Zico's Pages

Sunday 5 November 2017

The Curse of Nyx Ep 2: Curi Telur Naga


The Curse of Nyx
Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 2: Curi Telur Naga


Greenwood Forest.
'Pertandingan julung kali ini diadakan di tempat saya..' Ujar Legolas. Frodo terkesima melihat keindahan tanah Elves tersebut.
'Gandalf.. Sebelum upacara bermula.. Ada sesuatu perkara yang ingin kami sampaikan..' Aragorn menarik Gandalf ke satu lokasi.
'Ada berita tergempar.. Eclipse telah dibuka..' Ujar Legolas.
'Apa?' Gandalf tidak mempercayai apa yang didengarinya.
'Kalian tahu bukan.. Untuk membuka pintu gerbang itu memerlukan..' Gandalf cuba mengulas berkenaan pintu gerbang Eclipse tersebut.
'Bukan itu sahaja.. Roh jahat necromancer si Sauron telah kembali..' Ujar Tinkerbell.
'Nampaknya ramalan itu seakan menjadi kenyataan..' Gandalf menarik nafas panjang.
'Bukan itu sahaja.. Saya telah terserempak dengan necromancer tersebut.. Malah Mariejoa telah mengumumkan bahawa necromancer itu bernama Phantom Lord.. ' Radagast the Brown mencelah.
'Phantom Lord..' Gandalf seakan terfikir sesuatu. Dia bermain dengan janggutnya.

Misty Mountain.
'Di mana saya?' Soal Grim. Matanya liar memerhati kawasan sekelilingnya. Samar.
'Kamu selamat berada di tempat saya..!' Jawab Beorn.
'Kenapa dengan saya?' Soal Grim lagi.
'Saya telah merawat luka pada tangan kamu.. Tapi..' Beorn memberhentikan kata-katanya.
‘Terima kasih..’ Grim memerhati lengan kirinya yang sudah dibalut kemas oleh lelaki dihadapannya itu.
‘Kenapa Orks mengejarmu..?’ Soal Beorn.
‘Pantom Lord..’ Jawab Grim dengan ringkas.
‘Ada ura-ura mengatakan Phantom Lord itu telah memakan Devil Fruit..’ Beorn mengalihkan perhatiannya ke luar.
‘Devil Fruit..?’ Grim kebingungan.
‘Di luar sana terdapat banyak misteri dan salah satunya berkenaan dengan pokok Devil Fruit..’ Ujar Beorn. Beorn berlari keluar dari sarangnya sebaik sahaja terhidu sesuatu.
Dari jauh Grim dapat melihat sesuatu. Beorn tertukar menjadi beruang hitam yang besar dan meraung kuat. Ianya seakan memberi amaran tentang kawasannya dicerobohi. Sayup dari dalam mata Beorn itu, dia dapat melihat gerak geri Orks berada berdekatan dengan sarangnya. Raungan Beorn itu membuatkan Orks berkenaan memberhentikan langkah mereka.

Fiore.
‘Pintu gerbang itu dibuka orang dari dimensi lain..? Adakah kemungkinan itu Anna..?’ Soal Raja Fiore. Puteri Hisui terdiam. Cerita berkenaan Eclipse dan Celestial Mage itu saban kali didengarinya.
‘Ianya hanya dibuka untuk seketika waktu..’ Ujar Puteri Hisui.
‘Tidak ada yang datang dari dalam..?’ Soal Raja Fiore itu lagi.
‘Sekiranya ada.. Kita sudah mengetahuinya..’ Jawab Puteri Hisui. Kebimbangan jelas terbayang di raut wajah tua Raja Fiore itu. Dia memegang erat buku yang diterimanya dari Anna.
‘Ayahanda masih terfikir akan festival tersebut..?’ Soal Puteri Hisui lagi.
‘Itulah amaran Anna sebelum dia menghilangkan ke dalam pintu gerbang Eclipse tersebut..’ Jawab Raja Fiore itu lagi.

