Zico's Pages

Saturday 11 November 2017

The Curse of Nyx Ep 4: Menentang Hermione



The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 4: Menentang Hermione

Greenwood Forest.
Malam.
Frodo lantas melemparkan Peter Pan dan Captain Nemo ke satu sudut. Dia cuba mendarat namun dengan momentum sebegitu dia lantas berguling ke arah Kubo. Mereka berdua jatuh terlentang. Tidak lama kemudian mereka berdua ketawa dengan apa yang terjadi.
‘Jadi kita sudah selamat..?’ Soal Kubo.
‘Saya rasa begitulah..’ Frodo bingkas bangun untuk duduk dan menggaru kepalanya. Dia melemparkan senyuman ke arah Kubo.
‘Baguslah..’ Kubo mengenyitkan matanya.

‘Siapakah ini..?’ Soal Legolas. Muka baru itu ditatapnya berkali-kali. Frodo tergamam untuk seketika.
‘Terima kasih kerana menyelamatkan kami..’ Peter Pan datang mendekati Frodo. Captain Nemo juga berada di belakangnya.
‘Tidak apalah..’ Frodo menggarukan kepalanya berkali-kali.
‘Maafkan saya.. Saya Kubo..’ Kubo memperkenalkan dirinya. Dia terus bercerita tentang apa yang terjadi di Lonely Mountain.

‘Kamu tidak boleh tinggal lama di sini..’ Ujar Legolas dengan tegas. Gandalf mendekati kelompok itu.
 ‘Dalam peraturan kita.. Tidak ada klausa untuk apprentice mendapatkan bantuan..’ Ujar Gandalf.
‘Bantuan..?’ Legolas memerah otaknya.
‘Tiada peraturan yang menetapkan bahawa apprentice tidak boleh mendapatkan bantuan dari luar..’ Sambung Gandalf.
‘Mungkin kita patut melihat perkara ini dengan lebih serius..’ Ujar Aragorn.
‘Mungkin kita boleh mengubah peraturan ini.. Contohnya dengan membenarkan beberapa orang pengikut untuk turut membantu apprentice..’ usul Gandalf.
‘Bagus juga tu..’ Ujar Putera Thorin. Nampaknya luka di lengannya telah dirawat.
‘berhadapan dengan naga seperti Mother Glare itu bukan mudah.. Lagipun apprentice bukannya Dragon Slayer..’ Sambung Thorin lagi. Ramai yang menyokong usul Gandalf itu.

‘Nampaknya hanya Putera Thorin yang berjaya mendapatkan telur naga bagi kumpulan merah.. Ini bermakna beliau akan bersmaa-sama dengan Mest Gryder dan Fantaghiro dari kumpulan biru untuk cabaran seterusnya..’ Ujar Gimly dengan bangganya. Dia menepuk bahu Putera Thorin itu berkali-kali.

‘Tunggu.. Saya pun berjaya mendapatkan telur naga..!’ Ujar Frodo. Dia mengeluarkan Niffler dari jaket bajunya.
‘Niffler.. Beri saya telur naga itu..’ Frodo lantas meminta Niffler untuk mengeluarkan segala isi yang disimpannya. Semua orang terkejut melihat duit-duit emas serta batu permata dikeluarkan oleh Niffler bersama dengan buah-buahan akhir sekali sebiji telur naga. Frodo lantas menjulang telur naga tersebut.
Niffler lantas memasukkan duit-duit emas serta batu permata itu ke dalam tubuh badannya semula.
‘Nampaknya Frodo ialah peserta ke-empat yang berjaya ke cabaran seterusnya..’ Ujar Gandalf. Tiba-tiba telur naga yang dipegang oleh Frodo itu bercahaya. Semua mata tertumpu ke arah telur naga itu.

‘Bahaya ni..’ Ujar Aragorn.
‘Tunggu dulu..’ Frodo lantas memeluk telur naga itu. Telur naga yang berwarna emas putih itu lantas pecah dan seekor kucing berwarna putih seperti salji merangkak keluar dan membuka mata ke arah Frodo. Kucing itu mempunyai sayap kecil yang juga berwarna putih di bahagian belakang badannya.
‘Char raa..?’ Kucing tersebut memerhati ke wajah Frodo. Frodo lantas mengusap kucing tersebut.
‘Saya ialah kawan baik kamu..’Ujar Frodo.
‘Kawan..?’ Kubo merenung ke arah Frodo.
‘Niffler.. Bow-Truckle.. Perkenalkan ini kawan baru kamu..’ Ujar Frodo. Kubo terus merenung ke arah Frodo.
‘Bagaimana dengan saya..?’ Kubo menuding jari ke arah dirinya sendiri.
‘Kamu pun kawan saya..’ Frodo lantas memeluk Kubo. Kubo berasa senang dengan ucapan Frodo itu.  

‘Itu bukan telur naga.. Maka Frodo tidak layak ke cabaran seterusnya..’ Gimly meminta Gandalf untuk membatalkan penyertaan Frodo.
‘Tunggu..’ Radagast the Brown lantas tampil ke hadapan Frodo.
‘Ini adalah sejenis haiwan dari Aeras..’ Radagast memberikan hujah berkenaan perkara itu. Dia menjeling ke arah Apprentice yang mewakilinya iaitu Panther Lily. Panther Lily melarikan pandangan matanya ke arah lain.
‘Aeras..? Tak pernah dengar pun..’ Celah Gimly.
‘Aeras ini wujud.. Saya pernah terbaca akannya.. Namun tidak pernah melihatnya haiwan dari tempat itu..’ Celah Legolas.
‘Seekor kucing..? Tapi ianya bukan naga..’ Gimly memperlekehkan kucing tersebut.
‘Memang ianya bukan dari spesis naga namun telur yang Frodo dapatkan itu ialah dari sarang naga..’ Ujar Radagast.
‘Maka Frodo layak untuk bertanding..’ Sambungnya lagi.
‘Tapi..’ Gimly tidak mahu mengalah.
‘Gimly.. Kamu kena ingat.. Cabaran yang pertama ialah untuk menguji keberanian apprentice.. Selain dari apprentice kamu.. Frodo juga layak.. Kerana bukan sahaja dia berjaya membawa balik sebiji telur malah dia juga turut menyelamatkan seorang budak serta dua apprentice lain..’ Legolas lantas memeluk kepala Gimly dengan tangan kanannya. Semua yang berada di situ mengiyakan apa yang telah dilakukan oleh Frodo itu.
‘Maka.. Empat peserta ini akan di uji dengan cabaran seterusnya awal pagi esok..’ Ucap Gandalf kepada semua yang berada di ruang besar itu.

‘Jadi kamu seekor kucing..?’ Soal Frodo.
‘Char raaaa..’ Haiwan Aeras itu bersuara dan lantas menjilat pipi kanan Frodo.
‘Saya namakan kamu Charla..’ Frodo memeluk kucing tersebut. Charla lantas melompat dan bergerak ke arah meja makan. Frodo dan Kubo mengikutinya dari belakang. Niffler juga berlari ke arah meja itu kerana ingin menjamu selera. Ia lantas mengeluarkan buah-buahan yang disimpannya. Niffler dan Charla makan dengan lahapnya.
‘Tunggu..’ Gandalf terlihat akan sesuatu. Dia cuba mencegahnya namun usahanya tidak kesampaian.
‘Kenapa..?’ Soal Frodo.
‘Kucing kamu telah memakan Devil Fruit..’ Ujar Gandalf.
‘Devil Fruit..?’ Frodo tidak tahu akan perihal buah itu. Tubuh badan Charla lantas berubah dari seekor kucing kepada seorang remaja perempuan.
‘Kamu boleh berubah-ubah..?’ Frodo terkesima melihatnya. Tiba-tiba tubuh badan Charla itu lantas dipakaikan baju oleh Tinkerbell dengan kuasa magiknya dari jauh.
‘Kamu ada kuasa magik..?’ Frodo terkesima melihat Charla yang sudah berbaju itu. Kubo juga turut ternganga melihat perubahan drastik itu.

