The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 5: Jabba the Hutt
Esgaroth.
Malam.
‘Lelaki itu masih tidak sedarkan diri..’ Ujar anak
perempuan nelayan itu kepada ayahnya.
‘Panas badannya dah kurang..’ Balas nelayan itu.
‘Dia terus meracau..’ Celah isteri nelayan.
‘Luka pada lengan kirinya itu semakin baik..’ Sambungnya
lagi.
‘Saya terpaksa ikut serta untuk menjaga kawasan malam
ni..’ Ujar nelayan itu kepada isterinya.
‘Ada kemungkinan naga ataupun binatang buas telah
menyerang hasil ternakan kita..’ Sambungnya lagi.
‘Kamu kena jaga diri..’ Isteri nelayan itu lantas memeluk
suaminya.
‘Jangan bimbang.. semua lelaki di Lake-Town akan saling
membantu antara satu sama lain..’ Balas nelayan itu sambil mengusap rambut
isterinya.
‘Ayah..’ Anak perempuan yang berusia lima tahun itu
lantas berlari ke arah ayahnya.
‘Ayah pergi dulu..’ Nelayan itu melemparkan senyuman
kepada anaknya itu.
Hutt Swamp
Petang.
‘Gandalf..!’ Jerit Frodo.
‘Kita harus kembali ke sana..!’ Arah Frodo kepada Mest.
‘Tugas saya ialah untuk memastikan keselamatan semua
apprentice..; Ujar Mest.
‘Gandalf telah mengarahkan saya membawa kamu jauh dari
Greenwood Forest.. Sambung Mest lagi.
‘Kita seharusnya bersama-sama dengan mereka untuk
mengalahkan lelaki berjubah hitam itu.. Dan bukannya melarikan diri seperti
ini..!’ Frodo merenung tajam ke arah Mest.
‘Kamu tidak faham.. Perintah Phoenix perlukan generasi
muda seperti kita untuk teruskan legasi ini.. Sekiranya kita berada di sana..
Kita hanya menjadi beban kepada Gandalf dan lain-lain..’ Ujar Mest.
‘Maafkan saya..’ Mest menghilangkan diri dari situ. Frodo
terduduk. Dia terbayangkan akan Gandalf.
‘Mungkin kita tidak cukup kuat..’ Ujar Charla kepada
Frodo. Charla lantas mengecil dan kembali menjadi seekor kucing. Dia lantas
duduk berdekatan dengan Frodo.
‘Ada benarnya..’ Frodo tertunduk memandang ke permukaan
tanah dihadapannya. Kubo berdiri membelakangkan Frodo.
‘Saya berjanji untuk menjadi kuat..!’ Jerit Frodo.
‘Sshh..!’ Kubo
memberikan isyarat kepada Frodo. Dia bagaikan terdengar sesuatu tidak jauh dari
mereka.
Tiba-tiba muncul sesuatu dari belukar yang berdekatan
dengan Frodo.
‘Siapa kamu..?’ Frodo lantas berdiri dan bersedia untuk
mempertahankan diri.
‘Kamu semua telah menceroboh ke kawasan milik King
Jabba..!’ Ujar lelaki bertopeng yang dikenali sebagai Boba.
‘King Jabba..?’ Frodo mengerutkan dahinya.
‘Kamu semua adalah penceroboh dan tugas saya ialah untuk
membawa kamu semua untuk mengadap King Jabba..’ Boba lantas melepaskan satu
tembakan ke arah Frodo dan Kubo. Charla lantas melompat dan melepaskan diri
dari serangan tersebut. Jaring yang ditembakkan itu lantas memerangkap Frodo
dan Kubo.
‘Charla.. Larikan diri..’ Jerit Frodo sebelum pengsankan
diri. Jaring yang dihidupkan dengan arus elektrik dari senjata yang dipegang
oleh Boba itu. Muncul dua orang askar katak kacukan slug yang dikenali sebagai
Frogadier dari belakang Boba.
‘Bawa mereka untuk mengadap King Jabba..!’ Arah Boba.
‘Di mana kucing putih itu..?’ Boba tercari-cari akan
kelibat kucing itu di situ.