  
Greenwood
Malam.
‘Pertandingan ini diadakan setiap sepuluh tahun untuk mencari seorang adiwira yang dapat dapat menegakkan kebenaran. Kebenaran seperti yang diramal dalam buku Perintah Phoenix.. Dan kita sebagai pewaris kebenaran haruslah berpegang kepada Perintah Phoenix ini..’ Gandalf bersuara dengan lantang. Sebagai Pengerusi kepada Perintah Phoenix, Gandalf memegang tanggungjawab berat berhubung dengan kebenaran yang menjadi falsafah perhimpunan mereka ini.
‘Apprentices.. Kamu telah bersedia..?’ Gandalf memerhati setiap muka baru yang berada dihadapannya. Masing-masing seakan bersemangat untuk membuktikan diri mereka seorang adiwira yang terhebat. Gandalf dapat melihat Putera Thorin selaku apprentice untuk Gimly tidak jauh dari situ. Dia mengenali putera itu sejak dari kecil lagi.
‘Dua belas apprentice akan diuji dengan tiga cabaran.. Cabaran pertama ialah mencuri telor naga.. Kamu akan dibahagi kepada dua kumpulan..’ Ujar Gandalf. Pandangan matanya terarah kepada Peter Pan, Captain Nemo, Mest Gryder, Willow the Ent, Scrap Lady dan akhirnya berhenti tepat di hadapan Frodo.
‘Kumpulan merah dan biru..’ Sambung Gandalf.

‘Misi kumpulan merah ialah untuk mencuri telur naga di sebuah pergunungan puak dwarf yang lebih dikenali sebagai Lonely Mountain..’ kata-kata Gandalf itu menggentarkan hati Putera Thorin tersebut.
‘Lonely Mountain?’ Fikirannya kembali kepada tanah kelahirannya itu.
‘Itu mustahil.. Bukankah..?’ Gimly bersuara.
‘Saya dan Legolas telah membuat persediaan berkenaan perkara ini..’ Ujar Gandalf. Legolas mengangguk lemah.
‘Kembali ke Lonely Mountain.. Bagus juga..’ Putera Thorin bersuara.
‘Dan seterusnya untuk kumpulan biru.. Kamu akan dihantar ke pergunungan bersebelahan Istana Jed di Fiore.. Kamu juga harus mendapatkan sebiji telur naga di situ..’ Gandalf memberikan penerangan dengan lebih lanjut.

Misty Mountain.
‘Siapakah kamu? Soal Grim.
‘Ingatkah kamu tentang Devil Fruit yang saya katakan tadi..’ Beorn bersuara. Grim mengangguk lemah.
‘Saya telah memakannya..’ Sambung Beorn lagi.
‘Jadi kamu dapat bertukar menjadi beruang..?’ Soal Grim.
‘Saya rasa kamu juga pengguna Devil Fruit.. Bukan?’ Beorn merenung tajam ke arah Grim.
‘Saya.. Tidak..’ Balas Grim.
‘Bagaimana kamu dapat bertukar kepada anjing hitam..?’ Soal Beorn.
‘Ini ada kaitan dengan kalung yang saya pakai dari lahir ini..’ Grim menunjukkan kalung tersebut.
‘Inilah satu-satunya harta yang saya ada..’ Ujar Grim.
‘Tempat apakah ini..?’ Soal Grim itu lagi.
‘Ini adalah Misty Mountain..’ Jawab Beorn.
‘Saya harus segera.. Saya perlu mencari seseorang..’ Ujar Grim lagi.
‘Mari.. Saya akan bawa kamu keluar dari hutan ini..’ Beorn lantas membuka jalan dan Grim mengikutinya dari belakang.

Greenwood Forest.
Awal pagi.
‘Adakah kamu sudah bersedia..?’ Gandalf memberikan isyaratnya kepada Legolas.
‘Di dalam bilik ini terdapat Port-Key yang dapat membawa kamu ke Lonely Mountain atau ke Istana Fiore.. Kamu hanya perlu mencari port-key tersebut dan menjalankan misi keberanian kamu untuk mencuri telur naga.. Kamu hanya perlu membawa sebiji telur naga kembali ke sini..’ Ujar Legolas dengan panjang lebar.
‘Tiga perkara yang perlu kamu ingati.. Pertama, cari port-key untuk membawa kamu ke Lonely Mountain.. Kedua, dapatkan sebiji telur naga.. Ketiga kembali ke sini dengan telur naga tersebut..’ Sambung Legolas lagi.