‘Jadi nama saya Charla..?’ Ujar Charla kepada Frodo.
‘Kamu boleh bercakap..?’ Frodo semakin teruja untuk mengenali kucing tersebut.
‘Sebenarnya tidak sesukar manapun untuk saya menguasai bahasa kalian..’ Ujar Charla sambil menjilat tangan kanannya.
‘Buah yang tadi itu tidak sesedap buah ini..’ Ujar Charla.
‘Buah yang kamu makan tadi ialah Devil Fruit..’ Ujar Gandalf.
‘Devil Fruit..?’ Charla tidak pernah mendengar akan buah itu sebelum ini.
‘Aneh sungguh nama buah itu..’ Ujar Charla.
‘Dengar sini.. Kamu telah memakan buah yang dinamakan Devil Fruit.. Maka kamu ialah pengguna Devil Fruit tersebut..’ Jelas Gandalf.
‘Apa kelebihan buah itu..?’ Soal Charla lagi. Frodo dan Kubo juga turut memasang telinga untuk mendengar jawapan dari Gandalf tersebut.

‘Devil Fruit ada tiga kumpulan kesemuanya.. Iaitu Zoan, Paramecia dan juga Logia..’ Mest Gryder mencelah.
‘Cuba kamu jelaskan bentuk dan warna buah yang kamu telah makan itu..’ Sambungnya lagi. Charla pun memperincikan buah berkenaan.
‘Memang rasanya tidak sesedap buah biasa.. tapi kuasa yang ada pada Devil Fruit ini adalah luar biasa..’ Jelas Mest Gryder.
‘Sekejap.. Izinkan saya tumpukan perhatian saya sebentar..’ Ujar Mest Gryder lagi. Dia terus memakukan pandangan pada skrin magik yang diwujudkannya dengan kekuatan yang ada padanya.
‘Ah.. Tiada data berkenaan Devil Fruit tersebut.. Mustahil ni..’ Mest Gryder terus melemparkan pandangannya pada skrin tersebut.
‘Apakah kamu telah tersilap memperincikan tentang buah tersebut..?’ Soal Mest. Charla terdiam. Dia cuba memerah otaknya untuk memikirkan tentang perkara itu.
‘Data yang paling dekat ialah Zoan Devil Fruit..’Mest Gryder berasa kecewa kerana tidak dapat membantu.
‘Kamu akan mengetahui akannya kelak..’ Mest Gryder berjalan membelakangkan Gandalf dan Frodo. Hampa.

‘Charla.. Sebagai pengguna Devil Fruit.. Kamu harus ingat akan satu perkara ini.. Air ialah musuh utama kamu.. Sekiranya air melepasi paras pinggang kamu.. Maka kamu akan hilang kekuatan Devil Fruit kamu..’ Jelas Gandalf. Charla terdiam.
‘Wah.. Saya teruja untuk mengetahui akan kuasa Devil Fruit kamu tu..’ Ucap Frodo kepada Charla. Frodo lantas memeluk Charla.
‘Saya sudah ada dua orang sahabat baik..’ Frodo berasa amat senang hati.
“Dia seorang yang periang.. Dia telah membawa saya jauh dari sarang naga.. Kalau saya lahir di sarang tersebut.. Sudah tentu saya akan menjadi makanan naga-naga di situ..” Fikir Charla. Charla tiba-tiba mendapat satu gambaran tentang satu peristiwa. Seorang budak perempuan diserang oleh lelaki berjubah hitam. Charla terdiam.
“Apakah ini..?” Jantungnya berdegup pantas.

Esgaroth.
Awal pagi.
‘Kenapa riuh ni..?’ Soal Mayor. Penduduk Lake-Town itu menceritakan tentang dua ekor lembu milik dari ladang ternakan mereka telah dimakan binatang buas.
‘Binatang buas..? Naga..?’ Soal Mayor itu. Dia berasa tidak senang dengan apa yang terjadi.
‘Saya tidak nampak kelibat naga di sekitar sini..’ Ujar seorang lelaki yang ditugaskan untuk berjaga sepanjang malam.
‘Kalau bukan naga.. Binatang buas apa yang telah masuk ke pekan kita..?’ Mayor mahukan penjelasan.
‘Kita berada di tengah-tengah tasik..’ Sambung Mayor itu lagi.
‘Saya kamu kamu siasat akan perkara ini dengan lebih terperinci..’ Mayor mengalihkan perhatiannya kepada nelayan yang berada tidak jauh dari situ.
‘Bagaimana dengan lelaki itu..?’ Soal Mayor itu. Dia mahu siasat ke atas lelaki itu dilakukan dengan serta merta.
‘Lelaki itu tidak sihat.. Demam panas.. Mungkin kerana kesan luka dicakar naga itu..’ Jawab nelayan itu.
‘Demam panas..? Kamu sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya..?’ Soal Mayor itu lagi. Dia tidak mahu saksi itu meninggal tanpa ada soal siasat.
‘Sudah..’ Jawab nelayan itu dengan ringkas.
‘Baiklah.. Kamu harus mengingatkan saya tentang lelaki itu.. Kita harus menyoalnya tentang naga tersebut..’ Mayor itu bergerak membelakangkan semua penduduk pekan itu.    
‘Bersurai..’ Mayor itu segera masuk ke dalam rumahnya.

