The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 4: Menentang Hermione
Greenwood Forest.
Malam.
Frodo lantas melemparkan Peter Pan dan Captain Nemo ke
satu sudut. Dia cuba mendarat namun dengan momentum sebegitu dia lantas
berguling ke arah Kubo. Mereka berdua jatuh terlentang. Tidak lama kemudian
mereka berdua ketawa dengan apa yang terjadi.
‘Jadi kita sudah selamat..?’ Soal Kubo.
‘Saya rasa begitulah..’ Frodo bingkas bangun untuk duduk
dan menggaru kepalanya. Dia melemparkan senyuman ke arah Kubo.
‘Baguslah..’ Kubo mengenyitkan matanya.
‘Siapakah ini..?’ Soal Legolas. Muka baru itu ditatapnya
berkali-kali. Frodo tergamam untuk seketika.
‘Terima kasih kerana menyelamatkan kami..’ Peter Pan
datang mendekati Frodo. Captain Nemo juga berada di belakangnya.
‘Tidak apalah..’ Frodo menggarukan kepalanya
berkali-kali.
‘Maafkan saya.. Saya Kubo..’ Kubo memperkenalkan dirinya.
Dia terus bercerita tentang apa yang terjadi di Lonely Mountain.
‘Kamu tidak boleh tinggal lama di sini..’ Ujar Legolas
dengan tegas. Gandalf mendekati kelompok itu.
‘Dalam peraturan
kita.. Tidak ada klausa untuk apprentice mendapatkan bantuan..’ Ujar Gandalf.
‘Bantuan..?’ Legolas memerah otaknya.
‘Tiada peraturan yang menetapkan bahawa apprentice tidak
boleh mendapatkan bantuan dari luar..’ Sambung Gandalf.
‘Mungkin kita patut melihat perkara ini dengan lebih
serius..’ Ujar Aragorn.
‘Mungkin kita boleh mengubah peraturan ini.. Contohnya dengan
membenarkan beberapa orang pengikut untuk turut membantu apprentice..’ usul
Gandalf.
‘Bagus juga tu..’ Ujar Putera Thorin. Nampaknya luka di
lengannya telah dirawat.
‘berhadapan dengan naga seperti Mother Glare itu bukan
mudah.. Lagipun apprentice bukannya Dragon Slayer..’ Sambung Thorin lagi. Ramai
yang menyokong usul Gandalf itu.
‘Nampaknya hanya Putera Thorin yang berjaya mendapatkan
telur naga bagi kumpulan merah.. Ini bermakna beliau akan bersmaa-sama dengan
Mest Gryder dan Fantaghiro dari kumpulan biru untuk cabaran seterusnya..’ Ujar
Gimly dengan bangganya. Dia menepuk bahu Putera Thorin itu berkali-kali.
‘Tunggu.. Saya pun berjaya mendapatkan telur naga..!’
Ujar Frodo. Dia mengeluarkan Niffler dari jaket bajunya.
‘Niffler.. Beri saya telur naga itu..’ Frodo lantas
meminta Niffler untuk mengeluarkan segala isi yang disimpannya. Semua orang
terkejut melihat duit-duit emas serta batu permata dikeluarkan oleh Niffler
bersama dengan buah-buahan akhir sekali sebiji telur naga. Frodo lantas menjulang
telur naga tersebut.
Niffler lantas memasukkan duit-duit emas serta batu
permata itu ke dalam tubuh badannya semula.
‘Nampaknya Frodo ialah peserta ke-empat yang berjaya ke
cabaran seterusnya..’ Ujar Gandalf. Tiba-tiba telur naga yang dipegang oleh Frodo
itu bercahaya. Semua mata tertumpu ke arah telur naga itu.
‘Bahaya ni..’ Ujar Aragorn.
‘Tunggu dulu..’ Frodo lantas memeluk telur naga itu.
Telur naga yang berwarna emas putih itu lantas pecah dan seekor kucing berwarna
putih seperti salji merangkak keluar dan membuka mata ke arah Frodo. Kucing itu
mempunyai sayap kecil yang juga berwarna putih di bahagian belakang badannya.
‘Char raa..?’ Kucing tersebut memerhati ke wajah Frodo.
Frodo lantas mengusap kucing tersebut.
‘Saya ialah kawan baik kamu..’Ujar Frodo.
‘Kawan..?’ Kubo merenung ke arah Frodo.
‘Niffler.. Bow-Truckle.. Perkenalkan ini kawan baru
kamu..’ Ujar Frodo. Kubo terus merenung ke arah Frodo.
‘Bagaimana dengan saya..?’ Kubo menuding jari ke arah
dirinya sendiri.
‘Kamu pun kawan saya..’ Frodo lantas memeluk Kubo. Kubo
berasa senang dengan ucapan Frodo itu.
‘Itu bukan telur naga.. Maka Frodo tidak layak ke cabaran
seterusnya..’ Gimly meminta Gandalf untuk membatalkan penyertaan Frodo.
‘Tunggu..’ Radagast the Brown lantas tampil ke hadapan
Frodo.
‘Ini adalah sejenis haiwan dari Aeras..’ Radagast
memberikan hujah berkenaan perkara itu. Dia menjeling ke arah Apprentice yang
mewakilinya iaitu Panther Lily. Panther Lily melarikan pandangan matanya ke
arah lain.
‘Aeras..? Tak pernah dengar pun..’ Celah Gimly.
‘Aeras ini wujud.. Saya pernah terbaca akannya.. Namun
tidak pernah melihatnya haiwan dari tempat itu..’ Celah Legolas.
‘Seekor kucing..? Tapi ianya bukan naga..’ Gimly
memperlekehkan kucing tersebut.
‘Memang ianya bukan dari spesis naga namun telur yang
Frodo dapatkan itu ialah dari sarang naga..’ Ujar Radagast.
‘Maka Frodo layak untuk bertanding..’ Sambungnya lagi.
‘Tapi..’ Gimly tidak mahu mengalah.
‘Gimly.. Kamu kena ingat.. Cabaran yang pertama ialah
untuk menguji keberanian apprentice.. Selain dari apprentice kamu.. Frodo juga
layak.. Kerana bukan sahaja dia berjaya membawa balik sebiji telur malah dia
juga turut menyelamatkan seorang budak serta dua apprentice lain..’ Legolas
lantas memeluk kepala Gimly dengan tangan kanannya. Semua yang berada di situ
mengiyakan apa yang telah dilakukan oleh Frodo itu.
‘Maka.. Empat peserta ini akan di uji dengan cabaran
seterusnya awal pagi esok..’ Ucap Gandalf kepada semua yang berada di ruang
besar itu.
‘Jadi kamu seekor kucing..?’ Soal Frodo.
‘Char raaaa..’ Haiwan Aeras itu bersuara dan lantas
menjilat pipi kanan Frodo.
‘Saya namakan kamu Charla..’ Frodo memeluk kucing
tersebut. Charla lantas melompat dan bergerak ke arah meja makan. Frodo dan
Kubo mengikutinya dari belakang. Niffler juga berlari ke arah meja itu kerana
ingin menjamu selera. Ia lantas mengeluarkan buah-buahan yang disimpannya.
Niffler dan Charla makan dengan lahapnya.
‘Tunggu..’ Gandalf terlihat akan sesuatu. Dia cuba
mencegahnya namun usahanya tidak kesampaian.
‘Kenapa..?’ Soal Frodo.
‘Kucing kamu telah memakan Devil Fruit..’ Ujar Gandalf.
‘Devil Fruit..?’ Frodo tidak tahu akan perihal buah itu.
Tubuh badan Charla lantas berubah dari seekor kucing kepada seorang remaja
perempuan.
‘Kamu boleh berubah-ubah..?’ Frodo terkesima melihatnya.
Tiba-tiba tubuh badan Charla itu lantas dipakaikan baju oleh Tinkerbell dengan
kuasa magiknya dari jauh.
‘Kamu ada kuasa magik..?’ Frodo terkesima melihat Charla
yang sudah berbaju itu. Kubo juga turut ternganga melihat perubahan drastik
itu.
‘Jadi nama saya Charla..?’ Ujar Charla kepada Frodo.
‘Kamu boleh bercakap..?’ Frodo semakin teruja untuk
mengenali kucing tersebut.
‘Sebenarnya tidak sesukar manapun untuk saya menguasai
bahasa kalian..’ Ujar Charla sambil menjilat tangan kanannya.
‘Buah yang tadi itu tidak sesedap buah ini..’ Ujar
Charla.
‘Buah yang kamu makan tadi ialah Devil Fruit..’ Ujar
Gandalf.