‘Apprentices.. Untuk keselamatan kamu.. Datang kepada saya..’ Tinkerbell melambai ke arah semua apprentice.
‘Di sebelah saya ini.. terdapat sebuah mesin.. kamu hanya perlu memutarkan tombol untuk mendapatkan sebiji gula-gula getah berwarna putih.. Dan mengunyahnya..’ Jelas Tinkerbell dengan panjang lebar.
‘Gula-gula ini telah dijampi di mana sekiranya kamu berdepan dengan sesuatu yang merbahaya.. Kamu hanya perlu jerit.. Selamatkan saya..! Dan kamu akan kembali ke sini..’ Sambung Tinkerbell lagi.
‘Mudah kan?’ Tinkerbell melemparkan senyumannya.
 ‘Bagaimana dengan pembahagian kumpulan..?’ Soal Aragorn kepada Gandalf.
‘Oh maafkan saya.. Apprentices telah [un dibahagi kepada dua kumpulan melalui gula-gula getah yang dikunyah.. Lihat tu..’ Tinkerbell menunjuk ke arah Peter Pan yang mendapat gula-gula getah berwarna merah. Frodo masih belum mengunyah gula-gula getah berwarna putih tersebut. Dia teruja untuk mengetahui kumpulan mana yang bakal diwakilinya. Dia segera mengunyah gula-gula getah tersebut dan warna gula-gula getahnya bertukar menjadi merah.

‘Misi kamu bermula sekarang..!’ Jerit Gandalf. Semua apprentices bergerak menuju ke bilik yang berdekatan dengan Legolas tersebut. Daun pintu itu dibuka dan mereka lantas berusaha mencari port-key berkenaan. Frodo masih terpaku di situ.
‘Nampaknya apprentice kamu tidak mempunyai keberanian..’ Gimly ketawa besar melihat Frodo. Frodo masih berdiri tegak.
‘Kamu tidak mahu menyertai cabaran ini..?’ Soal Gandalf. Frodo tersedar dari lamunannya. Dia mengorak langkah menuju ke dalam bilik tersebut. Hanya tinggal Scrap Lady, apprentice untuk Mad Hatter dan Captain Nemo, apprentice untuk Puteri Ariel. Captain Nemo segera menggerakkan kasut kulit yang terletak di atas meja sisi itu dan hilang dari pandangan Frodo. Frodo memerhati lukisan-lukisan yang menghiasi dinding empat penjuru di bilik berkenaan. Pandangannya kembali ke arah Scrap Lady. Scrap Lady juga bertindak seperti Captain Nemo.
‘Mungkin itu port-key yang disebut oleh Legolas..’ Fikir Frodo. Dia pun segera menarik kasut kulit tersebut. Port-key ialah objek yang dapat membawa seseorang ke destinasi yang telah ditentukan. Frodo membuka matanya, seakan bilik tersebut menjadi bengkang bengkok.
“Ianya seperti apa yang Gandalf lakukan sebelum ini..” Fikir Frodo.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
‘Cepat.. Saya dapat menghidu sesuatu..’ Ujar Beorn.
“Ini bukan bau Orks.. Apakah ini?” Jantung Beorn berdetak pantas.
‘Saya juga dapat merasakan sesuatu..’ Ujar Grim.
‘Tasik terletak dihujung sana.. Kamu hanya perlu menyeberangi tasik tersebut untuk tiba di sebuah pekan.. Kamu akan selamat di sana..’ Beorn mempercepatkan langkahnya. Grim juga berbuat perkara yang sama.

