The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 3: Kubo
Episode 3: Kubo
Lonely Mountain.
Senja.
Frodo menjelmakan dirinya di hadapan lelaki itu.
‘Hai.. Saya Kubo..’ Ujar budak lelaki itu sambil
menggerak-gerakkan tubuh badannya.
‘Belakang kamu..!’ Jerit Frodo. Kubo lantas berpaling dan
memetik Kecapi yang dipegangnya. Timbunan duit emas itu lantas menjadi penjara
untuk anak naga tersebut. Anak naga itu meraung kerana tidak dapat melepaskan
diri.
‘Terima kasih.. Siapa nama kamu..?’ Soal Kubo sambil
melemparkan senyuman ke arah Frodo.
‘Saya Frodo..’Mereka bersalaman.
‘Oleh kerana kamu telah menyelamatkan saya.. Maka saya
akan membantu kamu untuk menewaskan naga betina ini..’ Ujar Kubo.
‘Bolehkah kamu menewaskannya..?’ Soal Frodo.
‘Saya pun tidak pasti namun saya perlu mencubanya..’
Jawab Kubo.
‘Lagipun sayaada perhitungan dengan naga betina itu..’
Kubo mengenyitkan matanya. Frodo terpaku melihatnya.
“Mampukah untuk dia mengalahkan Mother Glare itu..?”
Fikir Frodo.
Captain Nemo dan Peter Pan masih bergelut dengan Mother
Glare dan seekor anak naga.
‘Hei Mother Glare.. Aku ini lawan kamu yang
sebenarnya..!’ Jerit Kubo. Mother Glare mengalihkan pandangannya ke arah Kubo.
‘Budak hingusan.. Baguslah.. Kamu akan menjadi makan
malam aku nanti..’ Mother Glare mengalihkan serangannya ke arah Kubo. Kubo
lantas memetik kecapinya dan lantas seekor lagi anak naga terperangkap di dalam
timbunan duit emas yang berubah menjadi penjara itu.
‘Kamu ni..’ Mother Glare semakin berang dengan apa yang
berlaku. Dia lantas mengangakan mulutnya seluas yang mungkin untuk membaham
Kubo.
Kubo tidak sempat mengelak dan hilang dari pandangan
Mother Glare.
‘Kita harus berkerjasama untuk menewaskan Mother Glare
itu..’ Ujar Frodo.
‘Baiklah..’ Kubo melemparkan senyumannya.
Melihat akan tindakan Mother Glare tersebut, Captain Nemo
dan Peter Pan yakin Mother Glare telah membaham budak lelaki itu. Mereka lantas
membuka langkah meninggalkan ruangan tersebut.
‘Tujuan kita hanyalah untuk mencuri telur naga..’ Ujar Captain
nemo.
‘Ya.. Mari kita berganding bahu untuk mencari telur naga
itu..’ Balas Peter Pan. Peter Pan lantas mengangkat Scrap Lady tersebut bersama
dengannya.
‘Terima kasih.. Kalian telah menyelamatkan saya..’ Ujar
Scrap Lady. Dia kini tersedar dari pengsan.
Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Naga itu telah terbang ke arah Lonely Mountain..’ Ujar
Mayor Esgaroth itu.
‘Kita harus sentiasa berjaga-jaga.. Naga itu pasti akan
kembali semula..’ Sambungnya lagi.
‘Tuan Mayor.. Tengok ni..’ Nelayan itu telah menemui
grim. Dia menggigil kesejukan.
‘Di mana kamu bertemu dengan lelaki ini..?’ Soal Mayor.
‘Ketika saya ingin mengikat tali perahu saya.. Saya
terlihat lelaki ini di salah sebuah tiang di bawah sana..’ Ujar nelayan
tersebut.
‘Siapa kamu..?’ Soal mayor kepada Grim.
‘Dia mungkin mangsa kepada naga itu.. Lihat lengan
kirinya telah dilukai..’ Jelas Nelayan itu.
‘Kita perlu menyelamatkannya..’ Sambung Nelayan itu lagi.
‘Kita akan menyoalnya berkenaan naga tersebut.. bawa dia
menginap di rumah kamu..’ Perintah Mayor itu kepada nelayan tersebut.
‘Baiklah..’ Nelayan itu terpaksa akur dengan arahan
tersebut.
Lonely Mountain.
Senja.
“Lonely Mountain lebih merbahaya dari pergunungan dekat
Istana Fiore..” Fikir Mest Gryder. Dia menyaksikan Mother Glare membaham budak
lelaki tersebut dengan mata kepalanya sendiri.
“Siapa budak lelaki itu..?” Fikirnya.
“Tak nampak pun dia di Greenwood Forest sebelum ni..”
Sambungnya lagi. Mest Gryder segera menghilangkan dirinya dengan magik
teleportasinya.
‘Mencuri telur naga..?’ Kubo terkejut mendengarnya.
‘Ini adalah cabaran pertama dalam pertandingan ini..’
Ujar Frodo.
‘Inikan sarang naga.. Cabaran ini amat merbahaya..’ Balas
Kubo.
‘Tapi.. Saya akan membantu kamu..’ Sambungnya lagi.
‘Sekarang Mother Glare ialah masalah utama kita..
Malangnya kita bukan sasarannya kini..’ Jelas Kubo. Mother Glare kini sedang
dalam misi untuk memburu Peter Pan, Captain Nemo dan Scrap Lady.
‘Baik kita gunakan kesempatan ini untuk mencari telur
naga itu..’ Sambung Kubo lagi.
‘Kita harus ke mana..?’ Soal Frodo. Frodo terpandang akan
Niffler di satu timbunan duit emas.
‘Saya ada cadangan.. Mari kita dapatkan Niffler saya itu
kembali..’ Ujar Frodo. Mereka berdua lantas mengejar Niffler yang sememangnya
suka akan emas dan permata itu. Kubo menggunakan alunan muzik untuk melalaikan
Niffler untuk seketika manakala Frodo menggunakan Bow-Truckle untuk menangkap
Niffler itu dengan segera.
‘Niffler.. Dengar sini.. Kamu akan dapat mengambil
sebanyak mana yang kamu mahu.. Tapi kita kena selesaikan misi kita dahulu..’
Pujuk Frodo. Niffler merenung tajam ke arah Frodo.
‘Kita perlu mencari telur naga.. Dengar kata kulit telur
naga berwarna emas putih..’ Sambung Frodo lagi. Niffler seakan tertarik
mendengarnya.
‘Deria bau kamu sangat tajam kalau melibatkan emas..
Tolonglah tunjukkan jalan untuk kita kesana..’ Frodo seakan merayu kepada
Nifflernya. Niffler lantas meloloskan diri dan menghidu sesuatu. Dia lantas
berlari di sebalik timbunan duit emas tersebut menuju ke satu lorong yang
sangat gelap.
‘Haruskah kita mempercayainya..?’ Soal Kubo.
‘Ini sahaja jalan terbaik untuk kita..’ Frodo melemparkan
senyuman. Walaupun lorong tersebut amat gelap namun ianya pasti membawa mereka
ke tempat yang mereka harapkan.
‘Lorong ini membawa kita ke atas..’ Ujar Kubo. Kubo
lantas mengikuti Frodo dari belakang. Mereka terpaksa mempercepatkan langkah
kerana Niffler semakin jauh di hadapan.
‘Kita harus berhati-hati..’ Ujar Frodo. Frodo
memberhentikan langkah kakinya. Mereka kini terpaksa meniti di atas tebing
batu. Niffler semakin jauh dari pandangan mereka membuatkan Frodo cuba
mempercepatkan langkah kakinya namun dia tergelincir dan jatuh ke bawah. Pada
saat itu Kubo lantas melompat dan menarik baju Frodo dari belakang.
‘Kau boleh terbang..?’ Frodo kagum dengan kebolehan Kubo
itu.
‘Saya pun tidak tahu kenapa saya dapat terbang.. tapi dalam
keadaan cemas baru saya dapat terbang..’ Terang Kubo kepada Frodo. Kubo lantas
mengepakkan sayap kumbangnya itu untuk mengejar Niffler yang semakin sayup di
hadapan.
Frodo dan Kubo sudah berada dekat dengan Niffler sebelum
Niffler berlari dan melompat ke arah Frodo. Mereka terkejut dengan kehadiran
seekor naga dihadapan mereka. Frodo lantas menyarung cincinnya dan memegang
tangan Kubo. Mereka hilang dari pandangan seekor naga ganas yang dikenali
sebagai Acnologia. Acnologia telah membunuh dua ekor Gale Dragon yang berada di
sarang naga tersebut. Acnologia dapat menghidu akan keberadaan Frodo dan Kubo.
Dia lantas menyerang dengan kuasa magik yang ada padanya yang dipadukan bersama
hembusan berapinya itu. Acnologia lantas mengepak sayapnya dan terbang keluar
dari Lonely Mountain melalui lubang gua pada puncaknya.
‘Frodo.. kamu tidak apa-apa..?’ Soal Kubo. Mereka berdua
telah cedera dengan serangan tersebut.
‘Saya tidak apa-apa..’ Frodo cuba untuk bangun namun
usahanya tidak berhasil.
‘Niffler.. Ambil telur naga itu dengan segera..!’
Perintah Frodo. Niffler lantas beredar ke arah sarang naga tersebut.
‘Nah.. Makan ni.. Seseorang kenalan saya telah memberikan
saya kacang ni..’ Ujar Kubo. Frodo lantas mengunyah kacang tersebut. Tenaganya
seakan pulih seperti sediakala.
‘Kacang apakah ini..?’ Frodo tertarik untuk
mengetahuinya. Dia yang gemar berkebun itu mahu mendapatkan benih pokok kacang
tersebut.
‘Ini dipanggil kacang tenaga.. Hanya sebiji sahaja yang
tinggal..’ Jawab Kubo.
‘Maafkan saya..’ Ujar Frodo perlahan.
‘Tidak mengapa.. Saya gembira kamu tidak apa-apa.. Naga
apakah itu sebentar tadi..?’ Kubo terpegun terbayangkan akan naga ganas itu.
‘nampak gaya naga tersebut lebih kuat dari Mother
Glare..!’ Jawab Frodo. Niffler bergerak
mendekati Frodo. Frodo lantas melihat ke dalam Niffler tersebut. Dia tersenyum.
‘Misi kita telah selesai..’ Ujar Frodo. Dia melemparkan
senyuman ke arah Kubo.
‘Bagaimana cara untuk kita keluar dari sini..?’ Soal
Kubo.
‘Keluar dari sini..? Hmm..’ Frodo kembali memikirkan akan
kata-kata Legolas.
‘Kita harus mencari port-key..’ Sambung Frodo.
‘Port-key..?’ Kubo tidak faham apa yang didengarinya.
‘Port-key ialah objek magik yang dapat membawa kita
keluar dari sini..’ Terang Frodo kepada Kubo.
‘Objek Magik..? Bagaimana bentuknya..?’ Kubo terus
menghujankan soalan kepada Frodo.
‘Itu memerlukan masa untuk difikirkan.. Tapi saya seakan
tahu di mana letaknya port-key itu..’ Ujar Frodo. Sebaik sahaja mereka cuba
meninggalkan tempat itu, Putera Thorin sudah tiba ke sarang naga itu.
‘Kamu telah menewaskan dua ekor Gale Dragon ini..?’
Putera Thorin bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
‘Kamu okay?’ Soal Frodo. Lengan kanan Putera Thorin itu
telah dilukai dan darah keluar dengan tidak berhenti.
‘kamu tidak perlu pedulikan beta.. Beta tidak amhu
terhutang budi kepada kamu berdua..’ Putera Thorin membuka langkah dan mencapai
sebiji telur naga dan berlari keluar dari situ.
‘Kita juga harus beredar dari sini dengan segera..’ Ujar
Frodo.
Esgaroth.
Awal pagi.
‘Badan dia semakin panas..’ Doktor terkenal di Pekan
Esgaroth membelek luka pada lengan Grim itu.
‘Dia telah dijangkiti kuman..’ Sambungnya lagi. Grim
dalam keadaan separa sedar. Dia semakin lemah.
“Kamu harus berjanji dengan saya.. Sekiranya saya
meninggal.. Kamulah satu-satunya penjaga kepada anak saya ni..” Terngiang kata-kata
itu di telinga Grim. Dia perlu kuat. Dia perlu melawan kesakitan ini kerana
tugasnya belum selesai.
‘Ini preskripsi ubat.. Ubat ini paling kuat.. Ini jalan
terakhir yang tinggal untuknya..’ Doktor tersebut lantas berjalan keluar dari
rumah nelayan itu.
‘Bagaimana ini..?’ Nelayan itu terpaku dengan apa yang
terjadi. Dia bakal berdepan dengan Mayor sekiranya sesuatu terjadi kepada
lelaki itu.
Lonely Mountain.
‘Cepat.. Ikut sini..!’ Ujar Frodo. Kubo lantas mengekori
dari belakang.
‘Kita harus ikut lelaki itu.. Dia mungkin tahu di mana
letaknya port-key itu..’ Sambung Frodo. Kubo mempercepatkan langkah kakinya.
‘Frodo..!’ Kubo lantas menendang Frodo yang berada tidak
jauh di hadapannya. Frodo lantas jatuh tersungkur di atas timbunan duit emas
itu. Rupanya Captain Nemo dan Peter Pan sedang melarikan diri dari Mother
Glare. Naga betina itu semakin mengganas. Terdapat kesan luka pada kaki dan
tubuh badan naga itu. Darah mengalir dari celah-celah sisik Mother Glare itu
tanpa berhenti.
‘Kamu..?’ Mother Glare mengalihkan pandangannya ke arah
Frodo. Belum sempat dia membuka langkah untuk mendekati Frodo, sekali lagi
Mother Glare telah diserang oleh lawannya. Kali ini Scrap Lady pula melepaskan
das tembakan bertalu-talu dari sisi kiri dan kanan badannya.
‘Hati-hati..’ Kubo memetik kecapinya. Peluru yang
ditembakkan secara rawak itu hampir mengenai tubuh Frodo. Kubo lantas
mengesampingkan peluru-peluru itu dari hinggap di tubuh Frodo. Dia menggerakkan
dan mensasarkan peluru-peluru itu kepada Mother Glare. Mother Glare meraung
kesakitan. Dia melibaskan ekornya ke arah Scrap Lady. Scrap Lady yang merupakan
robot itu lantas terhumban ke arah dinding. Minyak hitam mengalir dari satu
kepingan logam yang sedikit tertanggal.
‘Kamu harus menyerah kalah Scrap Lady..!’ Ujar Frodo. Dia
tahu hanya itu dapat menyelamatkan nyawa Scrap Lady itu.
‘Selamatkan saya..!’ Ujar Scrap Lady itu dengan segera. Lantas
Scrap lady hilang dari situ. Mother Glare menumpukan sepenuh kekuatan yang ada
untuk menghasilkan batch kedua anak naga dari kantung yang berada di bahagian
bawah badannya itu.
‘Kamu semua akan mati di sini..!’ Raung Mother Glare. Dia
menembakkan sepuluh ekor anak naga ke arah Frodo dan Kubo.
‘Ikut saya.. Cepat!’ Ujar Frodo. Dia menarik tangan Kubo.
Mereka bergerak ke arah Ruang Makan Diraja. Anak-anak naga itu segera mengejar
Frodo dan Kubo. Mother Glare pula terpandang akan Peter Pan yang cuba naik ke
sarang naga. Dia lantas berkejar untuk menamatkan riwayat Peter Pan dan Captain
Nemo.
‘Kita harus mencari port-key..!’ Ujar Frodo. Matanya liar
memandang ke sekitar ruangan tersebut. Kelibat Putera Thorin tidak dapat
dikesan di situ.
“Dia mungkin sudah kembali ke Greenwood..” Fikir Frodo.
Kubo terus memerhati ke arah pintu utama. Dia terus menerus mengalunkan muzik
untuk menyekat anak-anak naga itu dari menyerang mereka. Irama yang dimainkan
olehnya itu berjaya membuatkan anak-anak naga itu sedikit mengantuk.
‘Frodo.. Cepat.. Anak-anak naga ini akan kembali
menyerang tidak lama lagi..’ Ujar Kubo.
‘Saya sudah tahu..’ Frodo terfikir akan gambar-gambar
yang ada di dalam bilik di mana Legolas berdiri itu. Terdapat sekeping gambar
yang kelihatan sama dengan gambar yang terbingkai di dalam bilik tersebut.
Tiba-tiba muncul Putera Thorin dari arah Dapur Diraja dan menolak Frodo
kesamping. Frodo terjatuh dan terlanggar Kubo. Anak-anak naga itu lantas
berlari untuk membaham Frodo dan Kubo. Putera Thorin hilang apabila dia
menyentuh gambar tersebut.
“Itu port-keynya..?” Fikir Kubo.
‘Frodo.. Bangun dan sentuh gambar itu..!’ Arah Kubo.
‘Bagaimana dengan kamu?’ Soal Frodo.
‘Saya okay..
Lagipun saya memang terkurung untuk menjadi makanan naga-naga di sini..’ Jawab
Kubo.
‘Tidak.. kamu kawan saya.. Saya tidak akan meninggalkan
kamu di sini..’ Ujar Frodo.
‘Saya gembira kerana dapat berkawan dengan kamu..’ Balas
Kubo.
‘Saya tidak akan membiarkan kamu mati..!’ Jerit Frodo.
Dia terus menyarungkan cincin itu ke jarinya dan hilang dari pandangan. Dia
lantas memegang tangan Kubo. Mereka hilang dari pandangan anak-anak naga itu.
‘Kita hanya perlu menunggu masa yang sesuai..’ Ujar
Frodo. Anak-anak naga itu terus menghidu bau Frodo dan Kubo. Mereka terus cuba
mengesan dua lelaki itu. Anak-anak naga itu lantas bergerak ke Dapur Diraja.
‘Inilah masanya..!’ Sebaik sahaja Frodo ingin keluar dari
persembunyian mereka iaitu di bawah meja makan itu, Peter Pan lantas terbang
sambil membawa Captain Nemo. Captain Nemo kelihatan cedera parah. Mother Glare
terus mengejar mereka.
‘Kubo.. saya ada idea..’ Frodo lantas membisik sesuatu ke
telinga Kubo. Kubo lantas mengepakkan sayapnya dan membawa Frodo. Mereka
terbang menuju ke arah gambar itu. Frodo terus memakukan pandangannya ke arah
Peter Pan dan Captain nemo tersebut. Mother Glare semakin dekat dengan
kedudukan mereka.
‘Bow-Truckle.. Saya perlukan bantuan kamu..!’ Jerit
Frodo. Tangan Bow-Truckle lantas memanjang dan menangkap Peter Pan dan Captain
Nemo itu. Frodo lantas menarik mereka ke arahnya. Mother Glare terpaksa
berpusing untuk mengejar Frodo dan lain-lain. Malangnya Mother Glare sudah
terlambat. Kubo telah menyentuh Port-Key tersebut. Mereka lantas hilang dari
pandangan Mother Glare.
No comments:
Post a Comment