 Mariejoa.
‘Ini adalah laporan saya berkenaan pertandingan insan terpilih itu..’ Doranbolt lantas menyerahkan selembar kertas kepada ketuanya.
‘Kamu terus memantau berkenaan pertandingan itu.. Sekiranya ada apa-apa yang mencurigakan.. Laporkan kepada saya.. Kamu harus faham akan akur janji kita selaku 12 Senates of Law..’ Lelaki itu mengingatkan Doranbolt tentang tanggungjawab mereka.
‘Round Table ini menjadi saksi sumpah setia saya..’ Ujar Doranbolt.

Greenwood Forest.
‘Tuanku belum tidur lagi..?’ Tegur Gandalf kepada Putera Thorin.
‘Beta terfikir akan sesuatu..’ Ujar Putera Thorin.
‘Tentang apa..?’ Soal Gandalf lagi.
‘Kamu tentu ingat akan Arkenstone..’ Putera Thorin membuka bicaranya.
‘Arkenstone.. Lambang kemegahan Lonely Mountain.. Siapa yang pernah melihatnya tentu tidak akan melupakannya..’ Jelas Gandalf. Fikirannya melayang saat pertama kali dia melihat batu tersebut.
‘Cabaran hari ini memberikan beta peluang untuk mendapatkan kembali Arkenstone.. Malangnya usaha beta gagal.. Bukan itu sahaja.. Naga yang mendiami Lonely Mountain itu sangat sukar untuk ditewaskan..’ Putera Thorin mengeluh panjang. Fikirannya terbayang akan Mother Glare.
‘Mother Glare..? Terdapat naga yang jauh lebih ganas dari itu..’ Jawab Gandalf.
‘Bercakap tentang perkara itu.. Apprentice kamu serta temannya telah berjaya menewaskan dua ekor Gale Dragon..’ Ujar Putera Thorin. Gandalf tergamam mendengarnya.
‘Gale Dragon..?’ Gandalf sendiri tidak dapat mempercayai apa yang didengarinya itu.
‘Tuanku melihatnya..?’ Soal Gandalf.
‘Tidak.. Sebaik sahaja beta tiba ke sarang naga tersebut.. Dua ekor Gale Dragon telah pun mati..’ Jawab Putera Thorin itu.
‘Tidak mungkin..’ Gandalf tidak mempercayainya.
‘Beta juga tidak mempercayainya.. Namun itulah hakikatnya..’ Putera Thorin lantas beredar dari situ. Gandalf terpaku dengan apa yang didengarinya.

Gandalf berjalan ke arah bilik yang menempatkan Frodo dan rakan-rakan barunya itu. Frodo telah pun dibuai mimpi.
“Apakah mungkin Frodo dapat menewaskan dua ekor naga.. Adakah saya telah salah mentafsir akan kekuatan Frodo..?” Fikir Gandalf.
“Tiga benda yang sentiasa ada padanya itu juga adalah binatang magik yang biasa-biasa..” Sambungnya lagi. Fikirannya tertumpu kepada Bow Truckle, Niffler dan seekor lagi binatang magik yang ada pada Frodo itu.

Misty Mountain.
‘Wahai penunggang Nazgul.. Teruskan usaha kamu untuk mencari khazanah negara itu..!’ Phantom Lord dapat melihat menerusi mata sembilan orang penunggang Nazgul yang diciptanya dari bayang Orks kelabu yang dibunuhnya.
‘Tuan.. Kelibat musang merah itu tidak dapat dikesan lagi..’ Orks Kelabu yang ditugaskan untuk mengumpulkan kembali tiga ekor binatang magik itu akhirnya menyerah. Bukan sahaja musang merah, malah anjing hitam itu juga seakan hilang dari sekitar Misty Mountain.
‘Kamu semua tidak boleh diharap..’ Phantom Lord lantas menarik bayang Orks Kelabu yang ketakutan itu dan memakannya.
‘Anjing hitam itu kini berada di Lake-Town..!’ Jerit Phantom Lord.
‘Pergi dapatkannya dengan segera..!’ Orks Kelabu yang lain lantas berlari meninggalkan kawasan itu kerana takut menjadi mangsa kepada kemarahan Phantom Lord.

Greenwood Forest.
Awal pagi.
‘Cabaran kedua ialah kebijaksanaan.. Dalam cabaran ini.. Saya telah menjemput seseorang yang perlu kamu tewaskan.. Perkara yang perlu kamu lakukan ialah menewaskan lawan kamu dalam permainan catur gergasi..’ Aragorn menyuarakan dengan lantang.
‘Dan saya menjemput tetamu kita ke pentas catur gergasi..’ Sambung Aragorn lagi. Lelaki berbadan besar dan tinggi itu lantas tampil kehadapan empat peserta itu. Mukanya yang serius itu menampakkan ketegasannya.
“Dari wajahnya tidak menggambarkan seorang yang bijak..” Fikir Mest Gryder.
‘Whoa.. Besarnya dia..’ Ujar Frodo.
‘Hagrid..’ Gandalf lantas mendekati lelaki yang merupakan kenalan lamanya itu. Hagrid lantas memusing tubuhnya dan terdapat seorang remaja perempuan yang duduk di atas kerusi yang digalas oleh Hagrid itu.
‘Miss Hermione..!’ Sapa Gandalf. Semua mata yang melihatnya terpesona. Hermione lantas melemparkan senyumannya.
‘Hi.. Saya Hermione Granger..’ Hermione memperkenalkan dirinya. Gadis yang sentiasa memegang buku itu kaya dengan senyuman.
‘Dalam cabaran kedua ini.. Kamu akan berdepan dengan Hermione dalam permainan catur..’ Ujar Aragorn.
“Budak perempuan ini..?” Fikir Mesy Gryder lagi.

‘Baik kita bergerak ke laman hijau di belakang ini..’ Legolas membuka gerbang di belakangnya. Terdapat dua set papan catur gergasi di mana buah catur itu diperbuat daripada batu.
‘Hermione akan melawan kamu berempat dengan serentak.. Namun untuk memudahkan permainan ini.. Saya akan membahagikan kamu berempat kepada dua kumpulan..’ Ujar Aragorn.
‘Tinkerbell..’ Panggil Aragorn dengan lembut.
‘Sini..!’ Tinkerbell lantas melambaikan tangannya.
‘Empat peserta sila tampil ke sini.. Sorting Hat akan mengelaskan kamu kepada dua bahagian.. Kuning dan Hijau..’ Jerit Tinkerbell. Putera Thorin membuka langkah untuk memakai topi tersebut. 
‘Hijau..!’ Jerit Sorting Hat. Putera Thorin lantas bergerak meninggalkan kawasan itu. Kemudian Mest Gryder pula mencuba Sorting Hat.
‘Biru..!’ Jerit Sorting Hat. Frodo tampil untuk mencubanya.
“Saya tidak mahu satu kumpulan dengan Putera Thorin..!” Fikir Frodo. Rasa tidak selesa timbul apabila memikirkan perkara berkenaan.
‘Hi.. Saya tidak berapa pasti..’ Ujar Sorting Hat. Ada sesuatu yang mengganggu pertimbangannya.
“Tolonglah.. Jangan Hijau..!” Fikir Frodo lagi.
‘Ini muktamad.. Biru..!’ Jerit Sorting Hat. Frodo sedikit gembira dengan apa yang didengarinya itu. Ternyata Fantaghiro tidak perlu untuk mencuba Sorting Hat kerana secara automatiknya dia kumpulan hijau.