Lonely Mountain.
Petang.
Dapur Diraja.
‘Di mana semua orang..?’ Frodo memerhati ke segenap ruang. Dia bergerak untuk mencari apprentice yang lain. Kelibat Scrap Lady berjaya dikesan di Ruang Makan Diraja. Frodo terpesona dengan lukisan-lukisan yang terbingkai di ruang makan tersebut.
‘Lapar..’ Frodo mengusap perutnya.
“Buah pun bagus juga untuk mengisi perut..” Fikirnya. Dia segera mendekati meja berkenaan.
‘Bermacam jenis buah-buahan berada di atas meja ni.. Ada yang tidak pernah dilihat.. Benar kata Bilbao.. Melalui pengembaraan barulah kita dapat melihat dunia melalui mata beburung..’ Frodo mencapai sebiji buah dari dalam talam buah-buahan itu dan segera memakannya.
“Tak sedapnya.. Tapi tak elok jika dibuang.. Membazir..” Frodo segera menghabiskan buah berkenaan dan berjalan meninggalkan ruang makan tersebut.
‘Arah mana..?’ Fikirnya. Di hadapan Frodo terdapat tiga lorong. Frodo harus memilih haluannya.
‘Telur naga?’ Fikirnya.
‘Kiri atau kanan..?’ Frodo akhirnya bergerak ke kanan.
“Baik mulakan dari kanan..” Fikirnya.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
‘Apakah itu..?’ Soal Grim.
‘Penunggang Nazgul..?’ Beorn bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Seorang lelaki berjubah hitam menunnggang seekor naga menuju ke arah mereka.
‘Nazgul?’ Grim tidak pernah mendengar akan nama itu.
‘Kamu harus berenang menyeberangi tasik itu.. Cepat..’ Beorn lantas bertukar menjadi seekor beruang hitam yang besar dan melompat ke arah penunggang Nazgul tersebut.
‘Bagaimana dengan kamu..?’ Soal Grim.
‘Saya tidak boleh berenang.. Ini sumpahan untuk pengguna Devil Fruit..!’ Laung Beorn. Dia berjaya menjatuhkan Nazgul itu dari naga tersebut.
‘Jangan kamu menoleh ke belakang.. Selamatkan diri kamu.. Penduduk pekan itu akan membantu kamu..!’ Jerit Beorn lagi. Grim lantas melompat ke dalam tasik berkenaan. Naga tersebut cuba menyerang Grim dengan menghembuskan api namun api berkenaan lantas menjadi asap apabila menyentuh permukaan air tasik yang amat sejuk itu.
‘Frogadier Morpheusa..!’ Grim lantas mengeluarkan kayu magiknya dan mengenakan jampi ke atas dirinya. Lantas tangan dan kaki Grim bertukar menjadi seperti kaki katak. Grim menyelam ke dasar tasik tersebut bagi mengelakkan dari serangan naga tersebut.

Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Raja Naga menyerang Lake-Town..!’ Jerit seorang nelayan dari dalam perahunya. Jeritannya itu membuatkan penduduk Esgaroth untuk bertindak berlawan dengan naga tersebut.
‘Naga telah kembali..?’ Mayor Esgaroth itu bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
‘Bukankah naga tersebut telah dikurung di Lonely Mountain..?’ Sambung mayor itu lagi.
‘Persiapkan alatan untuk membunuh naga tersebut..!’ Perintah Mayor tersebut kepada penduduk di Esgaroth atau lebih dikenali sebagai Lake-Town itu.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
Beorn terpaksa berubah menjadi separa beruang. Ini adalah bentuk ketiga bagi pengguna Devil Fruit. Dia masih tidak dapat mengalahkan Nazgul yang berada di hadapannya itu. Dari jauh Beorn dapat melihat naga itu terus menerus menghembuskan api ke arah permukaan air di tasik tersebut. Satu tembakan kedengaran. Ianya tepat mengenai naga tersebut. Naga tersebut jatuh ke dalam air tasik tersebut.
“Aku tidak dapat mengalahkan Nazgul ini.. Dia bagaikan tidak dapat dicederakan.. Mungkin magik dapat menewaskannya.. Ini bukan masa untuk aku..” Fikir Beorn. Dia lantas membuka langkah meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila pandangan Nazgul itu terpaku ke arah naga yang ditungganginya itu yang sedang dihujani dengan tombak yang ditempa dengan emas.

Lonely Mountain.
Petang.
‘Tempat apakah ini..?’ Frodo sendirian. Dia berada di Ruang Khazanah Diraja. Timbunan duit emas dan batu permata itu membuatkannya sedikit khayal.
‘Selamatkan diri kamu..!’ Jerit seseorang.
‘Selamatkan dari apa?’ Soal Frodo.
‘Naga..!’ Jerit orang tersebut lagi.
‘Naga..?’ Frodo tersedar dari khayalannya. Di belakangnya ada seekor naga betina yang dikenali sebagai Mother Glare yang cuba membahamnya.
Frodo segera menyarung cincin yang diterimanya dari Bilbao itu. Mother Glare terkesima apabila mendapati makanannya itu hilang dari pandangannya.
‘Di mana kamu makananku..?’ Mother Glare terus memakukan pandangan matanya.

‘Kamu telah menyebabkan makananku hilang..’ Mother Glare mendekati sangkar besi yang tergantung di tengah ruangan tersebut.
‘Kamu akan menjadi penggantinya..!’ Mother Glare cuba memecahkan sangkar itu namun usahanya itu tidak pernah berhasil.
‘Aku juga menunggu kamu memecahkan sangkar ini.. Sudah lama benar aku tidak menggerak-gerakkan tulang empat kerat aku ni..’ Ujar lelaki dari dalam sangkar itu.
‘Kamu hendak berlawan dengan aku..?’ Mother Glare ketawa dengan apa yang didengarinya. Kemudian dia terhidu akan sesuatu.
‘Aku dapat menghidu bau kamu..’ Dia tercari-cari akan bau Frodo tersebut.

Putera Thorin muncul menyerang Mother Glare dengan pedang yang dipegangnya. Sisik tebal Mother Glare lantas tercabut dan darah mengalir keluar dari kesan luka itu.
‘Ada seorang lagi di sini..?’ Mother Glare mencari kelibat Putera Thorin tersebut. Putera Thorin bersembunyi di celah-celah timbunan duit emas itu.
Pada masa yang sama Captain Nemo menyerang Mother Glare dengan beberapa das tembakan menggunakan peluru beracun.
“Mammoth pun berjaya ditundukkan dengan tiga das tembakan.. Inikan pula seekor naga.. Sepuluh das tembakan sudah memadai..” Fikir Captain Nemo.

Mother Glare menjadi berang dengan serangan demi serangan yang diterimanya. Dia lantas menembak keluar beberapa ekor anak naga dari bahagian bawah badannya. Anak-anak naga itu lantas berlari ke arah Captain Nemo dan Thorin.
‘Cari semua yang berada di sini.. Kita akan jadikan mereka makanan malam..!’ Ujar Mother Glare kepada tentera anak naga itu. Mother Glare ialah seekor naga dan menurut lagenda naga mempunyai satu kuasa magik. Kuasa magik bagi Mother Glare ialah ia dapat menghasilkan anak-anak naga melalui sepuluh kantung di bawah bahagian badannya.

‘Mother Glare adalah spesis naga yang tidak bertelur..’ Ujar Scrap Lady yang baru tiba di Ruang Khazanah Diraja itu. Semua yang mendengarnya tercengang.
‘Habis tu.. Bagaimana kita harus mendapatkan telur naga..?’ Ujar Peter Pan, apprentice Tinker Bell itu.
‘Telur naga..?’ Mother Glare tahu akan tujuan mereka itu semua.
‘Kamu tidak akan dapat mencarinya..’ Mother Glare tahu di mana lokasi telur naga tersebut. Semenjak Raja Naga telah berjaya menguasai Lonely Mountain. Lonely Mountain telah menjadi sarang kepada semua jenis naga. Oleh itu mudah untuk Mother Glare mengetahui lokasi tersebut. Mother Glare terus menghembuskan api kepada penyerang-penyerangnya.
“Dikesempatan yang ada ini.. Aku harus mendapatkan Arkenstone.. Kerana peluang ini mustahil untuk aku kembali ke sini lagi..” Fikir Putera Thorin. Arkenstone ialah nama sejenis batu yang dimiliki oleh keturunan Thorin. Mereka tidak mengetahui akan apa sebenarnya asal usul batu berkenaan. Ianya menjadi simbol kepada keturunan Thorin sejak ianya ditemui.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
Penyerang Nazgul itu lantas mengalihkan pandangannya. Dia tidak lagi memburu Beorn. Ini adalah kerana dia telah mendapat isyarat dari cincin yang dipakai oleh Frodo. Bukan penyerang itu sahaja malah lapan orang rakannya juga menerima isyarat keberadaan cincin itu. Mereka lantas berkejar ke sana.