“Kucing itu bukan satu ancaman kepada King Jabba..” Fikir
Boba.
Mariejoa.
‘Greenwood Forest telah diserang musuh..’ Doranbolt
mengemukakan laporannya.
‘Penunggang Nazgul..?’ Salah seorang lelaki dari kalangan
12 Senates of Law tidak mempercayai apa yang didengarnya.
‘Ya.. Kemunculan Nazgul ini ada kaitannya dengan desas
desus bahawa Necromancer telah wujud semula..’ Jelas Ketua 12 Senates of Law
itu kepada semua.
‘Jika dilihat dari gambar yang dihantar oleh Doranbolt
kepada kita.. Nampaknya puak Elves telah berpindah dari Greenwood Forest itu ke
satu lokasi di selatan hutan itu.
‘Doranbolt.. Sila siasat sesuatu di Misty Mountain..
Ianya berkenaan dengan maklumat yang diterima berkenaan Necromancer..
Hati-hati..!’ Arah Ketua 12 Senates of Law itu kepada Doranbolt.
‘Baik..’ Doranbolt menerima tugasan baru. Pertandingan
Insan Terpilih telah dihentikan kerana tragedi yang menimpa Greenwood Forest
itu.
Misty Mountain.
‘Bersiap sedialah wahai pengikutku.. Kita akan
meninggalkan Misty Mountain..’ Phantom Lord telah membuat keputusannya.
“Hampir sepertiga daripada Penunggang Nazgul telah
ditewaskan.. Perintah Phoenix akan aku hapuskan..’ Laung Phantom Lord. Dia
telah mengistiharkan perang ke atas Perintah Phoenix.
‘Tapi.. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi.. Ada
sesuatu yang aku perlu dapatkan terlebih dahulu..’ Phantom Lord masih menyimpan
hasrat untuk memiliki seekor Cerberus. Dia telah menerima satu gambaran dari
salah seorang Penunggang Nazgulnya.
‘Kita harus segera ke sana.. Aku harus berdepan dengan
kumpulan itu..’ Phantom Lord akhirnya bergerak keluar dari sarang
persembunyiannya. Dia mempunyai misi yang mustahak.
Hutt Cartel.
‘Apa tujuan kalian datang ke Hutt Cartel..?’ Soal King
Jabba kepada tawanan yang berada di dalam sangkar besi di hadapannya. Selain
dari Frodo dan Kubo, terdapat tiga orang tawanan lain. Mereka ialah pasangan
robot iaitu Droid R2-D2 dan C3PO dan juga seorang perempuan yang bernama Alice
Marcus. Tangan perempuan itu masih digari sedangkan yang lainnya tidak bergari.
‘Kami melarikan diri daripada Penunggang Nazgul..’ Ujar
Frodo. Dia cuba meyakinkan King jabba dengan ceritanya.
‘Penunggang Nazgul..?’ Orang kanan King Jabba iaitu
Gamatama yang menjadi penasihat kepada King Jabba.
‘Bukankah Penunggang Nazgul itu pengikut setia Sauron..?
Sauron sudah tiada maka Penunggang Nazgul itu juga sudah tidak wujud lagi..’
Sambung penasihat yang bernama Gamatama itu.
‘Kalian cuba menipu beta..?’ Suara King Jabba yang garau
itu menyebabkan kedua robot itu bergerak sedikit ke belakang.
‘Tidak.. Apa guna untuk kami menipu..?’ Kubo akhirnya
bersuara.
‘Tolong bebaskan kami.. Kapal yang kami naiki telah
diserang musuh..’ Ujar Robot C3PO itu.
‘Diam..!’ Boba mengetuk sangkar besi itu dengan
senjatanya.
‘Kalian sudah tentu pengintip.. bukan?’ King Jabba terus
menduga kelima-lima tawanan yang berada di dalam sangkar besi di hadapannya
itu.
‘Kami bukan pengintip.. Kami terkandas di sini..’ Ujar
Robot C3PO itu.
‘Luke sedang menunggu kami..’ Ujar robot itu lagi. King
Jabba mengalihkan pandangannya ke arah Frodo dan Kubo.
‘Kami berdua bukan pengintip.. Kamu boleh bertanyakan hal
kami dari Perintah Phoenix..’ Jelas Frodo.
‘Perintah Phoenix..?’ Gamatama tergamam mendengarnya.
‘King Jabba.. Adakah perlu kita menghubungi Perintah
Phoenix..?’ Soal Gamatama. Dia ingin mengetahui akan kebenaran yang disampaiakn
oleh dua orang budak lelaki dihadapannya itu.
‘Tak perlu.. Semua orang akan menyuarakan hal yang sama
untuk melepaskan diri..!’ Tegas King Jabba.
“Apa yang perlu aku lakukan..?” Fikir King Jabba.
‘Semua pesalah akan dikenakan hukuman.. Sekiranya kalian
berada di pihak yang benar.. Sudah tentu ujian ini tidak begitu berat untuk
kalian..’ King Jabba memberikan isyarat tangannya kepada Boba untuk menarik
tombol untuk membuka terowong di bawah sangkar besi tersebut.
‘Tolong lepaskan kami..’ Robot C3PO itu terus merayu
kepada King Jabba. Kesemua lima tawanan itu lantas terjatuh ke bawah. Suasana
di dalam medan di bawah tanah itu sangat samar. Sesekali terdengar bunyi
hentakan kaki yang datang dari satu sudut di dalam medan bawah tanah itu.
‘Cepat.. Bantu saya..’ Pinta Alice. Dia yang dari tadi
mendiamkan diri akhirnya bersuara. Tubuhnya sedikit menggigil. Frodo dan Kubo
mengalihkan pandangannya ke arah Alice.
‘Buka gari ini..’ Alice mengacungkan kedua tangannya.
‘Kami tidak bersenjata..’ Ujar Frodo dan Kubo. Ternyata
Boba telah mengambil kecapi milik Kubo serta Niffler dan Bow-Truckle milik
Frodo itu sebelum memasukkan mereka ke dalam sangkar besi itu.
‘Ini bukan gari biasa.. Ianya gari yang diperbuat dari
Seastone..’ Jelas Robot C3PO apabila meneliti akan gari tersebut. Pintu di
belakang Kubo terbuka dan satu susuk tubuh menerpa ke arahnya.
‘Hati-hati.. Belakang kamu..!’ Jerit Alice sambil jarinya
menuding ke arah Kubo. Tubuh badan Kubo dirempuh oleh penyerang tersebut yang
dikenali sebagai Dabba. Rough-Dough ialah spesis slug seperti King Jabba yang
mempunyai kebolehan SMILEs iaitu duri landak. Dia dapat membentuk duri mengikut
kesesuaiannya pada belakang tubuh badannya. Tubuh Dabba adalah dua kali lebih
besar dari King Jabba.
Kubo terpelanting dan jatuh terlentang. Tubuhnya luka
akibat ditikam duri. Frodo lantas mengelak serangan Dabba. Perasaan bimbang
jelas terbayang di raut wajahnya terhadap Kubo yang masih terlantar di atas
permukaan tanah itu.
‘Dabba.. Kalahkan semuanya..!’ Arah Jabba. Dia ketawa
besar melihat seorang dari lima orang tawanan telah rebah dirempuh adik
kesayangannya itu. Dabba kini mengalihkan perhatiannya kepada Robot R2D2 dan
C3PO.
‘R2D2.. Segera..!’ Jerit C3PO sebelum ia dilanggar Dabba.
Robot R2D2 lantas mendekatkan diri kepada Alice. Dia cuba membantu memotong
gari pada tangan Alice.
‘Cepat..!’ Alice memakukan pandangannya kepada Dabba. Dia
khuatir Dabba meluru ke arah mereka berdua. Tidak jauh dari situ, C3PO cuba
bangun selepas diserang raksasa bernama Dabba itu.
‘R2D2.. Senjata Luke..!’ Jerit C3PO dari jauh dengan
menggunakan bahasa robot.
‘Hey kamu.. Tolong alihkan perhatian raksasa itu..’ Pinta
Alice kepada Frodo. Frodo teragak-agak. Dia memerah otaknya.
“Bagaimana caranya untuk mengalahkan raksasa itu..?”
Fikir Frodo. Dia terus memakukan pandangannya ke arah Dabba. Setiap pergerakan
Dabba itu diperhatikannya.
Frodo masih terpaku disitu. Dia masih tidak tahu apa yang
perlu dilakukannya di saat kecemasan ini. Tiba-tiba Kubo lantas bangun dari
bebola matanya terpaku ke arah Dabba. Frodo dapat melihat kelainan pada Kubo
itu. Bebola matanya kemerahan dan dia meraung kuat. Otot-otot pada anggota tangannya
lantas berkembang dan Kubo lantas menginjak dengan sekuat dayanya untuk
berdepan dengan Dabba.
“Apa dah jadi dengan Kubo..?” Fikir Frodo. R2D2 masih
cuba dengan bermacam cara untuk memisahkan Alice dari gari yang diperbuat dari
Seastone itu.
Kubo lantas menyerang Dabba dengan melancarkan tumbukan
demi tumbukan namun Dabba hanya menerima serangan Kubo itu dengan bahagian
belakang badannya. Kedua tangan Kubo luka dengan apa yang terjadi dan dia masih
tidak memberhentikan serangannya itu. Aura terbentuk disekitar tubuh Kubo dan
ianya semakin berkembang dengan pesatnya.
Di bahagian atas, King Jabba sedikit resah dengan apa
yang dilihatnya. Dia bimbang akan keselamatan adiknya.
‘Boba.. Kau turun dan bantu Dabba..!’ Perintah King
Jabba. King Jabba dan Gamatama terus menyaksikan pertarungan di dewan bawah
tanah itu dari sangkar besi yang disalut dengan Seastone.
Aura pada tubuh badan Kubo semakin kuat dan pada belakang
Kubo telah tumbuh satu ekor yang terbentuk daripada aura. Kubo masih nekad
untuk mengalahkan Dabba. Dabba masih mempertahankan dirinya. Dia hanya menanti
masauntuk menewaskan kesemua tawanan di dalam dewan itu. R2D2 masih tidak dapat
memotong gari berkenaan. C3PO terus mengarahkan sahabatnya untuk menggunakan
senjata milik Luke itu. Boba telah turun ke bawah untuk membantu Dabba. Frodo
lantas berdepan dengan lelaki bertopeng itu.
Di bahagian atas, Charla telah menjelmakan dirinya. Dia
telah berubah kepada formasi manusia. Kehadiran Charla jelas mengejutkan King
Jabba. Dia mengarahkan kesemua parajurit Hutt untuk menewaskan Charla. Gamatama
berganjak ke belakang. Dia takut menjadi mangsa serangan Charla itu. Charla
dengan mudah berjaya mengalahkan beberapa orang parajurit dengan kekuatannya.
Dia menumpukan perhatiannya kepada King Jabba.
‘Aah..!’ Dabba semakin tertekan. Serangan daripada Kubo
itu telah memusnahkan jariangan pertahanannya. Duri-duri pada bahagian belakang
badannya itu lantas hilang dan hanya tinggal corak tattoo pada kulit tersebut.
Jeritan Dabba itu sedikit membimbangkan King Jabba. Dia lantas mengarahkan dua
ekor raksasa slug untuk masuk ke dalam dewan itu. Pada masa yang sama Charla
telah berada di hadapan King Jabba. King Jabba lantas menekan butang pada alat
kawalan yang berada berdekatan dengan tempat duduknya itu. Satu lapisan cermin
tebal lantas terbentuk dan King Jabba selamat berada di dalamnya. Kepingan besi
yang disalut dengan Seastone itu membuatkan Charla sedikit lemah. Dia lantas
menjauhi King Jabba itu.
“Pengguna Devil
Fruit..?” Fikir King Jabba. Dia lantas mengambil peluang itu untuk menekan
butang pada kerusinya. Beberapa das tembakan lantas terhasil dari takhta King
Jabba itu. Peluru yang disalut dengan Seastone itu berjaya dielak oleh Charla
yang telah kembali kepada formasi kucing. Dia lantas terbang dan mengelak
serangan King Jabba dengan mengepakkan sayapnya.
Frodo dan Boba telah diserang oleh dua ekor raksasa slug
itu. Ternyata Boba turut menerima serangan tersebut.
“Tidak boleh jadi ini.. King Jabba cuba untuk membunuh
aku sekali..?” Fikir Boba. Dia berganjak dan menyerang salah seekor raksasa
slug itu dengan senjatanya. Kejutan elektrik tersebut berjaya menyebabkan
raksasa itu rebah dan menggelupur di atas tanah. Seekor lagi raksasa slug cuba
menggigit Frodo namun Frodo mengelak dan menyerang dengan yoyo yang dilemparkan
ke arah raksasa slug tersebut. Yoyo itu ialah seekor binatang magik yang
dikenali sebagai Swooping Evil yang mempunyai sayap kupu-kupu berwarna hijau
dan biru.
“Dia seorang Magizoologist..?” Fikir Boba sambil
berganjak ke belakang. Raksasa slug yang menerima kejutan elektrik itu kembali
mengganas dan ingin menggigit Boba. Swooping Evil lantas menyerang muka raksasa
slug yang berdepan dengan Frodo itu.
‘Kamu ingin memakan otaknya..?’ Frodo seakan tidak
mempercayai apa yang dilihatnya. Swooping Evil kebiasaannya akan memakan otak
manusia.
Kubo semakin mengganas. Aura dibadannya itu semakin kuat.
Ekor yang terbentuk daripada aura itu digunakan sepenuhnya oleh Kubo untuk
menyerang Dabba. Dabba terpaksa menggunakan kekuatannya yang tersisa untuk mengaktifkan
SMILEs.
‘Kekuatan apakah ini..?’ Dabba semakin tertekan. Dia
berganjak ke belakang kerana tekanan dari lawannya itu.
‘Siapakah mereka itu..?’ Ujar Gamatama sendirian. Dia
terpaku melihat ke arah Kubo.
“Budak lelaki itu.. Adakah dia salah seorang vessel untuk
tailed beast..?” Fikir Gamatama. Tubuh badan Gamatama semakin gementar dengan
apa yang dilihatnya.
Raksasa slug yang menyerang Boba terpaksa melarikan diri
dan mengalihkan perhatiannya kepada Alice. Frodo berhempas pulas menyerang
raksasa slug dengan Swooping Evil. Akhirnya raksasa itu tumbang kerana racun
yang dari Swooping Evil. Frodo sekali lagi berdepan dengan Boba. Mereka
berpandangan sesama sendiri dan menilai kekuatan pihak lawan.
“Ini tak boleh jadi.. Keadaan tidak memihak kepada aku..”
Fikir Boba.
“Adakah benar budak-budak ini dari Perintah Phoenix..?” Sambungnya
lagi sambil menekan butang yang terdapat pada bahunya. Alice menolak R2D2
kesamping. Dia juga cuba berganjak untuk mengelak serangan raksasa slug itu.
Nyawa Alice dalam bahaya dan dia tidak dapat menggunakan kebolehan Devil Fruit
untuk menyerang.
“Adakah ini kesudahannya..?” Alice lantas mengalihkan
perhatiannya kepada Frodo, Kubo dan dua robot yang berada dekat dengannya. Dia
terlihat akan sesuatu. Robot R2D2 telah membuat keputusan untuk membantu Alice
dengan melemparkan senjata milik Luke. Alice lantas menyambut senjata tersebut
dan ianya sebilah pedang lazer. Alice menggunakan saki baki kekuatannya yang
ada untuk menghayunkan pedang lazer itu ke arah kepala raksasa slug tersebut.
Raksasa slug itu lantas rebah dan menghempap ke atas Alice.
“Pedang Lazer..? Adakah itu khazanah Jedi..?” Boba
terpegun melihat pedang itu.
“Nampaknya King Jabba akan berdepan dengan ancaman lebih
besar sekiranya puak Jedi berjaya mengesan lokasi dua robot itu..” Fikir Bobab
lagi. Kehadiran pedang lazer itu membuatkan King Jabba teruja untuk
memilikinya.
‘Puak Jedi akan datang ke sini untuk memiliki pedang itu..
Beruntung aku..!’ Ujar King Jabba.
‘Boba.. Dapatkan pedang itu..!’ Arah King Jabba kepada
pembantunya itu. Boba tidak berani untuk bergerak kerana Frodo mengawai tindak
tanduknya. Robot R2D2 lantas bergerak untuk mendapatkan kembali pedang tersebut
dan menyimpannya.
“Selagi robot itu berada di sini.. Maka peluang untuk
memiliki pedang itu masih terbuka luas..” Fikir Boba.
‘Apa kamu tunggu lagi..?’ Jerit King Jabba kepada Boba.
Boba mengangkat senjata yang berupa tongkat itu dan menuding ke arah Frodo.
King Jabba berasa hampa namun dia sendiri berdepan dengan serangan dari seekor
kucing yang mempunyai sayap.
‘Aku akan menamatkan nyawa kamu wahai kucing bersayap..!’
Jerit King Jabba namun kucing tersebut hilang dari pandangannya.
‘Gamatama.. Di mana kucing itu..?’ Soal King Jabba kepada
penasihatnya itu.
‘Saya tidak tahu..!’ Jawab Gamatama.
‘Tak boleh diharap..!’ King Jabba bertambah bengang
dengan apa yang berlaku. Dia lantas mengenakan kejutan elektrik kepada Gamatama
dengan menekan butang pada papan kekunci dihadapannya. Gelang yang berada di
leher Gamatama itu merupakan cara untuk King Jabba mengawal orang bawahannya.
Hal yang sama berlaku dengan Boba. Boba
terlihat akan Gamatama yang dihukum oleh King Jabba pun lantas membuka
langkah untuk menyerang Frodo.
Teriakan Dabba membuatkan King Jabba sedikit resah. Dabba
ialah satu-satunya saudara yang ada bagi King Jabba.
“Aku tidak boleh membuka sangkar besi ini..” Fikir King
Jabba. Robot R2D2 dan C3PO cuba untuk mengalihkan raksasa slug itu untuk
menyelamatkan Alice. King Jabba terlihat akan sesuatu. Dabba berada di dalam
bulatan yang diturunkan oleh King Jabba. Dia pun lantas menekan butang untuk
menaikkan Dabba ke atas dengan kadar segera. Kubo masih nekad untuk menyerang
Dabba dia lantas cuba untuk naik ke atas dengan menyerang platform tersebut.
Skrin kaca dihadapan King Jabba seakan menerima isyarat
dari luar. Satelite milik King Jabba telah mengesan skuad Law Enforcer berada
dalam kawasan Hutt Swamp.
“Sudah jatuh ditimpa tangga.. Kenapa Skuad Law Enforcer
menyerbu ke sini..?” King Jabba semakin cemas. Dia harus berfikir dengan
rasional. Dia juga perlu membantu adiknya Dabba untuk melarikan diri dari Hutt
Cartel. Platform yang membawa Dabba naik ke atas itu lantas ditembusi oleh
serangan Kubo. Kubo melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada platform juga Dabba.
Dabba tidak dapat mempertahankan dirinya dari serangan Kubo itu.
‘Tolong Jabba..!’ Jerit Dabba. King Jabba lantas menekan
butang untuk menembak Kubo dengan bom asap. Dia juga memutuskan untuk membuka
sangkar besi itu demi menyelamatkan adiknya.
Boba bertembung dengan Frodo. Senjata yang dipakainya
oleh Boba itu ditepis oleh Frodo dengan menggunakan Bowtruckle.
‘Kita bukan lawan.. Dan kita bukan kawan..!’ Bisik Boba
kepada Frodo. Frodo kebingungan.
‘Baik kita hentikan pertarungan ini.. Kerana saya perlu
beri fokus kepada misi..’ Sambung Boba lagi. Boba lantas bergerak untuk
mendapatkan senjatanya dan menghilangkan diri dalam terowong bawah tanah. Frodo
masih tercegat disitu.
‘Mari ke sini bantu kami..!’ Panggil robot C3PO. Frodo
lantas membuka langkah mendekati robot-robot itu.
No comments:
Post a Comment