‘Devil Fruit..?’ Charla tidak pernah mendengar akan buah
itu sebelum ini.
‘Aneh sungguh nama buah itu..’ Ujar Charla.
‘Dengar sini.. Kamu telah memakan buah yang dinamakan
Devil Fruit.. Maka kamu ialah pengguna Devil Fruit tersebut..’ Jelas Gandalf.
‘Apa kelebihan buah itu..?’ Soal Charla lagi. Frodo dan
Kubo juga turut memasang telinga untuk mendengar jawapan dari Gandalf tersebut.
‘Devil Fruit ada tiga kumpulan kesemuanya.. Iaitu Zoan,
Paramecia dan juga Logia..’ Mest Gryder mencelah.
‘Cuba kamu jelaskan bentuk dan warna buah yang kamu telah
makan itu..’ Sambungnya lagi. Charla pun memperincikan buah berkenaan.
‘Memang rasanya tidak sesedap buah biasa.. tapi kuasa
yang ada pada Devil Fruit ini adalah luar biasa..’ Jelas Mest Gryder.
‘Sekejap.. Izinkan saya tumpukan perhatian saya
sebentar..’ Ujar Mest Gryder lagi. Dia terus memakukan pandangan pada skrin
magik yang diwujudkannya dengan kekuatan yang ada padanya.
‘Ah.. Tiada data berkenaan Devil Fruit tersebut..
Mustahil ni..’ Mest Gryder terus melemparkan pandangannya pada skrin tersebut.
‘Apakah kamu telah tersilap memperincikan tentang buah
tersebut..?’ Soal Mest. Charla terdiam. Dia cuba memerah otaknya untuk
memikirkan tentang perkara itu.
‘Data yang paling dekat ialah Zoan Devil Fruit..’Mest
Gryder berasa kecewa kerana tidak dapat membantu.
‘Kamu akan mengetahui akannya kelak..’ Mest Gryder
berjalan membelakangkan Gandalf dan Frodo. Hampa.
‘Charla.. Sebagai pengguna Devil Fruit.. Kamu harus ingat
akan satu perkara ini.. Air ialah musuh utama kamu.. Sekiranya air melepasi
paras pinggang kamu.. Maka kamu akan hilang kekuatan Devil Fruit kamu..’ Jelas
Gandalf. Charla terdiam.
‘Wah.. Saya teruja untuk mengetahui akan kuasa Devil
Fruit kamu tu..’ Ucap Frodo kepada Charla. Frodo lantas memeluk Charla.
‘Saya sudah ada dua orang sahabat baik..’ Frodo berasa
amat senang hati.
“Dia seorang yang periang.. Dia telah membawa saya jauh
dari sarang naga.. Kalau saya lahir di sarang tersebut.. Sudah tentu saya akan
menjadi makanan naga-naga di situ..” Fikir Charla. Charla tiba-tiba mendapat
satu gambaran tentang satu peristiwa. Seorang budak perempuan diserang oleh
lelaki berjubah hitam. Charla terdiam.
“Apakah ini..?” Jantungnya berdegup pantas.
Esgaroth.
Awal pagi.
‘Kenapa riuh ni..?’ Soal Mayor. Penduduk Lake-Town itu
menceritakan tentang dua ekor lembu milik dari ladang ternakan mereka telah
dimakan binatang buas.
‘Binatang buas..? Naga..?’ Soal Mayor itu. Dia berasa
tidak senang dengan apa yang terjadi.
‘Saya tidak nampak kelibat naga di sekitar sini..’ Ujar
seorang lelaki yang ditugaskan untuk berjaga sepanjang malam.
‘Kalau bukan naga.. Binatang buas apa yang telah masuk ke
pekan kita..?’ Mayor mahukan penjelasan.
‘Kita berada di tengah-tengah tasik..’ Sambung Mayor itu
lagi.
‘Saya kamu kamu siasat akan perkara ini dengan lebih
terperinci..’ Mayor mengalihkan perhatiannya kepada nelayan yang berada tidak
jauh dari situ.
‘Bagaimana dengan lelaki itu..?’ Soal Mayor itu. Dia mahu
siasat ke atas lelaki itu dilakukan dengan serta merta.
‘Lelaki itu tidak sihat.. Demam panas.. Mungkin kerana
kesan luka dicakar naga itu..’ Jawab nelayan itu.
‘Demam panas..? Kamu sudah mendapatkan rawatan yang
sepatutnya..?’ Soal Mayor itu lagi. Dia tidak mahu saksi itu meninggal tanpa
ada soal siasat.
‘Sudah..’ Jawab nelayan itu dengan ringkas.
‘Baiklah.. Kamu harus mengingatkan saya tentang lelaki
itu.. Kita harus menyoalnya tentang naga tersebut..’ Mayor itu bergerak
membelakangkan semua penduduk pekan itu.
‘Bersurai..’ Mayor itu segera masuk ke dalam rumahnya.
Mariejoa.
‘Ini adalah laporan saya berkenaan pertandingan insan
terpilih itu..’ Doranbolt lantas menyerahkan selembar kertas kepada ketuanya.
‘Kamu terus memantau berkenaan pertandingan itu..
Sekiranya ada apa-apa yang mencurigakan.. Laporkan kepada saya.. Kamu harus
faham akan akur janji kita selaku 12 Senates of Law..’ Lelaki itu mengingatkan
Doranbolt tentang tanggungjawab mereka.
‘Round Table ini menjadi saksi sumpah setia saya..’ Ujar
Doranbolt.
Greenwood Forest.
‘Tuanku belum tidur lagi..?’ Tegur Gandalf kepada Putera
Thorin.
‘Beta terfikir akan sesuatu..’ Ujar Putera Thorin.
‘Tentang apa..?’ Soal Gandalf lagi.
‘Kamu tentu ingat akan Arkenstone..’ Putera Thorin
membuka bicaranya.
‘Arkenstone.. Lambang kemegahan Lonely Mountain.. Siapa
yang pernah melihatnya tentu tidak akan melupakannya..’ Jelas Gandalf.
Fikirannya melayang saat pertama kali dia melihat batu tersebut.
‘Cabaran hari ini memberikan beta peluang untuk
mendapatkan kembali Arkenstone.. Malangnya usaha beta gagal.. Bukan itu
sahaja.. Naga yang mendiami Lonely Mountain itu sangat sukar untuk
ditewaskan..’ Putera Thorin mengeluh panjang. Fikirannya terbayang akan Mother
Glare.
‘Mother Glare..? Terdapat naga yang jauh lebih ganas dari
itu..’ Jawab Gandalf.
‘Bercakap tentang perkara itu.. Apprentice kamu serta
temannya telah berjaya menewaskan dua ekor Gale Dragon..’ Ujar Putera Thorin.
Gandalf tergamam mendengarnya.
‘Gale Dragon..?’ Gandalf sendiri tidak dapat mempercayai
apa yang didengarinya itu.
‘Tuanku melihatnya..?’ Soal Gandalf.
‘Tidak.. Sebaik sahaja beta tiba ke sarang naga
tersebut.. Dua ekor Gale Dragon telah pun mati..’ Jawab Putera Thorin itu.
‘Tidak mungkin..’ Gandalf tidak mempercayainya.
‘Beta juga tidak mempercayainya.. Namun itulah
hakikatnya..’ Putera Thorin lantas beredar dari situ. Gandalf terpaku dengan
apa yang didengarinya.
Gandalf berjalan ke arah bilik yang menempatkan Frodo dan
rakan-rakan barunya itu. Frodo telah pun dibuai mimpi.
“Apakah mungkin Frodo dapat menewaskan dua ekor naga..
Adakah saya telah salah mentafsir akan kekuatan Frodo..?” Fikir Gandalf.
“Tiga benda yang sentiasa ada padanya itu juga adalah
binatang magik yang biasa-biasa..” Sambungnya lagi. Fikirannya tertumpu kepada
Bow Truckle, Niffler dan seekor lagi binatang magik yang ada pada Frodo itu.
Misty Mountain.
‘Wahai penunggang Nazgul.. Teruskan usaha kamu untuk
mencari khazanah negara itu..!’ Phantom Lord dapat melihat menerusi mata
sembilan orang penunggang Nazgul yang diciptanya dari bayang Orks kelabu yang
dibunuhnya.
‘Tuan.. Kelibat musang merah itu tidak dapat dikesan
lagi..’ Orks Kelabu yang ditugaskan untuk mengumpulkan kembali tiga ekor binatang
magik itu akhirnya menyerah. Bukan sahaja musang merah, malah anjing hitam itu
juga seakan hilang dari sekitar Misty Mountain.
‘Kamu semua tidak boleh diharap..’ Phantom Lord lantas
menarik bayang Orks Kelabu yang ketakutan itu dan memakannya.
‘Anjing hitam itu kini berada di Lake-Town..!’ Jerit
Phantom Lord.
‘Pergi dapatkannya dengan segera..!’ Orks Kelabu yang
lain lantas berlari meninggalkan kawasan itu kerana takut menjadi mangsa kepada
kemarahan Phantom Lord.
Greenwood Forest.
Awal pagi.
‘Cabaran kedua ialah kebijaksanaan.. Dalam cabaran ini..
Saya telah menjemput seseorang yang perlu kamu tewaskan.. Perkara yang perlu
kamu lakukan ialah menewaskan lawan kamu dalam permainan catur gergasi..’
Aragorn menyuarakan dengan lantang.
‘Dan saya menjemput tetamu kita ke pentas catur
gergasi..’ Sambung Aragorn lagi. Lelaki berbadan besar dan tinggi itu lantas
tampil kehadapan empat peserta itu. Mukanya yang serius itu menampakkan
ketegasannya.
“Dari wajahnya tidak menggambarkan seorang yang bijak..”
Fikir Mest Gryder.
‘Whoa.. Besarnya dia..’ Ujar Frodo.
‘Hagrid..’ Gandalf lantas mendekati lelaki yang merupakan
kenalan lamanya itu. Hagrid lantas memusing tubuhnya dan terdapat seorang
remaja perempuan yang duduk di atas kerusi yang digalas oleh Hagrid itu.
‘Miss Hermione..!’ Sapa Gandalf. Semua mata yang
melihatnya terpesona. Hermione lantas melemparkan senyumannya.
‘Hi.. Saya Hermione Granger..’ Hermione memperkenalkan
dirinya. Gadis yang sentiasa memegang buku itu kaya dengan senyuman.
‘Dalam cabaran kedua ini.. Kamu akan berdepan dengan
Hermione dalam permainan catur..’ Ujar Aragorn.
“Budak perempuan ini..?” Fikir Mesy Gryder lagi.
‘Baik kita bergerak ke laman hijau di belakang ini..’
Legolas membuka gerbang di belakangnya. Terdapat dua set papan catur gergasi di
mana buah catur itu diperbuat daripada batu.
‘Hermione akan melawan kamu berempat dengan serentak..
Namun untuk memudahkan permainan ini.. Saya akan membahagikan kamu berempat
kepada dua kumpulan..’ Ujar Aragorn.
‘Tinkerbell..’ Panggil Aragorn dengan lembut.
‘Sini..!’ Tinkerbell lantas melambaikan tangannya.
‘Empat peserta sila tampil ke sini.. Sorting Hat akan
mengelaskan kamu kepada dua bahagian.. Kuning dan Hijau..’ Jerit Tinkerbell.
Putera Thorin membuka langkah untuk memakai topi tersebut.
‘Hijau..!’ Jerit Sorting Hat. Putera Thorin lantas
bergerak meninggalkan kawasan itu. Kemudian Mest Gryder pula mencuba Sorting
Hat.
‘Biru..!’ Jerit Sorting Hat. Frodo tampil untuk
mencubanya.
“Saya tidak mahu satu kumpulan dengan Putera Thorin..!”
Fikir Frodo. Rasa tidak selesa timbul apabila memikirkan perkara berkenaan.
‘Hi.. Saya tidak berapa pasti..’ Ujar Sorting Hat. Ada
sesuatu yang mengganggu pertimbangannya.
“Tolonglah.. Jangan Hijau..!” Fikir Frodo lagi.
‘Ini muktamad.. Biru..!’ Jerit Sorting Hat. Frodo sedikit
gembira dengan apa yang didengarinya itu. Ternyata Fantaghiro tidak perlu untuk
mencuba Sorting Hat kerana secara automatiknya dia kumpulan hijau.
‘Terdapat dua set papan catur dimana hermione akan
menghadapi kamu berempat serentak.. Lihat di hujung setiap papan catur itu
terdapat bendera kecil.. Di sebelah kanan saya ada bendera berwarna hijau.. Dan
sebelah kiri pula ada bendera berwarna biru..’ Aragorn memberikan sedikit
penjelasan.
‘Kepada para peserta.. Sila ke bendera kamu.. Permainan
akan bermula sebentar lagi..’ Sambung Aragorn.
‘Bagi menaikkan semangat kamu dalam permainan ini.. Saya
akan menggunakan jampi saya ke atas kamu berempat.. Jangan bimbang..’ Hermione
lantas menggerakkan kayu magiknya.
‘Tiga orang sahabat baik kamu akan turut sama bermain
permainan ini..’ Sambung Hermione lagi. Hermione telah mengundang tiga orang
sahabat baik kepada setiap peserta untuk memegang watak sebagai Rook, Knight
dan Bishop. Putera Thorin terkejut melihat Kili, Fili dan Oin berada di atas
buah catur dihadapannya. Frodo melambaikan tangannya ke arah Kubo, Charla dan
Niffler yang mewakilinya. Fantaghiro pula diwakili oleh Putera Ramualdo, White
Goose dan Tarabas. Mest Gryder pula diwakili oleh Jet, Droy dan Warren Rocko.
‘Siapa yang bakal menjadi Raja..?’ Soal Mest kepada
Frodo. Frodo lantas memeluk catur raja itu.
‘Kamu..’ Mest tidak terkata apa. Silap dia juga
sebenarnya untuk tidak segera mendapatkan buah catur Raja itu. Mest bergerak ke
arah buah catur Permaisuri.
‘Kita harus menewaskan gadis itu..’ Ujar Mest.
‘Mari kita tewaskan mereka..!’ Jerit Frodo.
‘Mereka..?’ Mest segera mengalihkan pandangannya ke arah
Hermione. Terdapat dua belas orang yang berada berdekatan dengannya.
Masing-masing memeluk satu buah catur. Mereka ialah Harry Potter, Ron Weasley,
Ginny Weasley, ChoChang, Fred Weasley, George Weasley, Hagrid, Neville
Longbottom, Luna Lovegood, Toby the house elf, Dean Thomas dan Lavender Brown.
‘Nampaknya kita berdepan dengan lelaki berbadan besar
tu..’ Ujar Mest kepada Frodo.
‘Eh.. Lihat tu..’ Frodo menuding jarinya ke arah Toby.
‘Itu ialah House Elf..’ Ujar Mest.
“Bagus juga.. Enam yang berhadapan dengan kita ialah
Rubeus Hagrid, Toby, Neville Longbottom, Luna Lovegood dan Ron Weasley..” Fikir
Mest.
‘Hermione.. Kamu harus bersemangat..!’ Jerit Ron.
Hermione tersipu malu.
‘Jangan bimbang Ron.. Saya akan memastikan kamu
terselamat..!’ Ujar Hermione.
‘Kita mulakan sekarang..!’ Jerit Hermione. Dia bagaikan
entiti yang lain apabila permainan ini dimulakan.
“Sifatnya yang manis itu lantas hilang.. Aku harus
meneliti akan gadis itu..” Fikir Mest Gryder.
“Aku tidak boleh mengharapkan budak itu..” Fikir Mest.
Baginya Frodo itu satu beban untuknya.
‘Hijau dan biru.. Ayuh kita mulakan..’ Hermione merenung
ke arah lawan-lawannya.
‘Cabaran kedua dimulakan..!’ Jerit Aragorn.
‘Peserta dibenarkan untuk memulakan permainan catur
terlebih dahulu..’ Sambungnya.
‘Biar saya..’ Mest cuba mengatur strategi. Di pihak
pasukan hijau, Putera Thorin telah menggerakkan Knight iaitu Kili ke hadapan.
Hermione tidak menumpukan sepenuh perhatiannya kepada permainan catur itu
kerana dia asyik membelek buku yang berkaitan dengan Auror. Mest mengarahkan
pawn di hadapan Knight iaitu Jet iaitu sebanyak dua langkah.
“Aku harus melihat corak permainan budak perempuan ini
terlebih dahulu..” Fikir Mest Gryder. Hermione lantas mengarahkan pawn di
hadapannya bergerak dua langkah bagi berdepan dengan Knight milik Putera Thorin
itu. Dia juga mengarahkan Hagrid iaitu Knight miliknya untuk bergerak di papan
catur untuk berdepan dengan Mest dan Frodo.
‘Biar saya pulak..’ Frodo lantas mengarahkan Charla yang
bertindak selaku Knight untuk bergerak ke hadapan. Mest terpaku melihat reaksi
Frodo itu.
“Dia bertindak rawak.. Adakah dia tidak memerlukan
strategi..?” Mest memejamkan matanya. Fantaghiro terpaksa menggerakkan Kili dari
dimakan oleh pawn musuh.
Hermione masih tidak memakukan sepenuh perhatiannya
kepada permainan catur itu. Pergerakan yang diaturnya itu membuatkan pihak
lawan berdepan dengan masalah.
“Adakah budak perempuan itu sengaja membuatkan semua
peserta hilang semangat untuk bersaing..?” Fikir Mest. Satu persatu pawn pihak
lawan telah diserang oleh Hermione. Kini dia telah bersedia untuk menyerang
Knight milik Putera Thorin itu dan memusnahkannya. Dia juga telah berjaya
mengalahkan Rook milik Frodo dengan mudah. Frodo menjadi semakin teruja dengan
kehilangan Nifflernya di tangan musuh. Putera Thorin pula berang dengan
ketiadaan Kili. Frodo mengerakkan Knight iaitu Charla untuk menewaskan Rook
milik Hermione iaitu Neville Longbottom namun Charla telah ditewaskan oleh
Bishop iaitu Ron Weasley. Charla memegang kepalanya kerana ada paparan baru
yang diterimanya iaitu apabila Hagrid ditewaskan maka nyawa Hermione dalam
bahaya. Mukanya menjadi pucat dan peluh dingin mengalir membasahi mukanya.
Mest menggerakkan Bishopnya iaitu Droy untuk menewaskan
Rook Hermione iaitu Luna Lovegood. Putera Thorin telah mengarahkan Bishopnya
iaitu Fili untuk menewaskan Pawn milik Hermione namun Fili telah ditewaskan
oleh Knight Hermione iaitu Harry Potter. Putera Thorin tertekan dengan corak
permainan lawannya itu. Bishop milik Mest juga telah dikeluarkan kerana telah
diserang oleh Knight milik Hermione iaitu Hagrid. Satu demi satu buah catur
telah dikeluarkan dari dua set papan catur itu. Di pihak Hijau kini yang
tinggal hanya Rook milik Putera Thorin iaitu Oin dan Bishop milik Fantaghiro
iaitu Tarabas. Di pihak biru pula hanya tinggal Bishop milik Frodo iaitu Kubo
dan Rook milik Mest iaitu Warren Rocko. Hermione pula masih mempunyai dua
Knight iaitu Harry Potter dan Ginny Weasley untuk menghadapi pasukan hijau
manakala satu Knight iaitu Hagrid dan satu Bishop iaitu Ron Weasley untuk
menghadapi pasukan biru.
‘Frodo..’ Charla membisikkan sesuatu kepada Frodo. Frodo
mengerutkan dahinya kerana dia tidak memahami apa yang dinyatakan oleh Charla.
‘Sekiranya Hagrid ditewaskan.. Sesuatu akan berlaku
kepada Hermione..’ Ujar Charla.
‘Apa yang bakal berlaku..?’ Soal Frodo yang masih tidak
mengerti.
‘Ini bukan kali pertama saya mendapat gambaran seperti
ini..’ Ujar Charla.
‘Apa yang bakal berlaku..?’ Soal Frodo lagi.
‘Saya tidak tahu namun gambaran itu seakan benar.. Saya
dapat melihat serangan dari lelaki berjubah hitam ke atas Hermione selepas
Hagrid ditewaskan..’ Jelas Charla.
‘Apa?’ Mest mencuri dengar perbualan itu.
‘Lelaki berjubah hitam..?’ Mest seakan tidak
mempercayainya.
“Tapi sekiranya itu benar..” Mest menumpukan pandangannya
kepada skrin magik dihadapannya. Dia cuba meninjau keadaan di sekitar
Greenwood.
‘Tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan..’ Jelas
Mest kepada Frodo dan Charla.
‘Pasukan biru.. Masih belum menggerakkan buah catur..?’ Soal
Hermione. Mest terpaksa menggerakkan Rooknya iaitu Warren untuk memusnahkan
Bishop milik Hermione dan Hagrid lantas memusnahkan Rook milik Mest itu.
‘Hermione.. Saya telah dikeluarkan..!’ laung Ron Weasley.
Hermione lantas tersenyum dan melambaikan tangannya ke arah kenalannya itu. Begitu
juga di belah pasukan hijau, Putera Thorin terpaksa mengumpan Hermione dengan Rooknya
iaitu Oin. Oin telah ditewaskan oleh Ginny Weasley namun Fantaghiro lantas
menewaskan Knight tersebut dengan menggerakkan Permaisuri. Hermione segera
mengalahkan Bishop milik Fantaghiro dengan menggerakkan Permaisurinya.
‘Mark..!’ Hermione telah menandakan kedudukannya di
hadapan buah catur Raja yang dimiliki oleh Putera Thorin. Frodo menggerakkan
Bishopnya iaitu Kubo untuk mengumpan Hermione untuk mendekati kawasannya.
Hermione lantas menggerakkan Permaisurinya untuk mengalahkan Bishop milik Frodo
itu namun Mest telah menyerang
Permaisuri itu dengan buah catur Permaisurinya. Hermione menggerakkan Knightnya
iaitu Hagrid untuk mengeluarkan permaisuri milik Mest itu. Frodo lantas
menewaskan Hagrid yang berada berdekatan dengannya.
Frodo yang bimbang dengan amaran yang diberikan oleh
Charla itu lantas menyarung cincin itu ke jarinya. Dia hilang dari pandangan.
“Mungkin musuh itu bersembunyi di dalam ruangan ini..”
Fikir Frodo. Dia tercari kelibat musuh tersebut.
‘Di mana Frodo..?’ Gandalf tercari-cari akan
apprenticenya itu. Tidak jauh dari situ muncul tiga orang penunggang Nazgul
dari ruang udara dan melancarkan serangan ke arah papan catur tersebut. Salah satu
sasaran itu mengenai Hermione.
‘Hermione..!’ Gandalf bergerak untuk mendapatkan gadis
itu. Tubuhnya terkulai tidak bermaya.
‘Semua segera berlindung..’ Ujar Aragorn. Dia
menghunuskan pedangnya. Amarahnya atas kematian Hermione itu membuatkannya berdepan
dengan salah seorang Penunggang Nazgul itu. Legolas berlari masuk ke dalam
Istana di Greenwood Forest itu. Gimly dan Putera Thorin berdepan dengan salah
seorang Penunggang Nazgul.
Pelindung Magik telah diaktifkan oleh Legolas. Dua
daripada tiga Penunggang Nazgul itu terperangkap di dalam kubah tersebut
manakala seorang lagi cuba memecahkan jaringan pelindung tersebut. Frodo
menjelma semula. Dia berlari mendapatkan Gandalf. Kubo dan Charla mengekorinya
dari belakang.
‘Hermione telah tiada..!’ Jerit Gandalf. Tiba-tiba muncul
satu susuk tubuh disebelah Gandalf.
‘Saya tiada apa-apa..’ Hermione menepuk bahu Gandalf.
Tubuh badan Hermione yang berada di atas riba Gandalf itu lantas hilang secara
perlahan-lahan.
‘Bagaimana kamu..?’ Soal Gandalf. Hermione menunjukkan
loket yang dipakainya. Loket itu adalah pemberian Dumbledoore. Gandalf
tersenyum.
Aragorn tidak berjaya untuk menewaskan penunggang Nazgul
itu. Penunggang Nazgul itu cuba menyerang Frodo. Gandalf lantas bangun dan
mengenakan jampinya pelindungnya. Kubo dan Charla bersedia untuk mempertahankan
Frodo.
‘Ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari pengetahuan saya..?’
Soal Gandalf. Frodo hanya mendiamkan dirinya.
‘Nyawa kamu dalam bahaya..!’ Ujar Gandalf. Dia tahu
Penunggang Nazgul itu cuba mendapatkan Frodo dan bukannya Hermione.
‘Biar saya memindahkan mereka ke satu lokasi lain..’ Mest
tampil di belakang pelindung magik milik Gandalf itu dengan menggunakan magik teleportasinya.
Gandalf memberikan kebenarannya.
‘Frodo.. Kita akan bertemu lagi.. Jaga diri..!’ Gandalf
berharap Frodo memberitahunya akan rahsia tersebut.
“Ada sesuatu pada kamu yang menarik perhatian penunggang
Nazgul ini..” Fikir Gandalf. Mest segera memindahkan Frodo, Kubo dan Charla ke
satu lokasi yang jauh dari Greenwood Forest.
No comments:
Post a Comment