Esgaroth.
Tengah Malam.
‘Aku harus menunggu di sini..’ Ujar Grim.
“Dalam huru hara yang ditumbulkan oleh naga itu.. Penduduk di sini pasti akan menyalahkan aku..” Fikirnya. Grim lantas memeluk tiang sambil mengaksikan naga itu diserang oleh penduduk Esgaroth itu.
“Bagaimana dengan Beorn..? Apakah dia selamat di sana..?” Fikirnya lagi.
‘Devil Fruit..’ Fikiran Grim mengimbas ke saat dia melihat perubahan fizikal Beorn dari seorang lelaki kepada seekor beruang hitam.
“Apakah pengguna Devil Fruit semuanya akan bertukar menjadi haiwan..?” Fikirnya lagi.

Lonely Mountain.
Petang.
Peter Pan dan Captain Nemo terus-menerus menyerang Mother Glare. Sama ada mereka terus melarikan diri atau terus bersatu padu menyerang naga betina dihadapan mereka itu. Scrap Lady juga turut membantu namun langkahnya terhenti kerana tubuhnya dibakar oleh hembusan api dari Mother Glare. Putera Thorin telah melarikan diri dari ruangan tersebut. Namun dia belum sedar bahawa dua ekor anak naga sedang memburunya.
‘Hey kamu..’ Frodo menjelmakan dirinya berdekatan dengan sangkar besi.
‘Hati-hati..! Belakang kamu..!’ Jerit suara itu. Seekor anak naga telah melompat untuk membaham Frodo. Frodo terus menyarung cincin itu kembali dan hilang dari penglihatan mata kasar.
‘Hey kamu.. Bagaimana saya boleh membantu kamu..?’ Ujar Frodo sebaik sahaja berjaya meloloskan diri dari anak naga tersebut.
‘Ada sesuatu yang harus kamu lakukan.. Sangkar ini akan terbuka apabila suisnya ditekan..’ Ujar lelaki itu.
‘Suis? Bagaimana kamu tahu akan perkara itu.. Bukankah kamu dimasukkan ke dalam sangkar berkenaan..?’ Soal Frodo.
‘Saya sempat memerhati ke arah mereka..’ Ujar lelaki itu.
‘Mereka?’ Soal Frodo.
‘Mereka yang membawa saya ke sini sebagai hidangan kepada naga di sini..’ Jawab lelaki itu.
‘Suis itu di sana..’ Lelaki itu menudingkan jarinya. Frodo dapat melihat tombol pada dinding yang terletak di satu sudut.

Mother Glare terus menyemburkan api ke arah Scrap Lady. Tubuh badan Scrap Lady seakan mula melebur. Captain Nemo terpaksa tampil dan melemparkan beberapa bom tangan ke arah Mother Glare. Hembusan api dari Mother Glare itu membuatkan bom-bom kecil itu meletup di udara dan wap-wap air terbentuk di sekitar ruangan tersebut. Peter Pan segera mengalihkan Scrap Lady dari situ.

Captain Nemo segera menyerang Mother Glare dengan beberapa das tembakan peluru beracun. Dia mahu menewaskan naga tersebut supaya mereka dapat mencari telur naga dan membawanya kembali ke Greenwood Forest. Seekor anak naga cuba menyerang Captain nemo namun pada saat yang getir itu Willow the Ent telah tampil dan menyerang dengan duri beracun ke arah anak naga tersebut. Anak naga itu tersungkur ke lantai. Willow lantas memancung leher anak naga tersebut dengan secepat kilat.

Mother Glare menjadi berang melihat anaknya telah dipancung di depan matanya. Dia lantas menyerang Willow dan bersedia untuk membahamnya. Peter Pan cuba menyelamatkan Willow namun Mother Glare telah membahamnya.
‘Selamatkan saya..!’ Pada saat hidup dan mati itu Willow telah menarik diri dari cabaran itu.

Frodo telah berjaya menarik tombol berkenaan. Sangkar tersebut terbuka dan lelaki itu lantas jatuh ke timbunan duit emas di bawahnya. Frodo bergerak dengan perlahan-lahan kerana dia tidak mahu dirinya dikesan oleh Mother Glare mahupun anak naga. Dia dapat menyaksikan Captain Nemo dan Peter Pan berganding bahu untuk menumpaskan Mother Glare tersebut dan dua ekor anak naga.




No comments: