Zico's Pages

Thursday 9 November 2017

The Curse of Nyx Ep 3: Kubo



The Curse of Nyx 
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 3: Kubo
  
Lonely Mountain.
Senja.
Frodo menjelmakan dirinya di hadapan lelaki itu.
‘Hai.. Saya Kubo..’ Ujar budak lelaki itu sambil menggerak-gerakkan tubuh badannya.
‘Belakang kamu..!’ Jerit Frodo. Kubo lantas berpaling dan memetik Kecapi yang dipegangnya. Timbunan duit emas itu lantas menjadi penjara untuk anak naga tersebut. Anak naga itu meraung kerana tidak dapat melepaskan diri.
‘Terima kasih.. Siapa nama kamu..?’ Soal Kubo sambil melemparkan senyuman ke arah Frodo.
‘Saya Frodo..’Mereka bersalaman.
‘Oleh kerana kamu telah menyelamatkan saya.. Maka saya akan membantu kamu untuk menewaskan naga betina ini..’ Ujar Kubo.
‘Bolehkah kamu menewaskannya..?’ Soal Frodo.
‘Saya pun tidak pasti namun saya perlu mencubanya..’ Jawab Kubo.
‘Lagipun sayaada perhitungan dengan naga betina itu..’ Kubo mengenyitkan matanya. Frodo terpaku melihatnya.
“Mampukah untuk dia mengalahkan Mother Glare itu..?” Fikir Frodo.

Captain Nemo dan Peter Pan masih bergelut dengan Mother Glare dan seekor anak naga.  
‘Hei Mother Glare.. Aku ini lawan kamu yang sebenarnya..!’ Jerit Kubo. Mother Glare mengalihkan pandangannya ke arah Kubo.
‘Budak hingusan.. Baguslah.. Kamu akan menjadi makan malam aku nanti..’ Mother Glare mengalihkan serangannya ke arah Kubo. Kubo lantas memetik kecapinya dan lantas seekor lagi anak naga terperangkap di dalam timbunan duit emas yang berubah menjadi penjara itu.
‘Kamu ni..’ Mother Glare semakin berang dengan apa yang berlaku. Dia lantas mengangakan mulutnya seluas yang mungkin untuk membaham Kubo.
Kubo tidak sempat mengelak dan hilang dari pandangan Mother Glare.

‘Kita harus berkerjasama untuk menewaskan Mother Glare itu..’ Ujar Frodo.
‘Baiklah..’ Kubo melemparkan senyumannya.
Melihat akan tindakan Mother Glare tersebut, Captain Nemo dan Peter Pan yakin Mother Glare telah membaham budak lelaki itu. Mereka lantas membuka langkah meninggalkan ruangan tersebut.
‘Tujuan kita hanyalah untuk mencuri telur naga..’ Ujar Captain nemo.
‘Ya.. Mari kita berganding bahu untuk mencari telur naga itu..’ Balas Peter Pan. Peter Pan lantas mengangkat Scrap Lady tersebut bersama dengannya.
‘Terima kasih.. Kalian telah menyelamatkan saya..’ Ujar Scrap Lady. Dia kini tersedar dari pengsan.

Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Naga itu telah terbang ke arah Lonely Mountain..’ Ujar Mayor Esgaroth itu.
‘Kita harus sentiasa berjaga-jaga.. Naga itu pasti akan kembali semula..’ Sambungnya lagi.
‘Tuan Mayor.. Tengok ni..’ Nelayan itu telah menemui grim. Dia menggigil kesejukan.
‘Di mana kamu bertemu dengan lelaki ini..?’ Soal Mayor.
‘Ketika saya ingin mengikat tali perahu saya.. Saya terlihat lelaki ini di salah sebuah tiang di bawah sana..’ Ujar nelayan tersebut.
‘Siapa kamu..?’ Soal mayor kepada Grim.
‘Dia mungkin mangsa kepada naga itu.. Lihat lengan kirinya telah dilukai..’ Jelas Nelayan itu.
‘Kita perlu menyelamatkannya..’ Sambung Nelayan itu lagi.
‘Kita akan menyoalnya berkenaan naga tersebut.. bawa dia menginap di rumah kamu..’ Perintah Mayor itu kepada nelayan tersebut.
‘Baiklah..’ Nelayan itu terpaksa akur dengan arahan tersebut.

Lonely Mountain.
Senja.
“Lonely Mountain lebih merbahaya dari pergunungan dekat Istana Fiore..” Fikir Mest Gryder. Dia menyaksikan Mother Glare membaham budak lelaki tersebut dengan mata kepalanya sendiri.
“Siapa budak lelaki itu..?” Fikirnya.
“Tak nampak pun dia di Greenwood Forest sebelum ni..” Sambungnya lagi. Mest Gryder segera menghilangkan dirinya dengan magik teleportasinya.

‘Mencuri telur naga..?’ Kubo terkejut mendengarnya.
‘Ini adalah cabaran pertama dalam pertandingan ini..’ Ujar Frodo.
‘Inikan sarang naga.. Cabaran ini amat merbahaya..’ Balas Kubo.
‘Tapi.. Saya akan membantu kamu..’ Sambungnya lagi.
‘Sekarang Mother Glare ialah masalah utama kita.. Malangnya kita bukan sasarannya kini..’ Jelas Kubo. Mother Glare kini sedang dalam misi untuk memburu Peter Pan, Captain Nemo dan Scrap Lady.
‘Baik kita gunakan kesempatan ini untuk mencari telur naga itu..’ Sambung Kubo lagi.
‘Kita harus ke mana..?’ Soal Frodo. Frodo terpandang akan Niffler di satu timbunan duit emas.
‘Saya ada cadangan.. Mari kita dapatkan Niffler saya itu kembali..’ Ujar Frodo. Mereka berdua lantas mengejar Niffler yang sememangnya suka akan emas dan permata itu. Kubo menggunakan alunan muzik untuk melalaikan Niffler untuk seketika manakala Frodo menggunakan Bow-Truckle untuk menangkap Niffler itu dengan segera.
‘Niffler.. Dengar sini.. Kamu akan dapat mengambil sebanyak mana yang kamu mahu.. Tapi kita kena selesaikan misi kita dahulu..’ Pujuk Frodo. Niffler merenung tajam ke arah Frodo.
‘Kita perlu mencari telur naga.. Dengar kata kulit telur naga berwarna emas putih..’ Sambung Frodo lagi. Niffler seakan tertarik mendengarnya.
‘Deria bau kamu sangat tajam kalau melibatkan emas.. Tolonglah tunjukkan jalan untuk kita kesana..’ Frodo seakan merayu kepada Nifflernya. Niffler lantas meloloskan diri dan menghidu sesuatu. Dia lantas berlari di sebalik timbunan duit emas tersebut menuju ke satu lorong yang sangat gelap.

‘Haruskah kita mempercayainya..?’ Soal Kubo.
‘Ini sahaja jalan terbaik untuk kita..’ Frodo melemparkan senyuman. Walaupun lorong tersebut amat gelap namun ianya pasti membawa mereka ke tempat yang mereka harapkan.
‘Lorong ini membawa kita ke atas..’ Ujar Kubo. Kubo lantas mengikuti Frodo dari belakang. Mereka terpaksa mempercepatkan langkah kerana Niffler semakin jauh di hadapan.
‘Kita harus berhati-hati..’ Ujar Frodo. Frodo memberhentikan langkah kakinya. Mereka kini terpaksa meniti di atas tebing batu. Niffler semakin jauh dari pandangan mereka membuatkan Frodo cuba mempercepatkan langkah kakinya namun dia tergelincir dan jatuh ke bawah. Pada saat itu Kubo lantas melompat dan menarik baju Frodo dari belakang.

‘Kau boleh terbang..?’ Frodo kagum dengan kebolehan Kubo itu.
‘Saya pun tidak tahu kenapa saya dapat terbang.. tapi dalam keadaan cemas baru saya dapat terbang..’ Terang Kubo kepada Frodo. Kubo lantas mengepakkan sayap kumbangnya itu untuk mengejar Niffler yang semakin sayup di hadapan.

Frodo dan Kubo sudah berada dekat dengan Niffler sebelum Niffler berlari dan melompat ke arah Frodo. Mereka terkejut dengan kehadiran seekor naga dihadapan mereka. Frodo lantas menyarung cincinnya dan memegang tangan Kubo. Mereka hilang dari pandangan seekor naga ganas yang dikenali sebagai Acnologia. Acnologia telah membunuh dua ekor Gale Dragon yang berada di sarang naga tersebut. Acnologia dapat menghidu akan keberadaan Frodo dan Kubo. Dia lantas menyerang dengan kuasa magik yang ada padanya yang dipadukan bersama hembusan berapinya itu. Acnologia lantas mengepak sayapnya dan terbang keluar dari Lonely Mountain melalui lubang gua pada puncaknya.
‘Frodo.. kamu tidak apa-apa..?’ Soal Kubo. Mereka berdua telah cedera dengan serangan tersebut.
‘Saya tidak apa-apa..’ Frodo cuba untuk bangun namun usahanya tidak berhasil.
‘Niffler.. Ambil telur naga itu dengan segera..!’ Perintah Frodo. Niffler lantas beredar ke arah sarang naga tersebut.

‘Nah.. Makan ni.. Seseorang kenalan saya telah memberikan saya kacang ni..’ Ujar Kubo. Frodo lantas mengunyah kacang tersebut. Tenaganya seakan pulih seperti sediakala.
‘Kacang apakah ini..?’ Frodo tertarik untuk mengetahuinya. Dia yang gemar berkebun itu mahu mendapatkan benih pokok kacang tersebut.
‘Ini dipanggil kacang tenaga.. Hanya sebiji sahaja yang tinggal..’ Jawab Kubo.
‘Maafkan saya..’ Ujar Frodo perlahan.
‘Tidak mengapa.. Saya gembira kamu tidak apa-apa.. Naga apakah itu sebentar tadi..?’ Kubo terpegun terbayangkan akan naga ganas itu.
‘nampak gaya naga tersebut lebih kuat dari Mother Glare..!’ Jawab Frodo.  Niffler bergerak mendekati Frodo. Frodo lantas melihat ke dalam Niffler tersebut. Dia tersenyum.

‘Misi kita telah selesai..’ Ujar Frodo. Dia melemparkan senyuman ke arah Kubo.
‘Bagaimana cara untuk kita keluar dari sini..?’ Soal Kubo.
‘Keluar dari sini..? Hmm..’ Frodo kembali memikirkan akan kata-kata Legolas.
‘Kita harus mencari port-key..’ Sambung Frodo.
‘Port-key..?’ Kubo tidak faham apa yang didengarinya.
‘Port-key ialah objek magik yang dapat membawa kita keluar dari sini..’ Terang Frodo kepada Kubo.
‘Objek Magik..? Bagaimana bentuknya..?’ Kubo terus menghujankan soalan kepada Frodo.
‘Itu memerlukan masa untuk difikirkan.. Tapi saya seakan tahu di mana letaknya port-key itu..’ Ujar Frodo. Sebaik sahaja mereka cuba meninggalkan tempat itu, Putera Thorin sudah tiba ke sarang naga itu.

‘Kamu telah menewaskan dua ekor Gale Dragon ini..?’ Putera Thorin bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
‘Kamu okay?’ Soal Frodo. Lengan kanan Putera Thorin itu telah dilukai dan darah keluar dengan tidak berhenti.
‘kamu tidak perlu pedulikan beta.. Beta tidak amhu terhutang budi kepada kamu berdua..’ Putera Thorin membuka langkah dan mencapai sebiji telur naga dan berlari keluar dari situ.
‘Kita juga harus beredar dari sini dengan segera..’ Ujar Frodo.

Esgaroth.
Awal pagi.
‘Badan dia semakin panas..’ Doktor terkenal di Pekan Esgaroth membelek luka pada lengan Grim itu.
‘Dia telah dijangkiti kuman..’ Sambungnya lagi. Grim dalam keadaan separa sedar. Dia semakin lemah.
“Kamu harus berjanji dengan saya.. Sekiranya saya meninggal.. Kamulah satu-satunya penjaga kepada anak saya ni..” Terngiang kata-kata itu di telinga Grim. Dia perlu kuat. Dia perlu melawan kesakitan ini kerana tugasnya belum selesai.
‘Ini preskripsi ubat.. Ubat ini paling kuat.. Ini jalan terakhir yang tinggal untuknya..’ Doktor tersebut lantas berjalan keluar dari rumah nelayan itu.
‘Bagaimana ini..?’ Nelayan itu terpaku dengan apa yang terjadi. Dia bakal berdepan dengan Mayor sekiranya sesuatu terjadi kepada lelaki itu.

Lonely Mountain.
‘Cepat.. Ikut sini..!’ Ujar Frodo. Kubo lantas mengekori dari belakang.
‘Kita harus ikut lelaki itu.. Dia mungkin tahu di mana letaknya port-key itu..’ Sambung Frodo. Kubo mempercepatkan langkah kakinya.
‘Frodo..!’ Kubo lantas menendang Frodo yang berada tidak jauh di hadapannya. Frodo lantas jatuh tersungkur di atas timbunan duit emas itu. Rupanya Captain Nemo dan Peter Pan sedang melarikan diri dari Mother Glare. Naga betina itu semakin mengganas. Terdapat kesan luka pada kaki dan tubuh badan naga itu. Darah mengalir dari celah-celah sisik Mother Glare itu tanpa berhenti.

‘Kamu..?’ Mother Glare mengalihkan pandangannya ke arah Frodo. Belum sempat dia membuka langkah untuk mendekati Frodo, sekali lagi Mother Glare telah diserang oleh lawannya. Kali ini Scrap Lady pula melepaskan das tembakan bertalu-talu dari sisi kiri dan kanan badannya.
‘Hati-hati..’ Kubo memetik kecapinya. Peluru yang ditembakkan secara rawak itu hampir mengenai tubuh Frodo. Kubo lantas mengesampingkan peluru-peluru itu dari hinggap di tubuh Frodo. Dia menggerakkan dan mensasarkan peluru-peluru itu kepada Mother Glare. Mother Glare meraung kesakitan. Dia melibaskan ekornya ke arah Scrap Lady. Scrap Lady yang merupakan robot itu lantas terhumban ke arah dinding. Minyak hitam mengalir dari satu kepingan logam yang sedikit tertanggal.
‘Kamu harus menyerah kalah Scrap Lady..!’ Ujar Frodo. Dia tahu hanya itu dapat menyelamatkan nyawa Scrap Lady itu.
‘Selamatkan saya..!’ Ujar Scrap Lady itu dengan segera. Lantas Scrap lady hilang dari situ. Mother Glare menumpukan sepenuh kekuatan yang ada untuk menghasilkan batch kedua anak naga dari kantung yang berada di bahagian bawah badannya itu.
‘Kamu semua akan mati di sini..!’ Raung Mother Glare. Dia menembakkan sepuluh ekor anak naga ke arah Frodo dan Kubo.

‘Ikut saya.. Cepat!’ Ujar Frodo. Dia menarik tangan Kubo. Mereka bergerak ke arah Ruang Makan Diraja. Anak-anak naga itu segera mengejar Frodo dan Kubo. Mother Glare pula terpandang akan Peter Pan yang cuba naik ke sarang naga. Dia lantas berkejar untuk menamatkan riwayat Peter Pan dan Captain Nemo.

‘Kita harus mencari port-key..!’ Ujar Frodo. Matanya liar memandang ke sekitar ruangan tersebut. Kelibat Putera Thorin tidak dapat dikesan di situ.
“Dia mungkin sudah kembali ke Greenwood..” Fikir Frodo. Kubo terus memerhati ke arah pintu utama. Dia terus menerus mengalunkan muzik untuk menyekat anak-anak naga itu dari menyerang mereka. Irama yang dimainkan olehnya itu berjaya membuatkan anak-anak naga itu sedikit mengantuk.
‘Frodo.. Cepat.. Anak-anak naga ini akan kembali menyerang tidak lama lagi..’ Ujar Kubo.
‘Saya sudah tahu..’ Frodo terfikir akan gambar-gambar yang ada di dalam bilik di mana Legolas berdiri itu. Terdapat sekeping gambar yang kelihatan sama dengan gambar yang terbingkai di dalam bilik tersebut. Tiba-tiba muncul Putera Thorin dari arah Dapur Diraja dan menolak Frodo kesamping. Frodo terjatuh dan terlanggar Kubo. Anak-anak naga itu lantas berlari untuk membaham Frodo dan Kubo. Putera Thorin hilang apabila dia menyentuh gambar tersebut.
“Itu port-keynya..?” Fikir Kubo.
‘Frodo.. Bangun dan sentuh gambar itu..!’ Arah Kubo.
‘Bagaimana dengan kamu?’ Soal Frodo.
 ‘Saya okay.. Lagipun saya memang terkurung untuk menjadi makanan naga-naga di sini..’ Jawab Kubo.
‘Tidak.. kamu kawan saya.. Saya tidak akan meninggalkan kamu di sini..’ Ujar Frodo.
‘Saya gembira kerana dapat berkawan dengan kamu..’ Balas Kubo.
‘Saya tidak akan membiarkan kamu mati..!’ Jerit Frodo. Dia terus menyarungkan cincin itu ke jarinya dan hilang dari pandangan. Dia lantas memegang tangan Kubo. Mereka hilang dari pandangan anak-anak naga itu.

‘Kita hanya perlu menunggu masa yang sesuai..’ Ujar Frodo. Anak-anak naga itu terus menghidu bau Frodo dan Kubo. Mereka terus cuba mengesan dua lelaki itu. Anak-anak naga itu lantas bergerak ke Dapur Diraja.
‘Inilah masanya..!’ Sebaik sahaja Frodo ingin keluar dari persembunyian mereka iaitu di bawah meja makan itu, Peter Pan lantas terbang sambil membawa Captain Nemo. Captain Nemo kelihatan cedera parah. Mother Glare terus mengejar mereka.
‘Kubo.. saya ada idea..’ Frodo lantas membisik sesuatu ke telinga Kubo. Kubo lantas mengepakkan sayapnya dan membawa Frodo. Mereka terbang menuju ke arah gambar itu. Frodo terus memakukan pandangannya ke arah Peter Pan dan Captain nemo tersebut. Mother Glare semakin dekat dengan kedudukan mereka.

‘Bow-Truckle.. Saya perlukan bantuan kamu..!’ Jerit Frodo. Tangan Bow-Truckle lantas memanjang dan menangkap Peter Pan dan Captain Nemo itu. Frodo lantas menarik mereka ke arahnya. Mother Glare terpaksa berpusing untuk mengejar Frodo dan lain-lain. Malangnya Mother Glare sudah terlambat. Kubo telah menyentuh Port-Key tersebut. Mereka lantas hilang dari pandangan Mother Glare. 

No comments: