerana racun yang dari Swooping Evil. Frodo sekali lagi berdepan dengan Boba. Mereka berpandangan sesama sendiri dan menilai kekuatan pihak lawan.
“Ini tak boleh jadi.. Keadaan tidak memihak kepada aku..” Fikir Boba.
“Adakah benar budak-budak ini dari Perintah Phoenix..?” Sambungnya lagi sambil menekan butang yang terdapat pada bahunya. Alice menolak R2D2 kesamping. Dia juga cuba berganjak untuk mengelak serangan raksasa slug itu. Nyawa Alice dalam bahaya dan dia tidak dapat menggunakan kebolehan Devil Fruit untuk menyerang.
“Adakah ini kesudahannya..?” Alice lantas mengalihkan perhatiannya kepada Frodo, Kubo dan dua robot yang berada dekat dengannya. Dia terlihat akan sesuatu. Robot R2D2 telah membuat keputusan untuk membantu Alice dengan melemparkan senjata milik Luke. Alice lantas menyambut senjata tersebut dan ianya sebilah pedang lazer. Alice menggunakan saki baki kekuatannya yang ada untuk menghayunkan pedang lazer itu ke arah kepala raksasa slug tersebut. Raksasa slug itu lantas rebah dan menghempap ke atas Alice.

“Pedang Lazer..? Adakah itu khazanah Jedi..?” Boba terpegun melihat pedang itu.
“Nampaknya King Jabba akan berdepan dengan ancaman lebih besar sekiranya puak Jedi berjaya mengesan lokasi dua robot itu..” Fikir Bobab lagi. Kehadiran pedang lazer itu membuatkan King Jabba teruja untuk memilikinya.
‘Puak Jedi akan datang ke sini untuk memiliki pedang itu.. Beruntung aku..!’ Ujar King Jabba.
‘Boba.. Dapatkan pedang itu..!’ Arah King Jabba kepada pembantunya itu. Boba tidak berani untuk bergerak kerana Frodo mengawai tindak tanduknya. Robot R2D2 lantas bergerak untuk mendapatkan kembali pedang tersebut dan menyimpannya.
“Selagi robot itu berada di sini.. Maka peluang untuk memiliki pedang itu masih terbuka luas..” Fikir Boba.

‘Apa kamu tunggu lagi..?’ Jerit King Jabba kepada Boba. Boba mengangkat senjata yang berupa tongkat itu dan menuding ke arah Frodo. King Jabba berasa hampa namun dia sendiri berdepan dengan serangan dari seekor kucing yang mempunyai sayap.
‘Aku akan menamatkan nyawa kamu wahai kucing bersayap..!’ Jerit King Jabba namun kucing tersebut hilang dari pandangannya.
‘Gamatama.. Di mana kucing itu..?’ Soal King Jabba kepada penasihatnya itu.
‘Saya tidak tahu..!’ Jawab Gamatama.
‘Tak boleh diharap..!’ King Jabba bertambah bengang dengan apa yang berlaku. Dia lantas mengenakan kejutan elektrik kepada Gamatama dengan menekan butang pada papan kekunci dihadapannya. Gelang yang berada di leher Gamatama itu merupakan cara untuk King Jabba mengawal orang bawahannya. Hal yang sama berlaku dengan Boba. Boba  terlihat akan Gamatama yang dihukum oleh King Jabba pun lantas membuka langkah untuk menyerang Frodo.  

Teriakan Dabba membuatkan King Jabba sedikit resah. Dabba ialah satu-satunya saudara yang ada bagi King Jabba.
“Aku tidak boleh membuka sangkar besi ini..” Fikir King Jabba. Robot R2D2 dan C3PO cuba untuk mengalihkan raksasa slug itu untuk menyelamatkan Alice. King Jabba terlihat akan sesuatu. Dabba berada di dalam bulatan yang diturunkan oleh King Jabba. Dia pun lantas menekan butang untuk menaikkan Dabba ke atas dengan kadar segera. Kubo masih nekad untuk menyerang Dabba dia lantas cuba untuk naik ke atas dengan menyerang platform tersebut.

Skrin kaca dihadapan King Jabba seakan menerima isyarat dari luar. Satelite milik King Jabba telah mengesan skuad Law Enforcer berada dalam kawasan Hutt Swamp.
“Sudah jatuh ditimpa tangga.. Kenapa Skuad Law Enforcer menyerbu ke sini..?” King Jabba semakin cemas. Dia harus berfikir dengan rasional. Dia juga perlu membantu adiknya Dabba untuk melarikan diri dari Hutt Cartel. Platform yang membawa Dabba naik ke atas itu lantas ditembusi oleh serangan Kubo. Kubo melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada platform juga Dabba. Dabba tidak dapat mempertahankan dirinya dari serangan Kubo itu.
‘Tolong Jabba..!’ Jerit Dabba. King Jabba lantas menekan butang untuk menembak Kubo dengan bom asap. Dia juga memutuskan untuk membuka sangkar besi itu demi menyelamatkan adiknya.

Boba bertembung dengan Frodo. Senjata yang dipakainya oleh Boba itu ditepis oleh Frodo dengan menggunakan Bowtruckle.
‘Kita bukan lawan.. Dan kita bukan kawan..!’ Bisik Boba kepada Frodo. Frodo kebingungan.
‘Baik kita hentikan pertarungan ini.. Kerana saya perlu beri fokus kepada misi..’ Sambung Boba lagi. Boba lantas bergerak untuk mendapatkan senjatanya dan menghilangkan diri dalam terowong bawah tanah. Frodo masih tercegat disitu.
‘Mari ke sini bantu kami..!’ Panggil robot C3PO. Frodo lantas membuka langkah mendekati robot-robot itu.