‘Terdapat dua set papan catur dimana hermione akan menghadapi kamu berempat serentak.. Lihat di hujung setiap papan catur itu terdapat bendera kecil.. Di sebelah kanan saya ada bendera berwarna hijau.. Dan sebelah kiri pula ada bendera berwarna biru..’ Aragorn memberikan sedikit penjelasan.
‘Kepada para peserta.. Sila ke bendera kamu.. Permainan akan bermula sebentar lagi..’ Sambung Aragorn.
‘Bagi menaikkan semangat kamu dalam permainan ini.. Saya akan menggunakan jampi saya ke atas kamu berempat.. Jangan bimbang..’ Hermione lantas menggerakkan kayu magiknya.
‘Tiga orang sahabat baik kamu akan turut sama bermain permainan ini..’ Sambung Hermione lagi. Hermione telah mengundang tiga orang sahabat baik kepada setiap peserta untuk memegang watak sebagai Rook, Knight dan Bishop. Putera Thorin terkejut melihat Kili, Fili dan Oin berada di atas buah catur dihadapannya. Frodo melambaikan tangannya ke arah Kubo, Charla dan Niffler yang mewakilinya. Fantaghiro pula diwakili oleh Putera Ramualdo, White Goose dan Tarabas. Mest Gryder pula diwakili oleh Jet, Droy dan Warren Rocko.

‘Siapa yang bakal menjadi Raja..?’ Soal Mest kepada Frodo. Frodo lantas memeluk catur raja itu.
‘Kamu..’ Mest tidak terkata apa. Silap dia juga sebenarnya untuk tidak segera mendapatkan buah catur Raja itu. Mest bergerak ke arah buah catur Permaisuri.
‘Kita harus menewaskan gadis itu..’ Ujar Mest.
‘Mari kita tewaskan mereka..!’ Jerit Frodo.
‘Mereka..?’ Mest segera mengalihkan pandangannya ke arah Hermione. Terdapat dua belas orang yang berada berdekatan dengannya. Masing-masing memeluk satu buah catur. Mereka ialah Harry Potter, Ron Weasley, Ginny Weasley, ChoChang, Fred Weasley, George Weasley, Hagrid, Neville Longbottom, Luna Lovegood, Toby the house elf, Dean Thomas dan Lavender Brown.

‘Nampaknya kita berdepan dengan lelaki berbadan besar tu..’ Ujar Mest kepada Frodo.
‘Eh.. Lihat tu..’ Frodo menuding jarinya ke arah Toby.
‘Itu ialah House Elf..’ Ujar Mest.
“Bagus juga.. Enam yang berhadapan dengan kita ialah Rubeus Hagrid, Toby, Neville Longbottom, Luna Lovegood dan Ron Weasley..” Fikir Mest.
‘Hermione.. Kamu harus bersemangat..!’ Jerit Ron. Hermione tersipu malu.
‘Jangan bimbang Ron.. Saya akan memastikan kamu terselamat..!’ Ujar Hermione.
‘Kita mulakan sekarang..!’ Jerit Hermione. Dia bagaikan entiti yang lain apabila permainan ini dimulakan.
“Sifatnya yang manis itu lantas hilang.. Aku harus meneliti akan gadis itu..” Fikir Mest Gryder.
“Aku tidak boleh mengharapkan budak itu..” Fikir Mest. Baginya Frodo itu satu beban untuknya.

‘Hijau dan biru.. Ayuh kita mulakan..’ Hermione merenung ke arah lawan-lawannya.
‘Cabaran kedua dimulakan..!’ Jerit Aragorn.
‘Peserta dibenarkan untuk memulakan permainan catur terlebih dahulu..’ Sambungnya.
‘Biar saya..’ Mest cuba mengatur strategi. Di pihak pasukan hijau, Putera Thorin telah menggerakkan Knight iaitu Kili ke hadapan. Hermione tidak menumpukan sepenuh perhatiannya kepada permainan catur itu kerana dia asyik membelek buku yang berkaitan dengan Auror. Mest mengarahkan pawn di hadapan Knight iaitu Jet iaitu sebanyak dua langkah.
“Aku harus melihat corak permainan budak perempuan ini terlebih dahulu..” Fikir Mest Gryder. Hermione lantas mengarahkan pawn di hadapannya bergerak dua langkah bagi berdepan dengan Knight milik Putera Thorin itu. Dia juga mengarahkan Hagrid iaitu Knight miliknya untuk bergerak di papan catur untuk berdepan dengan Mest dan Frodo.

‘Biar saya pulak..’ Frodo lantas mengarahkan Charla yang bertindak selaku Knight untuk bergerak ke hadapan. Mest terpaku melihat reaksi Frodo itu.
“Dia bertindak rawak.. Adakah dia tidak memerlukan strategi..?” Mest memejamkan matanya. Fantaghiro terpaksa menggerakkan Kili dari dimakan oleh pawn musuh.

Hermione masih tidak memakukan sepenuh perhatiannya kepada permainan catur itu. Pergerakan yang diaturnya itu membuatkan pihak lawan berdepan dengan masalah.
“Adakah budak perempuan itu sengaja membuatkan semua peserta hilang semangat untuk bersaing..?” Fikir Mest. Satu persatu pawn pihak lawan telah diserang oleh Hermione. Kini dia telah bersedia untuk menyerang Knight milik Putera Thorin itu dan memusnahkannya. Dia juga telah berjaya mengalahkan Rook milik Frodo dengan mudah. Frodo menjadi semakin teruja dengan kehilangan Nifflernya di tangan musuh. Putera Thorin pula berang dengan ketiadaan Kili. Frodo mengerakkan Knight iaitu Charla untuk menewaskan Rook milik Hermione iaitu Neville Longbottom namun Charla telah ditewaskan oleh Bishop iaitu Ron Weasley. Charla memegang kepalanya kerana ada paparan baru yang diterimanya iaitu apabila Hagrid ditewaskan maka nyawa Hermione dalam bahaya. Mukanya menjadi pucat dan peluh dingin mengalir membasahi mukanya.

Mest menggerakkan Bishopnya iaitu Droy untuk menewaskan Rook Hermione iaitu Luna Lovegood. Putera Thorin telah mengarahkan Bishopnya iaitu Fili untuk menewaskan Pawn milik Hermione namun Fili telah ditewaskan oleh Knight Hermione iaitu Harry Potter. Putera Thorin tertekan dengan corak permainan lawannya itu. Bishop milik Mest juga telah dikeluarkan kerana telah diserang oleh Knight milik Hermione iaitu Hagrid. Satu demi satu buah catur telah dikeluarkan dari dua set papan catur itu. Di pihak Hijau kini yang tinggal hanya Rook milik Putera Thorin iaitu Oin dan Bishop milik Fantaghiro iaitu Tarabas. Di pihak biru pula hanya tinggal Bishop milik Frodo iaitu Kubo dan Rook milik Mest iaitu Warren Rocko. Hermione pula masih mempunyai dua Knight iaitu Harry Potter dan Ginny Weasley untuk menghadapi pasukan hijau manakala satu Knight iaitu Hagrid dan satu Bishop iaitu Ron Weasley untuk menghadapi pasukan biru.

‘Frodo..’ Charla membisikkan sesuatu kepada Frodo. Frodo mengerutkan dahinya kerana dia tidak memahami apa yang dinyatakan oleh Charla.
‘Sekiranya Hagrid ditewaskan.. Sesuatu akan berlaku kepada Hermione..’ Ujar Charla.
‘Apa yang bakal berlaku..?’ Soal Frodo yang masih tidak mengerti.
‘Ini bukan kali pertama saya mendapat gambaran seperti ini..’ Ujar Charla.
‘Apa yang bakal berlaku..?’ Soal Frodo lagi.
‘Saya tidak tahu namun gambaran itu seakan benar.. Saya dapat melihat serangan dari lelaki berjubah hitam ke atas Hermione selepas Hagrid ditewaskan..’ Jelas Charla.
‘Apa?’ Mest mencuri dengar perbualan itu.
‘Lelaki berjubah hitam..?’ Mest seakan tidak mempercayainya.
“Tapi sekiranya itu benar..” Mest menumpukan pandangannya kepada skrin magik dihadapannya. Dia cuba meninjau keadaan di sekitar Greenwood.
‘Tiada sebarang pergerakan yang mencurigakan..’ Jelas Mest kepada Frodo dan Charla.

‘Pasukan biru.. Masih belum menggerakkan buah catur..?’ Soal Hermione. Mest terpaksa menggerakkan Rooknya iaitu Warren untuk memusnahkan Bishop milik Hermione dan Hagrid lantas memusnahkan Rook milik Mest itu.
‘Hermione.. Saya telah dikeluarkan..!’ laung Ron Weasley. Hermione lantas tersenyum dan melambaikan tangannya ke arah kenalannya itu. Begitu juga di belah pasukan hijau, Putera Thorin terpaksa mengumpan Hermione dengan Rooknya iaitu Oin. Oin telah ditewaskan oleh Ginny Weasley namun Fantaghiro lantas menewaskan Knight tersebut dengan menggerakkan Permaisuri. Hermione segera mengalahkan Bishop milik Fantaghiro dengan menggerakkan Permaisurinya.
‘Mark..!’ Hermione telah menandakan kedudukannya di hadapan buah catur Raja yang dimiliki oleh Putera Thorin. Frodo menggerakkan Bishopnya iaitu Kubo untuk mengumpan Hermione untuk mendekati kawasannya. Hermione lantas menggerakkan Permaisurinya untuk mengalahkan Bishop milik Frodo itu namun  Mest telah menyerang Permaisuri itu dengan buah catur Permaisurinya. Hermione menggerakkan Knightnya iaitu Hagrid untuk mengeluarkan permaisuri milik Mest itu. Frodo lantas menewaskan Hagrid yang berada berdekatan dengannya.

Frodo yang bimbang dengan amaran yang diberikan oleh Charla itu lantas menyarung cincin itu ke jarinya. Dia hilang dari pandangan.
“Mungkin musuh itu bersembunyi di dalam ruangan ini..” Fikir Frodo. Dia tercari kelibat musuh tersebut.
‘Di mana Frodo..?’ Gandalf tercari-cari akan apprenticenya itu. Tidak jauh dari situ muncul tiga orang penunggang Nazgul dari ruang udara dan melancarkan serangan ke arah papan catur tersebut. Salah satu sasaran itu mengenai Hermione.
‘Hermione..!’ Gandalf bergerak untuk mendapatkan gadis itu. Tubuhnya terkulai tidak bermaya.
‘Semua segera berlindung..’ Ujar Aragorn. Dia menghunuskan pedangnya. Amarahnya atas kematian Hermione itu membuatkannya berdepan dengan salah seorang Penunggang Nazgul itu. Legolas berlari masuk ke dalam Istana di Greenwood Forest itu. Gimly dan Putera Thorin berdepan dengan salah seorang Penunggang Nazgul.  

Pelindung Magik telah diaktifkan oleh Legolas. Dua daripada tiga Penunggang Nazgul itu terperangkap di dalam kubah tersebut manakala seorang lagi cuba memecahkan jaringan pelindung tersebut. Frodo menjelma semula. Dia berlari mendapatkan Gandalf. Kubo dan Charla mengekorinya dari belakang.
‘Hermione telah tiada..!’ Jerit Gandalf. Tiba-tiba muncul satu susuk tubuh disebelah Gandalf.
‘Saya tiada apa-apa..’ Hermione menepuk bahu Gandalf. Tubuh badan Hermione yang berada di atas riba Gandalf itu lantas hilang secara perlahan-lahan.
‘Bagaimana kamu..?’ Soal Gandalf. Hermione menunjukkan loket yang dipakainya. Loket itu adalah pemberian Dumbledoore. Gandalf tersenyum.

Aragorn tidak berjaya untuk menewaskan penunggang Nazgul itu. Penunggang Nazgul itu cuba menyerang Frodo. Gandalf lantas bangun dan mengenakan jampinya pelindungnya. Kubo dan Charla bersedia untuk mempertahankan Frodo.
‘Ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari pengetahuan saya..?’ Soal Gandalf. Frodo hanya mendiamkan dirinya.
‘Nyawa kamu dalam bahaya..!’ Ujar Gandalf. Dia tahu Penunggang Nazgul itu cuba mendapatkan Frodo dan bukannya Hermione.
‘Biar saya memindahkan mereka ke satu lokasi lain..’ Mest tampil di belakang pelindung magik milik Gandalf itu dengan menggunakan magik teleportasinya. Gandalf memberikan kebenarannya.
‘Frodo.. Kita akan bertemu lagi.. Jaga diri..!’ Gandalf berharap Frodo memberitahunya akan rahsia tersebut.

“Ada sesuatu pada kamu yang menarik perhatian penunggang Nazgul ini..” Fikir Gandalf. Mest segera memindahkan Frodo, Kubo dan Charla ke satu lokasi yang jauh dari Greenwood Forest. 

No comments: