Zico's Pages

Monday 30 October 2017

The Curse of Nyx Ep 1: Pertandingan Insan Terpilih


Buku 1: Penyerang Nazgul
Chapter 1: Perintah Phoenix
Episode 1: Pertandingan Insan Terpilih

Tahun X377.
Tengah hari.
Fiore.
Terik. Matahari seakan berada sejengkal dikepala. Peluh mengalir pantas. Satu susuk tubuh telah berjaya meloloskan diri dari jaringan pertahanan yang dibentuk daripada magik.
‘Tiada satupun yang dapat menghalang aku.. Magik adalah alat permainan aku..’ Lelaki itu ketawa. Fikirannya mengimbas ke saat dia mengenakan jampi ke atas kesemua hidupan yang berada berdekatan dengan Istana Jed.
‘Masanya telah tiba untuk benih-benih kegelapan lahir dan menguasai dunia..’ Lelaki itu lantas membentuk diagram magik. Jutaan perkataan kelihatan berterbangan di sekitar lelaki itu.

Satu fenomena aneh terjadi dimana gerhana matahari terbentuk. Matahari seakan ditelan oleh bulan. Bumi menjadi gelap gelita.
‘Apa..?’ Lelaki itu mematikan niatnya. Ternyata apa yang diimpikan olehnya itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Dia hanya mampu melaksanakan sebahagian dari urusannya itu.
‘Aku akan kembali semula ke sini untuk menamatkan segalanya..’ Lelaki itu lantas membuka pintu gerbang dihadapannya dengan baki kekuatan yang ada. Sebaik sahaja pintu gerbang yang dikenali sebagai Eclipse itu tertutup, suasana kembali seperti sediakala.

Tahun X775.
Tengah malam.
Misty Mountain.
Hutan disekitar Misty Mountain diselubungi kabus tebal. Suasana dingin turut dirasai oleh penghuni kawasan tersebut iaitu puak Orks Kelabu yang diperintah oleh seorang ahli magis bernama Phantom Lord. Phantom Lord berhasrat untuk memiliki binatang peliharaan iaitu seekor Cerberus.
“Aku harus memiliki Cerberus itu.. Oleh kerana Devil Fruit yang aku impikan itu masih belum ditemui.. Dan salah tekaan aku telah membuatkan aku memakan Devil Fruit yang lain..’ Fikir Phantom Lord sendirian.
‘Mujur ilham yang aku dapat baru-baru ini memberikan aku idea untuk menunaikan hasratku.. Cerberus itu bakal aku wujudkan dengan kedua tanganku sendiri..’ Phantom Lord ketawa. 

Puak Orks Kelabu telah berjaya menangkap tiga ekor binatang ajaib seperti yang dikehendaki oleh ketua mereka. Binatang-binatang tersebut ialah seekor anjing hitam yang dikenali sebagai Grim, seekor serigala jadian dan seekor musang merah yang dikenali sebagai Kitsune.
‘Lepaskan ketiga-tiga binatang tersebut.. Sudah tiba masanya untuk aku menunjukkan kehebatan aku..’ Ujar Phantom Lord.

Shire.
Tengah Malam.
Frodo Baggins sedang bermain-main dengan binatang peliharaannya iaitu Bow-Truckle di dalam rumah hijau. Percikan bunga api yang membentuk seekor naga tiba-tiba muncul di sekitarnya. Satu susuk tubuh manusia yang sedikit tinggi lampai menjelma dihadapannya.
‘Gandalf the Grey.. Apa yang membawa kamu ke sini?’ Soal Frodo kepada kenalannya itu.
‘Kamu ingin bertemu dengan Bilbao Baggins..?’ Sambungnya lagi.
Gandalf menundukkan kepalanya sebaik sahaja terdengar akan nama Bilbao Baggins itu.
‘Di manakah dia?’ Soal Gandalf sambil melemparkan senyumannya ke arah Frodo.
‘Dia sedang berehat di dalam biliknya..’ Ujar Frodo. Gandalf meninggalkan Frodo sendirian disitu.
‘Boy.. Kita ada tetamu.. Mari..!’ Frodo mendapatkan Bow-Truckle miliknya itu dan segera bergerak ke satu arah di dalam rumah hijau itu.

Mariejoa.
Awal Pagi.
Satu perhimpunan diadakan di Mariejoa. Dua belas orang kesatria berkumpul di meja bulat bagi membahaskan berkenaan keributan yang berlaku di beberapa daerah. Beberapa nama telah disebut dalam perhimpunan itu seperti penjahat Phantom Lord si Necromancer, BlackBeard si lanun dan Kirabi si pemberontak. Salah seorang daripada dua belas kesatria itu ditugaskan untuk mengawasi pertandingan jaguh terpilih yang diadakan sepuluh tahun sekali.
'Selain dari mengawasi pertandingan tersebut.. Kamu perlu melaporkan akan segala hal yang berlaku di sana..' Arah salah seorang kesatria selaku ketua kesatria.
‘Satu tenaga magik luarbiasa telah dikesan sekitar Istana Jed di Fiore.. Eclipse telah dibuka..’ Layar magik yang terletak di tengah meja bulat itu lantas menunjukkan pintu gerbang yang bernama Eclipse itu.
‘Kamu harus menyiasat tentang perkara ini..’ Arah Ketua kesatria tersebut kepada seorang lagi kesatria yang berada tidak jauh darinya.

Shire.
Tengah Malam.
‘Sungguh cepat masa berlalu..’ Ujar Bilbao Baggins.
‘Saya sudah tak terdaya untuk menyertainya..’ Sambungnya lagi. Bilbao melabuhkan punggungnya di atas kerusi di ruang makan. Gandalf hanya mengikutnya dari belakang.
‘Order of Phoenix memerlukan kamu..’ Gandalf akhirnya bersuara.
Frodo yang berada di ruang dapur seakan tertarik dengan perbualan yang didengarinya itu. Dia segera menuang air panas ke dalam teko yang berada dekat dengannya. Dia memasukkan beberapa kuntum bunga Camomile ke dalam teko berkenaan dan menutup tudungnya.
‘Pengembaraan saya sudah lama berakhir..’ Bilbao menjeling ke arah Frodo yang sedang bergerak ke arahnya.
‘Pengembaraan?’ Soal Frodo. Dia merenung ke wajah Bilbao.
‘Nah..’ Bilbao segera menyerahkan kad jemputan kepada Frodo. Kad itu ditatapnya berulang kali.
“Pertandingan Insan Terpilih?” Fikir Frodo.
‘Kamu ingin menyertainya..?’ Soal Gandalf. Suasana hening seketika. Frodo masih lagi menatap kad jemputan itu.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
Phantom Lord segera mengaktifkan diagram magik. Dia ingin menjalankan ritual untuk menggabungkan ketiga-tiga binatang ajaib itu supaya Cerberus dapat dihasilkan. Puak Orks Kelabu segera membebaskan ketiga-tiga binatang tersebut dari kurungan. Anjing hitam itu segera melompat untuk melarikan diri. Beberapa orang Orks segera mengepung anjing hitam tersebut dan berharap binatang tersebut akan masuk ke dalam diagram yang diciptakan oleh ketua mereka itu. Melihat akan tindakan anjing hitam tersebut, musang merah dan serigala jadian putih itu juga cuba melarikan diri. Puak Orks berjaya menyekat dua binatang itu dari meloloskan diri.
‘Bulan akan menjadi saksi.. Cerberus yang bakal aku hasilkan ini akan menjadi Cerberus yang paling berkuasa..!’ Phantom Lord ketawa berdekah-dekah. Hasratnya bakal menjadi kenyataan.
Anjing hitam itu terus berusaha untuk melarikan diri namun berdepan dengan serigala jadian putih. Serigala jadian putih itu lantas mencakar salah satu kaki hadapan anjing hitam berkenaan. Musang merah lantas menghembuskan api ke arah serigala jadian putih itu. Serigala jadian lantas melompat dan menjauhkan diri dari musang merah itu. Musang merah itu pun menyalak dan menghembuskan api yang kuat ke arah puak Orks. Puak Orks lantas mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang dengan serangan dari musang merah itu. Anjing hitam melompat dan berlari dengan segera. Beberapa orang Orks Kelabu cuba menangkapnya namun anjing hitam yang dikenali sebagai The Grim itu lantas memecut laju. Serigala jadian putih berjaya mencederakan beberapa orang Orks Kelabu.
‘Tangkap The Grim itu dengan kadar segera..!’ Ujar Phantom Lord. Dia sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.
‘Mana musang merah itu..?’ Soalnya. Musang merah itu berjaya melepaskan diri dari kepungan Orks Kelabu.
‘Tuan.. Hanya serigala putih yang berjaya ditangkap..’ Ujar salah seorang Orks Kelabu.
‘Apa?’ Dapatkan Grim dan Kitsune itu atau nyawa kalian menjadi taruhan..’ Ujar Phantom Lord.

Fiore.
Petang.
‘Apa yang berlaku?’ Soal Puteri Hisui.
‘Pintu gerbang Eclipse telah dibuka..’ Ujar salah seorang pengawal peribadi Puteri Hisui.
‘Dibuka..? Siapa yang membukanya..?’ Puteri Hisui tergamam.
“Hanya Celestial Mage yang mampu membuka kesemua kunci pada pintu gerbang tersebut..” Fikirnya.
‘Ianya dibuka dari dimensi sana.. Tapi hanya untuk beberapa saat..’ Ujar pengawal tersebut.
‘Beberapa saat..?’ Terkesima Puteri Hisui mendengarnya.
“Mana mungkin.. Siapa gerangannya..?” Fikirnya lagi.
‘Teruk.. Kita harus segera ke sana.. Beta tidak mahu ada sebarang entiti datang dari arah sana..’ Ujar Puteri Hisui.

Shire.
Tengah Malam.
‘Bagaimana? Apa kata kamu..?’ Soal Gandalf.
‘Tak mengapalah.. Saya mahu berada di sini..’ Jawab Frodo.
‘Kenapa?’ Soal Bilbao seakan tidak percaya.
‘Saya mahu menjaga kamu..’ Ujar Frodo.
‘Saya tidak perlu jagaan kamu..’ Ujar Bilbao.
‘Apa kata hati kamu..?’ Gandalf menduga.
‘Saya sukakan cabaran.. Tapi adakah saya bersedia..?’ Soal Frodo.
‘Jika tidak mencuba.. Manakan kamu akan tahu..’ Jawab Gandalf. Dia tersenyum.
‘Mahukah kamu untuk menjadi apprentice saya..?’ Soal Gandalf.
‘Apprentice..?’ Frodo terdiam seketika.
‘Kamu akan mewakili saya sepertimana Bilbao dahulu..’ Ujar Gandalf. Frodo mengalihkan pandangannya ke arah Bilbao.
‘Pengembaraan saya sudah berakhir.. Tapi pengembaraan kamu baru bermula..’ Ujar Bilbao.
‘Baiklah..’ Frodo kelihatan yakin.
‘Berikan masa untuk saya bersiap..’ Pinta Frodo.

Misty Mountain.
Tengah Malam.
'Apa?' Phantom Lord menjadi berang dengan apa yang didengarinya. Anjing hitam yang dikenali sebagai Grim dan musang merah masih belum dijumpai. 
'Kalian menghampakan aku..' Bebola mata Phantom Lord berubah menjadi kemerahan. Phantom Lord lantas mengenakan jampi ke atas sembilan orang Orks Kelabu dihadapannya dengan kuasa necromancer yang baru dikuasainya. 
'Bangkitlah Nazgul.. Tiba masanya untuk kalian melaksanakan tugas kalian..!' Phantom Lord sebenarnya tidak faham akan apa yang dilakukannya itu. Ianya diluar kawalannya. Kedua tangannya bergetar. Tubuh badannya menggigil.
"Ini bukan kali pertama.. Apa sebenarnya yang berlaku..?" Phantom Lord segera kembali ke kerusi yang diperbuat dari batu dan tulang temulang manusia. 
Sembilan orang Nazgul itu lantas bergerak bagi melaksanakan misi Phantom Lord tersebut.

Shire.
Tengah Malam.
'Saya sudah sedia..' Frodo melilit kemas tali leher yang dipakainya. Gandalf tersenyum kerana terlihat akan sesuatu yang terselit di celah tali leher tersebut. 
'Tapi.. Siapa yang akan menjaga kamu..?' Soal Frodo kepada Bilbao.
'Kamu jangan bimbang akan aku.. Jaga diri dan belajar dari pengembaraan ini ya..' Bilbao memeluk Frodo ke kemas.
'Ada sesuatu yang saya ingin bicarakan dengan kamu..' Bilbao menarik tangan Frodo. Mereka berjalan menuju ke kamar Bilbao. Gandalf hanya memerhati dengan ekor matanya.
'Simpan benda ini dengan elok.. Jangan beritahu sesiapa.. Ini rahsia saya dan kamu..' Bilbao menyerahkan sebentuk cincin kepada Frodo. Cincin tersebut telah dimasukkan ke dalam seutas rantai. 
'Jika ada sesuatu yang berbahaya.. Dan kamu tidak dapat mengelak.. Segera sarungkan cincin ini ke jari kamu..' Bisik Bilbao. Mereka berdua berjalan ke arah Gandalf yang masih menikmati teh Camomile yang dihidang oleh Frodo. 
'Sedap teh Camomile ni..' Puji Gandalf. 
'Frodo sememangnya seorang ahli botanist.. Dia gemar menghabiskan masanya di dalam rumah hijau..' Ujar Bilbao. 
'Patutlah..' Bebola mata Gandalf dapat melihat akan tiga benda yang di bawa oleh Frodo secara rahsia. Dia menguntumkan senyum.
'Kamu pegang saya kuat-kuat.. Ini bakal menjadi pengalaman magik kamu yang pertama..!' Ujar Gandalf sambil mengeluarkan tongkat saktinya. Dimensi seakan direnyuk sebaik sahaja Gandalf membacakan jampi teleportasi. Dalam sekelip mata mereka berada di suatu lokasi yang lain. 

Satu lokasi rahsia di Greenwood Forest.
Awal pagi.
'Selamat datang ke Pertandingan Insan Terpilih..' Aragorn mengalu-alukan kedatangan Gandalf dan Frodo. Legolas dan Gimly berada di belakang Aragorn. 
'Kami menunggu kedatangan kamu berdua.. Eh.. Di mana Bilbao..?' Soal Legolas. 
'Bilbao tidak dapat datang.. Dan kali ini saya dan Bilbao telah memilih Frodo sebagai apprentice kami..' Ujar Gandalf.

'Selalunya kamu tidak datang bersama seorang apprentice pun..' Tegur Gimly. Gandalf tersenyum. Fikirannya mengimbas ke 30 tahun yang lalu. Pertama kali dia menyertai Pertandingan Insan Terpilih dan Bilbao adalah apprenticenya. Selepas itu dia tidak pernah membawa seorang apprentice untuk mewakilinya.   

Watak:-
- Frodo Baggins
- Bilbao Baggins
- Gandalf The Grey
- The Grim
- Kitsune
- White Warewolf
- Phantom Lord
- Puteri Hisui
- Aragorn
- Gimly

No comments: