The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 2: Curi Telur Naga
Greenwood Forest.
'Pertandingan julung kali ini diadakan di tempat saya..'
Ujar Legolas. Frodo terkesima melihat keindahan tanah Elves tersebut.
'Gandalf.. Sebelum upacara bermula.. Ada sesuatu perkara
yang ingin kami sampaikan..' Aragorn menarik Gandalf ke satu lokasi.
'Ada berita tergempar.. Eclipse telah dibuka..' Ujar
Legolas.
'Apa?' Gandalf tidak mempercayai apa yang didengarinya.
'Kalian tahu bukan.. Untuk membuka pintu gerbang itu
memerlukan..' Gandalf cuba mengulas berkenaan pintu gerbang Eclipse tersebut.
'Bukan itu sahaja.. Roh jahat necromancer si Sauron telah
kembali..' Ujar Tinkerbell.
'Nampaknya ramalan itu seakan menjadi kenyataan..'
Gandalf menarik nafas panjang.
'Bukan itu sahaja.. Saya telah terserempak dengan
necromancer tersebut.. Malah Mariejoa telah mengumumkan bahawa necromancer itu
bernama Phantom Lord.. ' Radagast the Brown mencelah.
'Phantom Lord..' Gandalf seakan terfikir sesuatu. Dia
bermain dengan janggutnya.
Misty Mountain.
'Di mana saya?' Soal Grim. Matanya liar memerhati kawasan
sekelilingnya. Samar.
'Kamu selamat berada di tempat saya..!' Jawab Beorn.
'Kenapa dengan saya?' Soal Grim lagi.
'Saya telah merawat luka pada tangan kamu.. Tapi..' Beorn
memberhentikan kata-katanya.
‘Terima kasih..’ Grim memerhati lengan kirinya yang sudah
dibalut kemas oleh lelaki dihadapannya itu.
‘Kenapa Orks mengejarmu..?’ Soal Beorn.
‘Pantom Lord..’ Jawab Grim dengan ringkas.
‘Ada ura-ura mengatakan Phantom Lord itu telah memakan
Devil Fruit..’ Beorn mengalihkan perhatiannya ke luar.
‘Devil Fruit..?’ Grim kebingungan.
‘Di luar sana terdapat banyak misteri dan salah satunya
berkenaan dengan pokok Devil Fruit..’ Ujar Beorn. Beorn berlari keluar dari
sarangnya sebaik sahaja terhidu sesuatu.
Dari jauh Grim dapat melihat sesuatu. Beorn tertukar
menjadi beruang hitam yang besar dan meraung kuat. Ianya seakan memberi amaran
tentang kawasannya dicerobohi. Sayup dari dalam mata Beorn itu, dia dapat
melihat gerak geri Orks berada berdekatan dengan sarangnya. Raungan Beorn itu
membuatkan Orks berkenaan memberhentikan langkah mereka.
Fiore.
‘Pintu gerbang itu dibuka orang dari dimensi lain..?
Adakah kemungkinan itu Anna..?’ Soal Raja Fiore. Puteri Hisui terdiam. Cerita
berkenaan Eclipse dan Celestial Mage itu saban kali didengarinya.
‘Ianya hanya dibuka untuk seketika waktu..’ Ujar Puteri
Hisui.
‘Tidak ada yang datang dari dalam..?’ Soal Raja Fiore itu
lagi.
‘Sekiranya ada.. Kita sudah mengetahuinya..’ Jawab Puteri
Hisui. Kebimbangan jelas terbayang di raut wajah tua Raja Fiore itu. Dia
memegang erat buku yang diterimanya dari Anna.
‘Ayahanda masih terfikir akan festival tersebut..?’ Soal
Puteri Hisui lagi.
‘Itulah amaran Anna sebelum dia menghilangkan ke dalam
pintu gerbang Eclipse tersebut..’ Jawab Raja Fiore itu lagi.
Greenwood
Malam.
‘Pertandingan ini diadakan setiap sepuluh tahun untuk mencari seorang adiwira yang dapat dapat menegakkan kebenaran. Kebenaran seperti yang diramal dalam buku Perintah Phoenix.. Dan kita sebagai pewaris kebenaran haruslah berpegang kepada Perintah Phoenix ini..’ Gandalf bersuara dengan lantang. Sebagai Pengerusi kepada Perintah Phoenix, Gandalf memegang tanggungjawab berat berhubung dengan kebenaran yang menjadi falsafah perhimpunan mereka ini.
‘Pertandingan ini diadakan setiap sepuluh tahun untuk mencari seorang adiwira yang dapat dapat menegakkan kebenaran. Kebenaran seperti yang diramal dalam buku Perintah Phoenix.. Dan kita sebagai pewaris kebenaran haruslah berpegang kepada Perintah Phoenix ini..’ Gandalf bersuara dengan lantang. Sebagai Pengerusi kepada Perintah Phoenix, Gandalf memegang tanggungjawab berat berhubung dengan kebenaran yang menjadi falsafah perhimpunan mereka ini.
‘Apprentices.. Kamu telah bersedia..?’ Gandalf memerhati
setiap muka baru yang berada dihadapannya. Masing-masing seakan bersemangat
untuk membuktikan diri mereka seorang adiwira yang terhebat. Gandalf dapat
melihat Putera Thorin selaku apprentice untuk Gimly tidak jauh dari situ. Dia
mengenali putera itu sejak dari kecil lagi.
‘Dua belas apprentice akan diuji dengan tiga cabaran..
Cabaran pertama ialah mencuri telor naga.. Kamu akan dibahagi kepada dua
kumpulan..’ Ujar Gandalf. Pandangan matanya terarah kepada Peter Pan, Captain
Nemo, Mest Gryder, Willow the Ent, Scrap Lady dan akhirnya berhenti tepat di
hadapan Frodo.
‘Kumpulan merah dan biru..’ Sambung Gandalf.
‘Misi kumpulan merah ialah untuk mencuri telur naga di
sebuah pergunungan puak dwarf yang lebih dikenali sebagai Lonely Mountain..’
kata-kata Gandalf itu menggentarkan hati Putera Thorin tersebut.
‘Lonely Mountain?’ Fikirannya kembali kepada tanah
kelahirannya itu.
‘Itu mustahil.. Bukankah..?’ Gimly bersuara.
‘Saya dan Legolas telah membuat persediaan berkenaan
perkara ini..’ Ujar Gandalf. Legolas mengangguk lemah.
‘Kembali ke Lonely Mountain.. Bagus juga..’ Putera Thorin
bersuara.
‘Dan seterusnya untuk kumpulan biru.. Kamu akan dihantar
ke pergunungan bersebelahan Istana Jed di Fiore.. Kamu juga harus mendapatkan
sebiji telur naga di situ..’ Gandalf memberikan penerangan dengan lebih lanjut.
Misty Mountain.
‘Siapakah kamu? Soal Grim.
‘Ingatkah kamu tentang Devil Fruit yang saya katakan
tadi..’ Beorn bersuara. Grim mengangguk lemah.
‘Saya telah memakannya..’ Sambung Beorn lagi.
‘Jadi kamu dapat bertukar menjadi beruang..?’ Soal Grim.
‘Saya rasa kamu juga pengguna Devil Fruit.. Bukan?’ Beorn
merenung tajam ke arah Grim.
‘Saya.. Tidak..’ Balas Grim.
‘Bagaimana kamu dapat bertukar kepada anjing hitam..?’
Soal Beorn.
‘Ini ada kaitan dengan kalung yang saya pakai dari lahir
ini..’ Grim menunjukkan kalung tersebut.
‘Inilah satu-satunya harta yang saya ada..’ Ujar Grim.
‘Tempat apakah ini..?’ Soal Grim itu lagi.
‘Ini adalah Misty Mountain..’ Jawab Beorn.
‘Saya harus segera.. Saya perlu mencari seseorang..’ Ujar
Grim lagi.
‘Mari.. Saya akan bawa kamu keluar dari hutan ini..’
Beorn lantas membuka jalan dan Grim mengikutinya dari belakang.
Greenwood Forest.
Awal pagi.
‘Adakah kamu sudah bersedia..?’ Gandalf memberikan isyaratnya
kepada Legolas.
‘Di dalam bilik ini terdapat Port-Key yang dapat membawa
kamu ke Lonely Mountain atau ke Istana Fiore.. Kamu hanya perlu mencari
port-key tersebut dan menjalankan misi keberanian kamu untuk mencuri telur
naga.. Kamu hanya perlu membawa sebiji telur naga kembali ke sini..’ Ujar
Legolas dengan panjang lebar.
‘Tiga perkara yang perlu kamu ingati.. Pertama, cari
port-key untuk membawa kamu ke Lonely Mountain.. Kedua, dapatkan sebiji telur
naga.. Ketiga kembali ke sini dengan telur naga tersebut..’ Sambung Legolas
lagi.
‘Apprentices.. Untuk keselamatan kamu.. Datang kepada
saya..’ Tinkerbell melambai ke arah semua apprentice.
‘Di sebelah saya ini.. terdapat sebuah mesin.. kamu hanya
perlu memutarkan tombol untuk mendapatkan sebiji gula-gula getah berwarna
putih.. Dan mengunyahnya..’ Jelas Tinkerbell dengan panjang lebar.
‘Gula-gula ini telah dijampi di mana sekiranya kamu
berdepan dengan sesuatu yang merbahaya.. Kamu hanya perlu jerit.. Selamatkan
saya..! Dan kamu akan kembali ke sini..’ Sambung Tinkerbell lagi.
‘Mudah kan?’ Tinkerbell melemparkan senyumannya.
‘Bagaimana dengan
pembahagian kumpulan..?’ Soal Aragorn kepada Gandalf.
‘Oh maafkan saya.. Apprentices telah [un dibahagi kepada
dua kumpulan melalui gula-gula getah yang dikunyah.. Lihat tu..’ Tinkerbell
menunjuk ke arah Peter Pan yang mendapat gula-gula getah berwarna merah. Frodo
masih belum mengunyah gula-gula getah berwarna putih tersebut. Dia teruja untuk
mengetahui kumpulan mana yang bakal diwakilinya. Dia segera mengunyah gula-gula
getah tersebut dan warna gula-gula getahnya bertukar menjadi merah.
‘Misi kamu bermula sekarang..!’ Jerit Gandalf. Semua
apprentices bergerak menuju ke bilik yang berdekatan dengan Legolas tersebut.
Daun pintu itu dibuka dan mereka lantas berusaha mencari port-key berkenaan. Frodo
masih terpaku di situ.
‘Nampaknya apprentice kamu tidak mempunyai keberanian..’
Gimly ketawa besar melihat Frodo. Frodo masih berdiri tegak.
‘Kamu tidak mahu menyertai cabaran ini..?’ Soal Gandalf.
Frodo tersedar dari lamunannya. Dia mengorak langkah menuju ke dalam bilik
tersebut. Hanya tinggal Scrap Lady, apprentice untuk Mad Hatter dan Captain
Nemo, apprentice untuk Puteri Ariel. Captain Nemo segera menggerakkan kasut
kulit yang terletak di atas meja sisi itu dan hilang dari pandangan Frodo.
Frodo memerhati lukisan-lukisan yang menghiasi dinding empat penjuru di bilik
berkenaan. Pandangannya kembali ke arah Scrap Lady. Scrap Lady juga bertindak
seperti Captain Nemo.
‘Mungkin itu port-key yang disebut oleh Legolas..’ Fikir
Frodo. Dia pun segera menarik kasut kulit tersebut. Port-key ialah objek yang
dapat membawa seseorang ke destinasi yang telah ditentukan. Frodo membuka
matanya, seakan bilik tersebut menjadi bengkang bengkok.
“Ianya seperti apa yang Gandalf lakukan sebelum ini..”
Fikir Frodo.
Misty Mountain.
Misty Mountain.
Tengah Malam.
‘Cepat.. Saya dapat menghidu sesuatu..’ Ujar Beorn.
“Ini bukan bau Orks.. Apakah ini?” Jantung Beorn berdetak
pantas.
‘Saya juga dapat merasakan sesuatu..’ Ujar Grim.
‘Tasik terletak dihujung sana.. Kamu hanya perlu
menyeberangi tasik tersebut untuk tiba di sebuah pekan.. Kamu akan selamat di
sana..’ Beorn mempercepatkan langkahnya. Grim juga berbuat perkara yang sama.
Lonely Mountain.
Petang.
Dapur Diraja.
‘Di mana semua orang..?’ Frodo memerhati ke segenap
ruang. Dia bergerak untuk mencari apprentice yang lain. Kelibat Scrap Lady
berjaya dikesan di Ruang Makan Diraja. Frodo terpesona dengan lukisan-lukisan
yang terbingkai di ruang makan tersebut.
‘Lapar..’ Frodo mengusap perutnya.
“Buah pun bagus juga untuk mengisi perut..” Fikirnya. Dia
segera mendekati meja berkenaan.
‘Bermacam jenis buah-buahan berada di atas meja ni.. Ada
yang tidak pernah dilihat.. Benar kata Bilbao.. Melalui pengembaraan barulah
kita dapat melihat dunia melalui mata beburung..’ Frodo mencapai sebiji buah
dari dalam talam buah-buahan itu dan segera memakannya.
“Tak sedapnya.. Tapi tak elok jika dibuang.. Membazir..”
Frodo segera menghabiskan buah berkenaan dan berjalan meninggalkan ruang makan
tersebut.
‘Arah mana..?’ Fikirnya. Di hadapan Frodo terdapat tiga
lorong. Frodo harus memilih haluannya.
‘Telur naga?’ Fikirnya.
‘Kiri atau kanan..?’ Frodo akhirnya bergerak ke kanan.
“Baik mulakan dari kanan..” Fikirnya.
Misty Mountain.
Tengah Malam.
‘Apakah itu..?’ Soal Grim.
‘Penunggang Nazgul..?’ Beorn bagaikan tidak mempercayai
apa yang dilihatnya. Seorang lelaki berjubah hitam menunnggang seekor naga
menuju ke arah mereka.
‘Nazgul?’ Grim tidak pernah mendengar akan nama itu.
‘Kamu harus berenang menyeberangi tasik itu.. Cepat..’
Beorn lantas bertukar menjadi seekor beruang hitam yang besar dan melompat ke
arah penunggang Nazgul tersebut.
‘Bagaimana dengan kamu..?’ Soal Grim.
‘Saya tidak boleh berenang.. Ini sumpahan untuk pengguna
Devil Fruit..!’ Laung Beorn. Dia berjaya menjatuhkan Nazgul itu dari naga
tersebut.
‘Jangan kamu menoleh ke belakang.. Selamatkan diri kamu..
Penduduk pekan itu akan membantu kamu..!’ Jerit Beorn lagi. Grim lantas
melompat ke dalam tasik berkenaan. Naga tersebut cuba menyerang Grim dengan
menghembuskan api namun api berkenaan lantas menjadi asap apabila menyentuh
permukaan air tasik yang amat sejuk itu.
‘Frogadier Morpheusa..!’ Grim lantas mengeluarkan kayu
magiknya dan mengenakan jampi ke atas dirinya. Lantas tangan dan kaki Grim
bertukar menjadi seperti kaki katak. Grim menyelam ke dasar tasik tersebut bagi
mengelakkan dari serangan naga tersebut.
Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Raja Naga menyerang Lake-Town..!’ Jerit seorang nelayan
dari dalam perahunya. Jeritannya itu membuatkan penduduk Esgaroth untuk
bertindak berlawan dengan naga tersebut.
‘Naga telah kembali..?’ Mayor Esgaroth itu bagaikan tidak
percaya dengan apa yang didengarinya.
‘Bukankah naga tersebut telah dikurung di Lonely
Mountain..?’ Sambung mayor itu lagi.
‘Persiapkan alatan untuk membunuh naga tersebut..!’
Perintah Mayor tersebut kepada penduduk di Esgaroth atau lebih dikenali sebagai
Lake-Town itu.
Misty Mountain.
Tengah Malam.
Beorn terpaksa berubah menjadi separa beruang. Ini adalah
bentuk ketiga bagi pengguna Devil Fruit. Dia masih tidak dapat mengalahkan
Nazgul yang berada di hadapannya itu. Dari jauh Beorn dapat melihat naga itu
terus menerus menghembuskan api ke arah permukaan air di tasik tersebut. Satu
tembakan kedengaran. Ianya tepat mengenai naga tersebut. Naga tersebut jatuh ke
dalam air tasik tersebut.
“Aku tidak dapat mengalahkan Nazgul ini.. Dia bagaikan
tidak dapat dicederakan.. Mungkin magik dapat menewaskannya.. Ini bukan masa
untuk aku..” Fikir Beorn. Dia lantas membuka langkah meninggalkan kawasan itu
dengan segera apabila pandangan Nazgul itu terpaku ke arah naga yang
ditungganginya itu yang sedang dihujani dengan tombak yang ditempa dengan emas.
Lonely Mountain.
Petang.
‘Tempat apakah ini..?’ Frodo sendirian. Dia berada di
Ruang Khazanah Diraja. Timbunan duit emas dan batu permata itu membuatkannya
sedikit khayal.
‘Selamatkan diri kamu..!’ Jerit seseorang.
‘Selamatkan dari apa?’ Soal Frodo.
‘Naga..!’ Jerit orang tersebut lagi.
‘Naga..?’ Frodo tersedar dari khayalannya. Di belakangnya
ada seekor naga betina yang dikenali sebagai Mother Glare yang cuba
membahamnya.
Frodo segera menyarung cincin yang diterimanya dari
Bilbao itu. Mother Glare terkesima apabila mendapati makanannya itu hilang dari
pandangannya.
‘Di mana kamu makananku..?’ Mother Glare terus memakukan
pandangan matanya.
‘Kamu telah menyebabkan makananku hilang..’ Mother Glare
mendekati sangkar besi yang tergantung di tengah ruangan tersebut.
‘Kamu akan menjadi penggantinya..!’ Mother Glare cuba
memecahkan sangkar itu namun usahanya itu tidak pernah berhasil.
‘Aku juga menunggu kamu memecahkan sangkar ini.. Sudah
lama benar aku tidak menggerak-gerakkan tulang empat kerat aku ni..’ Ujar
lelaki dari dalam sangkar itu.
‘Kamu hendak berlawan dengan aku..?’ Mother Glare ketawa
dengan apa yang didengarinya. Kemudian dia terhidu akan sesuatu.
‘Aku dapat menghidu bau kamu..’ Dia tercari-cari akan bau
Frodo tersebut.
Putera Thorin muncul menyerang Mother Glare dengan pedang
yang dipegangnya. Sisik tebal Mother Glare lantas tercabut dan darah mengalir
keluar dari kesan luka itu.
‘Ada seorang lagi di sini..?’ Mother Glare mencari
kelibat Putera Thorin tersebut. Putera Thorin bersembunyi di celah-celah
timbunan duit emas itu.
Pada masa yang sama Captain Nemo menyerang Mother Glare
dengan beberapa das tembakan menggunakan peluru beracun.
“Mammoth pun berjaya ditundukkan dengan tiga das
tembakan.. Inikan pula seekor naga.. Sepuluh das tembakan sudah memadai..”
Fikir Captain Nemo.
Mother Glare menjadi berang dengan serangan demi serangan
yang diterimanya. Dia lantas menembak keluar beberapa ekor anak naga dari
bahagian bawah badannya. Anak-anak naga itu lantas berlari ke arah Captain Nemo
dan Thorin.
‘Cari semua yang berada di sini.. Kita akan jadikan
mereka makanan malam..!’ Ujar Mother Glare kepada tentera anak naga itu. Mother
Glare ialah seekor naga dan menurut lagenda naga mempunyai satu kuasa magik.
Kuasa magik bagi Mother Glare ialah ia dapat menghasilkan anak-anak naga
melalui sepuluh kantung di bawah bahagian badannya.
‘Mother Glare adalah spesis naga yang tidak bertelur..’
Ujar Scrap Lady yang baru tiba di Ruang Khazanah Diraja itu. Semua yang
mendengarnya tercengang.
‘Habis tu.. Bagaimana kita harus mendapatkan telur
naga..?’ Ujar Peter Pan, apprentice Tinker Bell itu.
‘Telur naga..?’ Mother Glare tahu akan tujuan mereka itu
semua.
‘Kamu tidak akan dapat mencarinya..’ Mother Glare tahu di
mana lokasi telur naga tersebut. Semenjak Raja Naga telah berjaya menguasai
Lonely Mountain. Lonely Mountain telah menjadi sarang kepada semua jenis naga.
Oleh itu mudah untuk Mother Glare mengetahui lokasi tersebut. Mother Glare
terus menghembuskan api kepada penyerang-penyerangnya.
“Dikesempatan yang ada ini.. Aku harus mendapatkan
Arkenstone.. Kerana peluang ini mustahil untuk aku kembali ke sini lagi..”
Fikir Putera Thorin. Arkenstone ialah nama sejenis batu yang dimiliki oleh
keturunan Thorin. Mereka tidak mengetahui akan apa sebenarnya asal usul batu
berkenaan. Ianya menjadi simbol kepada keturunan Thorin sejak ianya ditemui.
Misty Mountain.
Tengah Malam.
Penyerang Nazgul itu lantas mengalihkan pandangannya. Dia
tidak lagi memburu Beorn. Ini adalah kerana dia telah mendapat isyarat dari
cincin yang dipakai oleh Frodo. Bukan penyerang itu sahaja malah lapan orang
rakannya juga menerima isyarat keberadaan cincin itu. Mereka lantas berkejar ke
sana.
Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Aku harus menunggu di sini..’ Ujar Grim.
“Dalam huru hara yang ditumbulkan oleh naga itu..
Penduduk di sini pasti akan menyalahkan aku..” Fikirnya. Grim lantas memeluk
tiang sambil mengaksikan naga itu diserang oleh penduduk Esgaroth itu.
“Bagaimana dengan Beorn..? Apakah dia selamat di sana..?”
Fikirnya lagi.
‘Devil Fruit..’ Fikiran Grim mengimbas ke saat dia
melihat perubahan fizikal Beorn dari seorang lelaki kepada seekor beruang
hitam.
“Apakah pengguna Devil Fruit semuanya akan bertukar
menjadi haiwan..?” Fikirnya lagi.
Lonely Mountain.
Petang.
Peter Pan dan Captain Nemo terus-menerus menyerang Mother
Glare. Sama ada mereka terus melarikan diri atau terus bersatu padu menyerang
naga betina dihadapan mereka itu. Scrap Lady juga turut membantu namun
langkahnya terhenti kerana tubuhnya dibakar oleh hembusan api dari Mother
Glare. Putera Thorin telah melarikan diri dari ruangan tersebut. Namun dia
belum sedar bahawa dua ekor anak naga sedang memburunya.
‘Hey kamu..’ Frodo menjelmakan dirinya berdekatan dengan
sangkar besi.
‘Hati-hati..! Belakang kamu..!’ Jerit suara itu. Seekor
anak naga telah melompat untuk membaham Frodo. Frodo terus menyarung cincin itu
kembali dan hilang dari penglihatan mata kasar.
‘Hey kamu.. Bagaimana saya boleh membantu kamu..?’ Ujar
Frodo sebaik sahaja berjaya meloloskan diri dari anak naga tersebut.
‘Ada sesuatu yang harus kamu lakukan.. Sangkar ini akan
terbuka apabila suisnya ditekan..’ Ujar lelaki itu.
‘Suis? Bagaimana kamu tahu akan perkara itu.. Bukankah
kamu dimasukkan ke dalam sangkar berkenaan..?’ Soal Frodo.
‘Saya sempat memerhati ke arah mereka..’ Ujar lelaki itu.
‘Mereka?’ Soal Frodo.
‘Mereka yang membawa saya ke sini sebagai hidangan kepada
naga di sini..’ Jawab lelaki itu.
‘Suis itu di sana..’ Lelaki itu menudingkan jarinya.
Frodo dapat melihat tombol pada dinding yang terletak di satu sudut.
Mother Glare terus menyemburkan api ke arah Scrap Lady.
Tubuh badan Scrap Lady seakan mula melebur. Captain Nemo terpaksa tampil dan melemparkan
beberapa bom tangan ke arah Mother Glare. Hembusan api dari Mother Glare itu
membuatkan bom-bom kecil itu meletup di udara dan wap-wap air terbentuk di
sekitar ruangan tersebut. Peter Pan segera mengalihkan Scrap Lady dari situ.
Captain Nemo segera menyerang Mother Glare dengan
beberapa das tembakan peluru beracun. Dia mahu menewaskan naga tersebut supaya
mereka dapat mencari telur naga dan membawanya kembali ke Greenwood Forest.
Seekor anak naga cuba menyerang Captain nemo namun pada saat yang getir itu
Willow the Ent telah tampil dan menyerang dengan duri beracun ke arah anak naga
tersebut. Anak naga itu tersungkur ke lantai. Willow lantas memancung leher
anak naga tersebut dengan secepat kilat.
Mother Glare menjadi berang melihat anaknya telah
dipancung di depan matanya. Dia lantas menyerang Willow dan bersedia untuk
membahamnya. Peter Pan cuba menyelamatkan Willow namun Mother Glare telah
membahamnya.
‘Selamatkan saya..!’ Pada saat hidup dan mati itu Willow
telah menarik diri dari cabaran itu.
No comments:
Post a Comment